Supplemen Sihat Store: Punca Puting Pedih Ketika Menyusu

28 Sep 2014

Punca Puting Pedih Ketika Menyusu




Rasa pedih pada puting semasa menyusukan bayi adalah perkara biasa bagi ibu yang baru menyusu.
Ibu akan mengalaminya pada permulaan penyusuan selama beberapa hari yang pertama. Namun begitu jika ibu berhadapan kesakitan yang teruk atau berpanjangan ia sesuatu yang tidak normal kerana penyusuan susu ibu sepatutnya menyeronokkan bagi ibu dan bayi. Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting berasa pedih tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi menyusu. Jika teknikya salah dan bayi tidak melekap dengan betul, ini mengakibatkan ibu merasa sakit. Satu atau sesetengah daripada masalah berikut mungkin menyebabkan puting ibu pedih.

Kesukaran untuk melekap

Bayi tidak melekap dengan betul pada payudara ibu akan terpaksa menyedut atau menarik puting ke dalam mulutnya hingga menyebabkan kesakitan. Oleh itu ibu harus memastikan bahawa bayi memasukkan payudara ibu ke dalam mulutnya bukan bahagian puting sahaja. Untuk itu , bayi perlu membuka mulutnya dengan luas atau mengangakan mulut. Jika bayi tidak menganga, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya hentikan hisapan dengan memasukkan jari kelingking secara perlahan-lahan ke dalam mulut di bahagian tepi. Lepaskan mulut bayi dari payudara dan mulakan sekali lagi. Jika puting sangat pedih, merekah atau berdarah, ibu boleh sapukan minyak bagi membantu puting sembuh tanpa membentuk kerak luka.

Lidah terikat

Bayi mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan dasar mulut. Antara tandanya termasuklah bayi tidak boleh melekap dengan betul pada payudara, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badan tidak bertambah dengan cukup.
Bayi perlu menggunakan lidahnya untuk menarik susu daripada payudara ibu. Jika bayi tidak boleh menggerakkan lidahnya dengan sempurna, bayi mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya. Jadi ibu bapa perlu berjumpa doktor untuk memeriksa lidah bayi. 

Jangkitan fungus

Puting berasa sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna ibu mengalami jangkitan fungus pada puting. Jangkitan fungus terjadi apabila organisma yang secara semlajadi hidup dalam badan merebak tanpa kawalan. 

Dermatitis

Puting menjadi merah dan gatal. Ianya boleh disebabkan losyen, krim atau sabun yang tidak sesuai. Penyelesaiannya, cuci payudara dengan air bersih.

Tumbuh gigi

Bayi yang sedang daam proses tumbuh gigi akan suka menggigit. Jika gusi bayi bengkak, bayi akan menukar cara penyusuan agar lebih selesa. Jika bayi menggigit, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara dalam mulut. 
Ibu boleh membantu bayi untuk menganga dan menjulurkan lidahnya dengan cara menyentuh bibirnya pada puting dan setelah bayi memberi respons, dekat dengan cepat ke payudara. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi ibu perlu bergerak cepat.

Menyusukan semasa hamil

Puting berasa sakit kerana anda hamil dan menyusukan. Oleh itu, ibu harus bersabar kerana puting akan terasa sakit di awal kehamilan. Gunakan minyak sebagai langkah untuk melegakannya.

Penggunaan coli atau pelapik payudara

Coli yang tidak sesuai memberi tekanan kepada puting. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan dan membuatkan masalah ini lebih teruk.
Ibu harus menggunakan coli berszia tepat dan selesa. Gunalah pelapik payudara yang diperbuat daripada bahan semulajadi.








No comments:

Post a Comment

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign