Supplemen Sihat Store: Cara Menceraikan Susu Badan

14 Oct 2014

Cara Menceraikan Susu Badan

Bagi ibu yang menyusukan si manja dengan susu ibu selama dua tahun, tentunya akan hadir pelbagai perasaan bila sampai masa untuk menceraikan susu. Rasa sedih, simpati, kasihan serta tak sampai hati bila si manja merengek minta untuk menyusu, sedikit sebanyak akan membuatkan si ibu tersentuh dan akan menyusukan anak. Terdapat pelbagai cara boleh ibu gunakan untuk menceraikan susu badan ini. Antaranya ialah :



1. Kurangkan sesi menyusu

- Elakkan dari berhenti secara tiba-tiba ditakuti emosinya terganggu
- Kurangkan 1 sesi penyusuan pada setiap minggu, contohnya biasanya di belah siang jumlah sesinya adalah 7, minggu depannya sebanyak 6 sesi, dan untuk minggu depan pula 4 sesi sahaja
- Boleh gantikan dengan minuman ataupun makanan yang berkalsium seperti air yogurt, susu segar ataupun susu soya
- Kenyangkan anak dengan makanan lain dahulu sebelum anak meminta susu badan dan jangan menyusukan terlalu lama pada tiap-tiap sesi penyusuan
- Elakkan menawarkan susu badan jika tidak diminta, dan jangan menolak jika diminta
- Gunakan kaedah ansuran,ibu-ibu boleh alihkan perhatiannya pada aktiviti/benda lain dan proses ini mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan 
- Jangan terburu-buru untuk memberhentikan susu pada waktu malam 

2. Terangkan Kenapa Kena Berhenti

- Terangkan kepada anak  kenapa mahu memberhentikan penyusuan
- Boleh bagitau yang dia hanya boleh menyusu jika dia nak tidur ataupun pada waktu malam sahaja
- Jika ibu hamil ataupun mengalami kesakitan pada puting, ibu boleh bagitau kepadanya, yang penting jangan marah @ stress. Guna pendekatan psikologi.

3. Memberhentikan Penyusuan Pada Waktu Malam

- Sebolehnya, elakkan menjadikan penyusuan sebagai cara untuk menidurkannya. Sebaliknya, gantikan dengan aktiviti membaca buku, mendodoi, berzikir, menepuk perlahan atau menggosok belakangnya
- Jika anak tetap mahu menyusu, susukan di tempat lain, selain dari tempat kebiasaanya menyusu malam sebelum tidur. Mungkin di bilik lain ataupun ruang tamu


4. Mengurangkan Bengkak Susu

- Jangan makan makanan atau minuman yang membanyakkan susu, contohnya oat masa proses menceraikan susu
- Mandi dengan air suam & tumpukan air suam tersebut pada bahagian yang bengkak. Boleh juga tuam-tuam dengan air suam
- Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli. Potong urat kobis yang keras agar lebih selesa dan biarkan selama 20 minit, 2 kali sehari.


5. Perubahan Tingkah Laku

- Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan
-Anak  mungkin berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti susu. Dia mungkin mengekori anda ke mana sahaja & kadang2 lebih nakal
- Anak juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri, sebagaimana ibu juga perlukan masa dengan perubahan ini


Semoga dengan cara ini..sedikit sebanyak dapat membantu ibu dalam proses penceraian susu.


No comments:

Post a Comment

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign