Supplemen Sihat Store: Pemakanan Bijak Semasa Hamil

2 Apr 2013

Pemakanan Bijak Semasa Hamil

 
Waktu hamil adalah antara masa yang paling penting dalam kehidupan seorang wanita. Sekarang, kita telah mempunyai pemahaman yang lebih mendalam terhadap pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan berbanding dengan masa dahulu. Pemakanan yang sihat sewaktu hamil adalah perkara yang terbaik yang kita dapat lakukan bagi diri kita dan juga bayi. Pemakanan yang sihat adalah langkah pertama untuk mendedahkan si manja didalam rahim kepada campuran nutrien yang betul sebagai asas memulakan jalan ke arah kesihatan yang ideal.

Otak si manja tumbuh dan berkembang pesat di sepanjang ketiga-tiga trimester sewaktu hamil dan seterusnya ketka kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa diet ibu yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan nutrien lain dapat meningkatkan perkembangan otak dan saraf si manja semasa hamil dan juga sewaktu penyusuan susu ibu.

Lemak baik dan perkembangan otak si manja

Pembekalan kuantiti dan jenis lemak yang betul semasa hamil adalah pening. Lemak adalah penting dalam diet setiap orang, terutamanya bagi janin yang sedang berkembang. Lemak merupakan sumber yang penting bagi otak dan sistem saraf. Ia merangkumi lebih daripada 60% dari berat kering otak. Kekurangan lemak yang baik akan menyumbang kepada pelbagai komplikasi seperti getaran, masalah belajar, mati rasa, perkembangan yang terbantut, kejang, strok dan autism. Sebaliknya, pengambilan jumlah lemah "baik dan sihat' yang betul dapat membantu kedua-dua ibu dan anak mencapai potensi penuh.

Perkara penting yang perlu diingati adalah terdapatnya perbezaan yang besar di antara lemak yang berlainan jenis. Lemak yang paling merbahaya perlu dielakkan, tak kira semasa hamil atau tidak iaitu lemak trans. Ini adalah kerana lemak trans mengakibatkan sel-sel badan menjadi kaku dan tidak fleksibel. Malangnya, lemak trans boleh didapati di mana2, dalam pek makanan atau dalam setiap makanan goreng kita. Sewaktu hamil, lemak trans ini tidak dapat membekalkan sumber yang kukuh bagi perkembangan otak bayi dan sistem sarafnya.

Pilihan lemak yang tepat dalam pembinaan sistem saraf dan otak bayi yang kuat adalah asid lemak politidaktepu omega 3 seperti DHA dan EPA. Ia adalah penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi yang sedang membesar. DHA membantu dalam perkembangan otak dan kemahiran pembelajaran si manja, baik di dalam rahim mahupun semasa bayi. Pengambilan kuantiti omega 3 yang betul membolehkan otak berfungsi pada tahap yang lebih tinggi dengan memastikan komunikasi yang tepat dan kerap di antara sel-sel saraf. Kekurangan Omega 3 boleh menyebabkan kesan negatif dalam pembelajaran, perilaku, ketajaman visual dan fungsi retina pada bayi. Kajian juga mendapati pengambilan makanan tambahan semasa hamil yang mengandungi Omega 3 berkesan mengurangkan komplikasi seperti pra-bersalin dan pra-eclampsia (penyumbang kepada kematian ibu). Seorang wanita yang hamil sekurang-kurangnya memerlukan 2.2g Omega 3 dan 300g DHA setiap hari bagi memnuhi keperluan bayi dalam kandungan dan mengekalkan tahap DHA dalam darah. Terdapat pelbagai sumber Omega 3 sekarang ini seperti ikan berminyak - ikan sardin,mackerel, salmon, ikan bilis dan produk-produknya.

Peranan Asid Folik

Asid folik merupakan sejenis vitamin B, membantu mengurangkan risiko anak dalam kandungan daripada mengalami kecacatan semasa lahir, kecacatan sistem saraf, sumbing langit dan kecacatan jantung jika diamalkan sebelum hamil. Setelah merancang untuk hamil, bakal ibu dinasihatkan mengambil 400mg asid folik sehari. Makanan yang kaya dengan asid folik adalah seperti sayuran berwarna hijau seperti brokoli, bayam, lobak hijau, asparagus dan buah-buahan sitrus serta jusnya.


credit: Majalah Pa&Ma

No comments:

Post a Comment

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign