Supplemen Sihat Store: Tips Anak Berjaga Malam

8 Oct 2014

Tips Anak Berjaga Malam

Anak anda sering tidur lambat di malam hari? Sering berjaga mengalahkan orang tengok bola? Sudah tentu ibu yang menghadapi sedikit masalah kan, mana tidaknya jika anak tidur lewat, ibu juga turut sama tidur lewat. Bagi ibu yang bekerja, agak tertekan juga bila menghadapi situasi ini.

Ramai bayi terutamanya bayi yang baru lahir, kerap berjaga malam. Bayi kecil ini tidak faham bahawa mereka sepatutnya aktif pada waktu siang dan tidur pada waktu malam.Pada waktu siang, keadaan lebih mudah diuruskan. Bayi anda tidur lama, bangun untuk menyusu, bermain sebentar dan tidur semula. Namun pada waktu malam, segala-galanya berubah. Dia bangun dan tidak mahu tidur semula. Apa yang membuatkannya lebih teruk ialah dia juga mungkin asyik menangis pada waktu malam.

Anda mungkin sudah boleh meramalkan sejak dia di dalam kandungan lagi bahawa bayi anda ini adalah jenis yang berjaga malam. Jika semasa dalam kandungan dia lebih aktif pada waktu malam, tabiat ini mungkin terbawa-bawa hingga selepas lahir.Jika bayi anda banyak bergerak pada waktu siang semasa dalam kandungan, setelah lahir dia kemungkinan besar akan aktif pada waktu siang. Namun tentu sekali ini tidak sama bagi kesemua bayi, tetapi ia boleh jadi panduan yang bagus.Jadi, apa yang boleh anda lakukan? 

Jika selepas beberapa minggu masalah ini masih berterusan, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengubah rutin tidurnya. Bangunkan dia pada waktu kita biasanya terjaga pada waktu pagi. Jangan biarkan dia bangun lambat untu menggantikan waktu yang dia tidak tidur pada waktu malam. Anda mungkin terdorong untuk membiarkan dia tidur supaya anda sendiri boleh tidur lagi, atau untuk mencuri masa beberapa minit menguruskan diri, tetapi ini akan lebih menyukarkan anda pada waktu malam nanti.

Mandikan bayi anda dan pakaikan pakaian siang.Bermainlah dengannya sebanyak mana yang boleh sepanjang hari. Walaupun dia sedang tidur nyenyak, bangunkan dia untuk menyusu mengikut jadual. Buka langsir dalam biliknya dan buatlah kerja-kerja biasa anda. Jangan senyapkan telefon dan jangan cuba mengelak daripada membuka TV. Dengan cara ini, anda dapat melatih anak anda tidur nyenyak dan tidak mudah terjaga apabila terdengar sedikit bunyi.

Jangan bermain dengannya pada waktu malam. Tutup lampu dan hanya pasang lampu yang malam atau sedikit sahaja cahaya untuk tujuan menyusukan dan menukar lampin. Anda sendiri haruslah senyap dan bersikap menenangkan. Bergerak dan bercakap perlahan-lahan. Dalam erti kata lain, jadilah sebosan yang boleh.Anda juga boleh mencuba rutin tidur malam yang mudah seperti mandi air suam dan urut, atau tukar kepada pakaian malam.Lama-kelamaan bayi anda akan belajar bahawa waktu siang adalah untuk berseronok dan waktu malam untuk tidur. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau beberapa minggu, tetapi jika anda terus melakukannya, rutin tidurnya akan berubah.


No comments:

Post a Comment

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign