Supplemen Sihat Store: March 2013

31 Mar 2013

Si Manja & Susu

Assalamualaikum...salam satu Malaysia....

Jom kita story2 pasal si manja ngan susu ari nih..Bukan apa,baru lepas bagi susu kat my hero nih...bukan main asyik lagi kalo dah hisap susu...lps tu kompem tido..boleh la ibu dia ambik masa nak menaip entry nih..Masa itu EMAS ok...kena curi peluang,kalo my hero dah jaga,susah skit nk wat keje...huhu




Ok...jom kita start..
Kanak2 sangat memerlukan susu sejak mereka dilahirkan. Ini kerana susu mengandungi nutrisi yang penting untuk tumbersaran dan perkembangan otak kanak2. Tak dapat dinafikan , ada sesetengah kanak2 yang agak liat untuk minum susu tambah2 lagi kalo dah kenal dengan macam2 perisa air yang lagi sedap...Perghhh, bukan main lagi buat muka kalo bg susu. Ibu bapa pon mengeluh nak mengatasi masalah ini. Tapi kan, kalo ibu bapa sendiri melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat tentang susu dan secara tidak lansung mengamalkan pengambilan susu setiap hari, tidak mustahil anak2 juga turut sama mengikut.

Mineral utama yang terkandung dalam susu adalah kalsium. Kalsium inilah yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk proses tumbesaran serta menguatkan tulang dan gigi mereka. Kalsium juga berperanan dalam mengawal denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka.

Sebenarnya, kalsium diperlukan oleh setiap orang sepanjang hayatnya. Kanak2 yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium berbanding orang dewasa. Kekurangan kalsium pada peringkat kanak2 akan menyebabkan tulang mereka tidak tumpat dan berkemungkinan akan berhadapan dengan masalah osteoporosis dewasa kelak. Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin A, vitamin B seperti Riboflavin, Niacin, B6 dan B12, vitamin C, Zink, Fosforus dan Magnesium. 

Di dalam susu juga ada kandungan protein yang berperanan membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh anggota badan. Protein kemudian dipecahkan kepada komponen yang lebih ringkas iaitu asid amino.

Selain itu, karbohidrat juga terkandung dalam susu. Fungsinya adalah untuk membantu tubuh memperoleh tenaga yang diperlukan. Karbohidrat dalam susu mudah di serap dan mudah dihadamkan oleh tubuh.

Satu lagi mineral penting dalam susu ialah lemak. Kanak2 memerlukan lemak untuk membantu dalam perkembangan otak dan sistem saraf mereka. Lemak juga membantu menyerap sesetengah jenis vitamin seperti vitamin B dan C.

Susu turut mengandungi kolina ( tergolong dalam kumpulan vitamin B) yang dapat meningkatkan kepintaran kanak2. Ia berfungsi untuk perkembangan otak dan membantu mempertingkatkan daya ingatan serta pembelajaran. Kolina dirujuk sebagai 'vitamin memori' kerana diperlukan untuk membentuk asetilkolina iaitu pemancar neuro penting untuk bahagian memori dalam otak. Hasil kajian menunjukkan bahawa peningkatan tahap kolina penting untuk memastikan perkembangan pusat pembelajaran dan ingatan sepanjang tempoh membesar.

Semasa proses tumbesaran, otak kanak2 berkembang dengan lebih cepat. Apabila otak berkembang dengan sihat, sel-selnya akan berinteraksi dengan lebih cepat antara satu sama lain.

Jadi,jom amalkan minum susu dlam diet harian kita semua...anak2 sihat,ibu bapa gembira, keluarga bahagia..:)

28 Mar 2013

Tips Percutian Ibu Hamil

Assalam dan selamat pagi..



Anda semua suka bercuti x??? Sekarang tengah cuti sekolah, mesti mood cuti berkobar2 kan. Time cuti jugak lah kita boleh spend time ngan family. Masa dengan family tu sangatlah berharga.Plan nak g situ sini..nak release tension dan sedikit sebanyak dapat melapangkan otak setelah penat bekerja..Jadi, kalau dah plan nak g bercuti tuh, of course la kena prepare apa yang patut. Betul???

Ok, ari ni nak share tips bagi ibu hamil yang nak bercuti. Bukan apa, ibu hamil ni kena wat persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan, ye x?*tetiba teringat time preggy setahun yg lepas...huhu

Tak dinafikan, ramai ibu hamil yang menolak peluang bercuti semata-mata tak mau menempuh perjalanan yang jauh. Perjalanan yang jauh akan menyebabkan ibu hamil tida selesa. Susah nak berlunjur kaki, sukar nak ke tandas, sakit pinggang dan macam2 lagilah. Apa kata, ibu2 kat luar sana praktiskan TIPS ini :

1) Pilih lokasi tempat duduk yang selesa, contohnya tempat duduk belakang supaya senang nak berlunjur atau meluruskan kaki apabila rasa lenguh2

2) Berhenti setiap 2 jam sekali. Keluar dari kereta dan lakukan senaman ringkas. Berehat seketika untuk makan, minum dan ke tandas.

3) Sediakan bekalan makanan ringkas yang mencukupi kerana ibu hamil mudah berasa lapar

4) Bawa minuman sendiri. Elakkan dari membeli air yang di jual di tepi2 jalan. Bukan apa, untuk mengelak dari terkena jangkitan virus atau bakteria

5) Walaupun sedang bercuti, jangan lupa untuk bersenam ringan...ini kerana senaman boleh membantu ibu2 hamil kelihatan segar dan terus sihat.

6) Bawa sekali buku rekod kesihatan atau rekod pemeriksaan kehamilan. Manalah tau jika berlaku sebarang kecemasan kan...

7) Bawa ubat dan vitamin yang perlu di ambil

8) Sediakan alamat atau orang2 penting yang boleh dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan. Letakkan di tempat yang mudah dicari.

Now, preggy mummy da xde alasan  untuk bercuti...SELAMAT BERCUTI!!!!!!!!!


27 Mar 2013

Osteoporosis

Salam satu malaysia semua...ari ni nak share sikit info pasal osteoporosis. Mesti semua dah sedia maklum kan apa itu osteoporosis??


Wahhh seram tengok gambar ini...Xmau tua sebelum masa!!!!Takut!!!!



Osteoporosis merupakan pengurangan progresif terhadap ketumpatan tulang yang membuatkan tulang menjadi lemah sekaligus memudahkan tulang untuk patah. Osteoporosis boleh membawa kepada kehilangan ketinggian, sakit belakang yang teruk dan kecacatan.

Osteoporosis juga boleh melemahkan keupayaan seseorang untuk berjalan, malah boleh menyebabkan kecacatan berterusan atau kekal. Jom kita tengok apa faktor-faktor risiko osteoporosis untuk mendapat osteoporosis.

* rangka yang kecil atau semakin kurus
* sejarah keluarga yang menghidap osteoporosis
* mengalami post menopaus atau menopaus awal
* penggunaan ubat-ubatan secara berterusan seperti ubat untuk merawat asma, kekurangan tiroid dan serangan mengejut (seizure)
* rendahnya pengambilan kalsium
* tidak ada aktiviti fizikal
* merokok
* pengmabilah alkohol yang berlebihan

Osteoporosis merupakan penyakit senyap yang selalunya boleh di cegah. Namun begitu, jika tidak di kesan ia boleh berkembang selama beberapa tahun tanpa sebarang simptom sehinggalah keretakan berlaku.
Osteoporosis didiagnosis melalui ujian kepadatan mineral tulang, satu ujian yang selamat dan tidak sakit yang digunakan untuk mengesan rendahnya kepadatan tulang.

Tidak terdapat ubat bagi menyembuhkan osteoporosis, tapi terdapat beberapa ubatan yang telah diluluskan bagi mencegah dan merawat osteoporosis. Untuk mencegah atau mengurangkan kesan penyakit ini, apa yang penting adalah mengamalkan pemakanan yang kaya dengan kalsium serta vitamin D, melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bak kata pepatah "mencegah lagi baik dari merawat". Kita jangan biarkan bila dah sakit teruk baru mula nak cari ubat itu ini. Seharusnya, kita kena mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan kita. Renung-renungkan....:)


p/s : Kalo Dato Michelle Yeoh minum Anlene untuk tulang kuat dan sihat, jom kita makan vitamin Ostematrix dari Shaklee untuk tulang...:)

Boleh hubungi saya 012-9623207 untuk pertanyaan lanjut jika berminat dengan produk Shaklee



"JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE"

21 Mar 2013

Pentingnya Kalsium

Apa itu KALSIUM????

Kalsium adalah mineral penting yang paling banyak diperlukan oleh manusia. Kalsium membantu pembentukan tulang dan gigi dan berfungsi dalam pembekuan darah serta kontraksi otot.  Dari semua kalsium yang terkandung dalam tubuh manusia, 99% terletak pada tulang dan gigi.


Jadi,mari kita tengok ape kesan kalau badan kita kurang kalsium..Antara tanda2 kekurangan kalsium adalah seperti berikut :-
  • mudah mengalami kekejangan otot
  • rambut kasar serta gugur, terutama bagi ibu2 selepas bersalin
  • lemah, tidak berdaya serta letih
  • sakit pinggang dan kaki
  • mudah marah
  • sesak nafas
  • sukar tidur
Kalau anda mengalami salah satu tanda2 tersebut, anda mungkin kekurangan kalsium. Apa nak buat yer kalau kurang kalsium??? Tak dapat dinafikan, kita boleh mendapatkan sumber kalsium dari sumber semulajadi seperti kekacang, produk tenusu dan sayuran seperti bayam. Selain itu, sebagai makanan tambahan kita boleh mengamalkan supplemnt dari SHAKLEE iaitu OSTEMATRIX.

Jom kita study sikit pasal produk terbaik nih..

Ostematrix Shaklee bukan sahaja kalsim semata, malah ianya juga mengandungi vitamin D dan juga magnesium. Berfungsi untuk :-

     *membina tulang dan igi yang kuat
     *membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
     *membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
     *membantu dalam simptom2 senggugut seperti kekejangan, perut kembung dan kemurungan.

Lagi info pasal Ostematrix...jom2 pakat tau:-

     * 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium dari sumber-sumber yang mempunyai kepekatan     yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi

     *400mg (100% pengambilan harian) magnesium membantu untuk menggabungkan kalsiumke dalam tulang serta menguatkannya

     *400IU (100% pengambilan harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Justeru, amatlah disarankan agar anda mengambil Ostematrix Shaklee dalam diet harian anda. Bab kata orang, mencegah itu lagi baik dari mengubati..Tak salah kita melabur untuk kesihatan. Yang mendapat manfaatnya kita jugak...Takkan kita nk tengok diri kita tua sebelum usia...gagagaga....;p
Kenapa saya kata begitu, sebabnya adalah kurang kalsium akan mendedahkan anda dengan risiko OSTEOPOROSIS...Takut kan...hihihi

So, ape lagi, jom dapatkan segera oste nih...Jangan risau susah nk telan ke ape. Oste ni didatangkan dengan kaplet bersalut yg mudah ditelan. Untuk hasil yg lebih baik, ambil 2kaplet,dua kali sehari selepas makan.



"JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE"


Boleh hubungi saya 012-9623207 untuk sebarang pertanyaan/fanpage http://www.facebook.com/pages/Mums-Beauty-Care/




Awet Muda

Info sharing ari ni "AWET MUDA"...



Tak dinafikan semua orang suka sentiasa muda kan..sape xsuka muda angkat tangan...hoho
Macam mana nak kekalkan awet muda?? Jom kita tengok tips2...jgn tengok aje, nnt dah setel baca kena la apply...hikssss

Untuk kekal sihat dan awet muda, kita perlu mengambil berat dalam aspek pemakanan dan senaman. Kenapa senaman penting?? Tak lain xbukan, kalo kita bersenam, sel2 kita akan berfungsi secara optimum..Perlu ingat, even makan makanan yg terbaik pun, kalau xbersenam no point jugak...So, moralnya..pemakanan dan senaman kena la seimbang.

Oleh kerana makanan yg kita makan hari ini kebanyakannya telah diproses, kita perlu juga mengambil makanan tambahan untuk membekalkan tubuh kita dengan vitamin dan mineral yg mencukupi. Berikut adalah antara makanan tambahan yg kita perlu ambil untuk kekal sihat dan awet muda :-

1) Multivitamin
    Multivitamin yg diambil mesilah mengandungi sebanyak mungkin vitamin dan mineral semulajadi kerana      kebanyakan sayur dan makanan yg kita ambil telah diproses maka akan kuranglah dari segi vitamin dan mineralnya. Pilihlah multivitamin yang mengandungi bahan semulajadi dan bukan yang sintetik.

2) Vitamin E
     Sumber vitamin E secara semulajadi adalah dari jenis kekacang seperti kacang soya dan juga minyak ikan. Walaubagaimanapun, sumber semulajadi ini tidak mencukupi untuk melambatkan proses penuaan. Jadi, untuk awet muda kita perlu mengambil vitamin E setiap hari. Kia perlu memilih vitamin E dari bahan semulajadi. Jangan ambil vitamin E yang sintetik kerana ia dibuat dari bahan kimia dan tidak baik untuk tubuh badan untuk jangka masa yang panjang.

3) Vitamin C
     Kita boleh mengambil vitamin C antara 300 ke 1000mg sehari. Bagi golongan muda, 500mg sudah mencukupi. Vitamin C secara semulajadi susah diperoleh tetapi ianya terbaik. Kebanyakan vitamin C yang terdapat di pasaran diproses dari sayuran dan dibentuk secara sintetik. Untuk memastikan penyerapan vitamin C yang berkesan dalam badan, amalkan pengambilan bersama buah-buahan kerana flavonoid dalam buah akan membantu penyerapan vitamin C ke dalam tubuh badan.

4) Vitamin B Complex
     Kita boleh ambil vitamin ini apabila badan kita selalu lemah dan kurang bertenaga. Amalkan mengambil B-complex dan mineral zink supaya kadar penyerapan dapat dipertingkatkan. Elakkan mengambil vitamin B complex yang berbentuk individu seperti B6 kerana kita mungkin akan mengambil dos yang berlebihan tanpa disedari. Jika ini berlaku, ia boleh mengakibatkan kerosakan terhadap sistem saraf kita.

5) Vitamin D
     Sumber yang terbaik adalah dari cahaya matahari yang diserap oleh kulit. Kita perlu mendedahkan kulit kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 1 ke 20 minit setiap hari. Ramai yang menghadapi masalah osteoporosis akibat dari kekurangan vitamin D. Walau bagaimanapun,kita perlu elakkan dari mengambil vitamin D secara sintetik kerana ia akan merosakkan buah pinggang untuk jangka masa panjang.


Renung-renungkan...untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, kita perlu menjaganya dengan rapi dan betul. Jangan takut untuk melabur demi kesihatan tubuh badan. Dengan Shaklee, in sha Allah kesihatan kita akan terpelihara. Shaklee menyediakan semua vitamin yg dibincangkan di atas..
Boleh hubungi saya 012-9623207 untuk dapatkan nasihat dan penerangan percuma..
Lawati fanpage http://www.facebook.com/pages/Mums-Beauty-Care/


"Jom Sihat Bersama Shaklee"

14 Mar 2013

Sihat Sepanjang Tempoh Hamil



Yeay...saya disahkan hamil!!!!
Seronok...Teruja...Xtau nk cakap apa...Syukur alhamdulillah!!!
Tu pengalaman sy setahun yg lepas. Now dah ada baby boy...br 4bln...:)
Mummy2 lain pon mesti happy macam sy jugak kan bila dah tau preggy. So,apa yg perlu ek bila tau kita pregnant???? Macam2 benda bermain dlm fikiran kan. Ape yg plg best adalah kita dilayan bagai puteri raja. Semua yg nk tentu dapat. Kalo xdpt,buat ayt baby yg nk mkn...ngeee

Sepanjang kehamilan, aspek kesihatan perlu di titikberatkan demi ibu dan baby. Kita perlu mengamalkn pemakanan yg seimbang. Selain itu, pengambilan supplemnt juga penting. Di sini, saya nak share sedikit info tentang supplement SHAKLEE yg boleh diambil sepanjang tempoh hamil.


 1) VITALEA - (sebiji sehari)
 Multivitamin terbaik yg mengandungi zat besi@ iron. Ia sangat membantu dalam pembentukan darah merah. Ibu2 yang mengandung juga digalakkan mengambil vitalea kerana keperluan zat yg diperlukan oleh si ibu dan juga untuk tumbesaran bayi....Pssstttt...kalo ibu dah amik vitalea ni, ibu2 xyh amik obimin dah...;p


2) B- COMPLEX - (sebiji sehari)

Shaklee B-complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk menguatkan jantung, paru2 dan organ2 penting yang lain. Bagi ibu hamil, pengambilan B-complex yang lengkap dengan asid folic tersangat la bagus. Asid folic ni berfungsi memastikan pertumbuhan bayi adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folic juga penting untuk tumbesaran otak bayi..Ianya juga dapat mencegah kecacatan pada bayi dalam kandungan. Tetapi, semua itu kuasa yang maha Esa...kita hanya berusaha dan berikhtiar selain berdoa kepadaNya..


3) OSTEMATRIX - (4biji sehari)

Pengambilan kalsium yg cukup sangat penting bagi ibu hamil. Ianya penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium inu juga penting bagi bayi dalam kandungan untuk pertumbuhan otot dan saraf bayi.

4) VITAMIN C  - (sebiji sehari)

Vitamin C membantu pembentukan kolagen dan sistem antibodi serta menguatkan sistem imun badan. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
 
 
5) OMEGA GUARD - (sebiji sehari)
 


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan kerana mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari omega juga penting untuk pembentukan mata bayi selain mebantu mengawal paras kolesterol dalam badan bagi ibu hamil.


6) Energizing Soy Protein (ESP) - (sekali sehari)


Ianya sangat pentng untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita mengandung kerana ia bolehmemberi tenaga bagi mereka yang mengalami morning sickness. Protein yang berkualiti tinggi dalam ESP juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Selain itu, ESP juga merupakan KUNCI untuk melawan penyakit. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta. uterus, penghasilan susu dan membantu pengaliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting apabila ibu memasuki trimester ketiga bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

So,disyorkan ibu2 hamil mengambil semua vitamin tersebut sebagai makanan tambahan sepanjang kehamilan demi kesihatan ibu dan bayi. Pengambilan vitamin adalah seperti berikut :-

*Trimester 1 - Vitalea + B-complex + Vitamin C + Ostematrix + ESP(kalau bajet lebih...;p)
*Trimester 2&3 - Vitalea + B-complex + Vitamin C + Ostematrix + Omega Guard + ESP



Boleh sms/pm 012-9623207 untuk sebarang pertanyaan atau 
fanpage : http://www.facebook.com/pages/Mums-Beauty-Care/241605725976192 

"JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE"

12 Mar 2013

ESP Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....

Pagi ni mau cerita pasal khasiat Energizing Soy Protein (ESP) pada ibu2 hamil la...Semalam dok chit-chat ngan ank buah member pasal ni,then tgk kat blog xde lagi entry pasal ni,,,so,apelagi...panaskan enjin...jari-jemari xsbr nk menari kat atas keyboard ni..

Seperti yang diketahui umum, ESP ni merupakan salah satu produk hot Shaklee.Dah ramai pengguna yg berpuas hati setelah menggunakannya. ESP ni sesuai untuk semua golongan, semua peringkat umur dan yang paling penting memberi 1001 khasiat.



Fokus kali ni,khasiat ESP untuk ibu hamil.
ESP merupakan sumber protein lengkap dan asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan janin. Kandungan indeks glisemik yang rendah akan melepaskan gula dalam badan secara perlahan-lahan. Jadi,ibu hamil akan kekal bertenaga walaupun mengalami alahan yang teruk.

KENAPA IBU HAMIL PERLU AMBIL ESP???APA KEBAIKANNYA??

1) Membantu ibu2 mendapat extra energy walaupun mengandung agar ibu xmerasa letih dan xlarat

2) Membantu meningkatkan sistem imun dalam baan ibu..jadi ibu akan rasa lebih sihat dan juga jarang  dijangkiti penyakit

3) Kulit ibu lebih halus dan lembut

4) Boleh diminum berterusan sehingga selepas kelahiran bagi membantu menyembuhkan luka dalaman

5) Membantu proses pengaliran darah ibu

6) ESP merupakan supplement terbaik dalam proses penyediaan untuk menyusukan bayi setelah lahir nanti.




 Berminat,boleh sms/call 012-9623207 untuk dapatkan special price dari saya...:)



"JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE'

9 Mar 2013

CAHAYA MATA PENYERI HIDUP

Assalamualaikum.....

Ari ni nak bercerita pasal cahaya mata..setiap individu yg berkahwin pasti inginkan cahaya mata..kehadiran cahaya mata merupakan pelengkap hidup individu tersebut..macam saya,saya dikurniakan cahaya mata cepat..bak kata org 'bunting pelamin'. saya disahkan hamil lbh kurang 3 mggu selepas kawen cepatkan???hihi

Nak dijadikan cerita, masa kawen tu sy tgh period...so,org kata after period time subur kan..alhamdulillah, rezeki kami dipermudahkan olehNya..org yg paling happy tentulah en hubby saya..dia yg xsbr2 suruh sy wat upt..1st wat upt,mmg nmpk 2line,tapi agak kabur, so kami p klinik cek lagi sekali..nk sahkan pregnant or x.

Dah cnfirm pregnant, so apa lg...share la saat2 yg menggembirakan ni dgn family..nak dijadikan cerita, saya kawen ari tuh sekali ngan adik laki..dan isteri dia pon pregnant jugak...maksudnya kami akan sama2 pregnant dan family akan sambut 2 org baru sekaligus...lagi double2 happy....:P

Tu kisah saya...saya bukan nk cerita pasal saya dari A-Z kat sini...nnt ada masa free, saya coret la kisah hdp sket2 kat sini. kalo xmo cerita pasal saya, saya nk cerita pasal ape???

Back to entry kat atas tuh...'cahaya mata penyeri hidup'..bagi yg mempunyai cahaya mata tentulah best kan...boleh main ngan anak, tgk anak mmbesar, and so on..
Tapi macam mana pulak dengan pasangan yg belum dikurniakan cahaya mata?? Apa perasaan mereka??
Ada yg dah lama berkahwin, tetapi belum ada rezeki utk menimang cahaya mata..Perasaan SEDIH tu mesti ada, tapi kita jgn layan perasaan sedih tu...Jangan putus asa berikhtiar..Rezeki itu Allah dah janjikan..kita jgn hanya berharap tanpa usaha...bak kata orang 'nak seribu daya,xnak seribu dalih'.

Bagi mereka yang mengalami masalah ni,selain berjumpa doktor pengambilan supplement juga sedikit sebanyak dapat membantu..so, kat sini saya nak bercerita pasal supplement dari Shaklee khusus utk kesuburan suami isteri.



Bagi isteri,vitamin yg perlu diambil adalah seperti Vitalea, B-complex, Vitamin C, GLA dan juga alfafa..setiap jenis vitamin ni ada peranan masing2.

  • Vitalea - membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.
  •  B Complex - ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida
  •  Vitamin C - utk pembinaan dan pemulihan sel2
  •  GLA - membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari
  • Alfafa - membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.
     
     
    Bagi suami,vitamin yang diperlukan adalah vitalea, B Complex, Vitamin C dan zinc. Zinc berfungsi membantu menguatkan sperma.
     
     
    So, bagi pasangan yg berusaha utk dapatkan cahaya mata, boleh dapatkan dan amalkan. selain dari itu, jgn lupa utk terus berdoa. Kita hanya berikhtiar, selebihnya hanya Allah yang tau...
     
     
    pm/sms 012-9623207 utk dapatkan special price..:)
     
     
    "JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE"


     






8 Mar 2013

Promosi Mac 2013 : Ostematrix

Waaaahhhhh, dah masuk Mac rupanya...begitu cepat masa berlalu...pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga...dari awal bulan lg nak wat entry pasal nih,tp asyik tertangguh..tulis sekerat,save draft...sbb ape,si kecik tu jeles..rengek nak susu, nak itu la,nak ini...akhirnya masuk draft...

Ari ni dah nekad,by hook or by crook nk siapkan jugak entry nih..

So,ari ni nak cerita pasal promosi Mac dari shaklee. Bulan ni,shaklee wat promo ostematrix plak..nak tgk rupa oste x????ni la rupanya...




Jom kita tengok apa kelebihan oste nih:

  • membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • membantu dalam pelancaran darah
  • membantu mengurangkan simptom2 senggugut
  • mengelakkan kekejangan
  • mengurangkan risiko osteoporosis
Lagi satu,oste ni jugak baik utk ibu2 yg menyusukan anak..nak tau kenapa??ibu yg menyusukan anak mesti sering sakit2 belakang kan??? So,dengan pengambilan oste sebagai supplement, in sha Allah masalah sakit belakang dapat di atasi...;p

Jadi, nak tggu apa lagi...jom dapatkan segera..sementara promosi ni,boleh la share ngan kawan2 beli...dapat harga murah dari biasa..beli 6 percuma 1!!!!


Sape2 yang berminat,boleh dapatkan dari saya...
pm/sms 012-9623207 utk dapatkan harga istimewa....=)



"JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE"



7 Mar 2013

Wish Me Luck!!!!!

Assalamualaikum....

Perghhh lamanya xupdate blog nih....dah naik semak samun bagai,kena gotong royong bg clean balik nih...hihi
Bukan xnk update,tp semenjak dua menjak ni,dh bergelar ibu so mcm malas je nk menaip wat entry...buka blog,just blogwalking je...;p
TETAPI.....setelah mendapat satu tiupan semangat dari sifu,hati ini xsbr2 nk touchup blk blog nih...mcm ada semangat baru gitu...tenkiu sifu!!!!nak tau sape sifu tuh...nnt2 kita story eh...

Ari ni,dengan lafaz bismilahirrahmanirrahim...semoga apa yg saya nk buat ni mendapat keredhaan dariNya..
teruja nak tau ker????suprise x????
okok...bertenang2...saya pon xnk celoteh pnjg2...kalo nk tau ni lah dia ape yg sy akn buat....jeng.....jeng....jeng......

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

TARAAAAAAA......


Ni la dia...now da jd pengedar sah Shaklee...ngeee
So, byk bnda kn fokus mulai sekarang...da xleh nk main2..alang2 menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.....hihi

Wish me luck semua.....:p

Wassalam..

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign