Supplemen Sihat Store: November 2014

28 Nov 2014

Bila Si Hero Mengamuk..Kesabaranku Hilang..Bagaimana Cara Atasi Anak Mengamuk??

Fuhhhhhh...tarik nafas sikit.... Baru rasa boleh bernafas dengan lega bila hero tidur selepas hampir sejam mengamuk. Hampir sejam okeh!!! Mengamuk sebab apa pun tak tahu...mungkin sebab saya tak bagi dia sepahkan susu. Sekarang habit si abang ni suka meratah susu tepung dia. Lepas buat susu, seperti biasa dia akan minta susu letak dalam piring dahulu, biasa makan ok je, tapi hari ni ratah sambil sepah. Habis tumpah atas lantai. Dengan si adik meragam nak tidur, saya ambik la piring susu tadi, bawa masuk ke dapur. Mengamuk sakan si abang, pujuk semua tak pakai. Mungkin sebab bercampur dengan mengantuk sekali, tu yang mengamuk sakan.

Nasib baik juga hari ni anak buah ada untuk handle dia sedang saya dodoikan adik. Dari dalam bilik, memang dengar la dia meraung, hempas mainan semua. Ya Allah, tak pernah dia mengamuk begini. Macam kena rasuk.

Ibu-ibu semua pernah tak atasi masalah begini. Tahu tak cara nak atasinya bagaimana??
Jom saya kongsikan sedikit info yang dipetik dari internet mengenai cara mengatasi anak mengamuk atau tantrum

Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan  tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan.  ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
sumber : http://www.doktorbudak.com/2013/12/01/mengendalikan-sikap-anak-kerap-mengamuk/

27 Nov 2014

Dapatkan Berat Ideal Dengan Set Kurus Shaklee Bagi Bakal Pengantin



Wahhhh...cantiknya pengantin dalam gambar kat atas ni. Dah la muka putih melepak, kulit halus gebu, badan pun sedang-sedang elok aje..ideal la tu..Jangan terkejut, ini bukan saya...Nelydia senrose tu...haha
Nak tengok rupa saya masa hari bahaga...sila baca sampai habis dulu..

Dah kenapa pulak tetiba petang ni terajin godek pasal pengantin??
Haaa..sebab tadi ada satu mesej dari pelanggan, bertanyakan set kurus. Dan adik manis ni pulak darah manis, tunangan orang, bakal berkahwin tengah tahun depan. Nak dapatkan berat ideal katanya, nak kelihatan cantik gojes di hari perkahwinannya nanti.

Tak dapat dinafikan, bagi bakal pengantin yang mempunyai masalah berat badan, agak tertekan bila memikirkan masalah ini. Mana tidaknya, jika badan terlebih berat, susah sikit nak pilih baju pengantin yang vouge kan. Bukan takde tapi tak banyak pilihan.

Sebagai langkah penyelesaian, saya ada syorkan beberapa set kurus berdasarkan bajet adik kita ni. Tapi kena ingat, ambil suplemen sahaja lambat memberi kesan sekiranya pola makan kita tak jaga, senaman pun malas. Yang penting air masak tu kena cukup. KENA CUKUP. Paling kurang 3 liter sehari.




Set Kurus Shaklee

Untuk permulaan, pelanggan tersebut ingin mencuba set ini. Fungsi set kurus yang mengandungi Alfalfa, Lecithin, Omega serta Herblax adalah seperti berikut :

Omega & Lecithin
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecitin dan Omega adalah berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan lecithin dengan Omega, lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi kuat untuk membakar lemak-lemak. Gabungan keduanya dapat mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak dalam badan
Alfalfa & Herblax
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.
Untuk kesan yang lebih optimum, boleh tambah ESP atau Cinch shake bagi melengkapkan konsep penurunan berat dimana keduanya ini berfungsi untuk membina otot dan mengelakkan badan jadi menggeleber.
Apa lagi, bakal pengantin semua...jom kurus sebelum hari bahagia. Baru bakal suami tengok meleleh...
Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI
HUBUNGI SAYA OKEH!!!


Tarrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......inilah wajah saya ketika malam nikah 4/2/2012......:)
Senyum bahagia seorang isteri...hiksss

26 Nov 2014

Ikan Kembung Masak Asam Pedas Kelantan Style


Salam semua
Selamat tengah hari...

Haaa...ari ni mood rajin agak banyak, so sempat masak asam pedas untuk lunch. Benda simple pun kena tunggu mood jugak tau, kang ku goreng je ikan tu..haha

Ni semalam punya request dari en. hubby la, nak makan asam pedas bagai. Memang kalau dia nak makan apa-apa, dia terus belikan bahan. So, isterinya kena la paham ye..dia dah bagi hint siap-siap.

Okeh...meh kita review sikit pasal asam pedas ni. Saya buat guna ikan kembung je. Ikan kembung segar pun lazat tau wat masak gini. Kalau nak lagi menjilat jari, guna la ikan pari ke...kompem terangkat.

Masak asam pedas ada pelbagai versi. Macam biasa, sebagai anak jati Kelantan asam pedas tentula ikut style Kelantan. Asam pedas versi Kelantan macam mana??

Meh kita tengok cara buat dia. Simple, mudah, sambil pegang henpon pon boleh masak..haha


Bahan-bahan :

Ikan kembung (3-4 ekor)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang merah
Asam keping/asam jawa
Sedikit lengkuas
Kunyit (guna yang serbuk je...:)
Cili kering...bergantung pada selera. Kalau suka pedas, boleh tambah lagi
Sedikit belacan

Cara-cara :

1. Blend bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas dan belacan
2. Masukkan air dalam periuk (agak-agak lanak kuah banyak mana), masukkan bahan yang dah di blender tadi.
3. Biarkan kuah mendidih, masukkan ikan, asam keping
4. Perasakan dengan gula, garam dan perasa secukupnya
5. Masukkan daun kesum. Kalau nak letak bendi lagi best!!
6. Dah siap.....makan bersama nasi panas...fuhhhhh



Ikan Kembung Masak Asam Pedas

SELAMAT MENCUBA!!!!!!

24 Nov 2014

Anak Kekal AKtif, Cerdas Dengan Set Kanak-Kanak Shaklee


SET KANAK-KANAK SHAKLEE

Bagi memastikan anak saya kekal cergas, sentiasa sihat, kuat imun badan dan cerdas, tanpa ragu saya telah memberikan makanan tambahan yang terbaik bagi memenuhi semua keperluan tersebut. Memang set ini sentiasa saya syorkan bagi semua ibu. Tambahan lagi jika si manja mengalami masalah seperti kerap demam, lelah, tiada selera makan atau mengalami masalah sembelit.

Apa yang terkandung dalam set kanak-kanak Shaklee?

1)MEAL SHAKE
๐Ÿ‘‰Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
๐Ÿ‘‰Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
๐Ÿ‘‰Rendak lemak dan rendah glisemik
๐Ÿ‘‰Sumber protein dan kalsium
๐Ÿ‘‰Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi... ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, juga disyorkan mengamalkan mealshake di samping warga tua dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil

2)OMEGA GUARD
๐Ÿ‘‰Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak, kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
๐Ÿ‘‰Membantu merawat eczema. 
๐Ÿ‘‰Kandungan DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
๐Ÿ‘‰Disyorkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
๐Ÿ‘‰Membantu mengurangkan risiko serangan lelah atau semput

3)CHEWABLE VITA-C
๐Ÿ‘‰Menguatkan fungsi imunisasi. 
๐Ÿ‘‰Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
๐Ÿ‘‰Membantu  menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
๐Ÿ‘‰Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

๐Ÿ‘‰Mempercepatkan penyembuhan luka

Dah tahu fungsi setiap vitamin kan, so boleh melabur sikit buat buah hati pengarang jantung kita ni. Buah hati saya memang penggemar tegar set ini, sampaikan chewable vitamin C kena sorok. Kalau tak, memang akan nak setiap masa.
Kesan selepas saya memberi set ini pada anak saya agak memuaskan. Dari segi kesihatan, memang sudah lama tidak demam, selera makan semakin menjadi-jadi dan yang paling ketara ialah masalah sembelit sudah tiada lagi.Syukur, kita berikhrtiar bagi yang terbaik demi kesihatan anak.

Abg Harraz dengan makanan tambahannya

Jika anda juga inginkan tahap kesihatan anak terjaga, mulakan hari ini. Dapatkan segera set ini. Tawaran lebih menarik jika anda dapatkan pada bulan ini, kerana salah satu item dalam set tersebut tengan promo.

Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI
HUBUNGI SAYA OKEH!!!

23 Nov 2014

Berjaya Turunkan Berat Badan Hanya Dengan Set Bajet

Berat badan berkurang selepas menggunakan set kurus bajet


Respon dari seorang pelanggan yang gembira bila berat badan berkurang sebanyak 5kg dalam masa dua minggu. Mana tak gembiranya adik manis ni, dia hanya mengambil set kurus bajet sahaja. Maklumla, masih lagi bergelar student, sedikit sebanyak kena juga fikirkan bajet kan. 

Jadi apa yang saya cadangkan ialah untuk beliau mengambil set bajet shaklee untuk permulaan. Set bajet ini terdiri dari kombinasi LECITHIN dan juga ALFALFA



Dengan mengamalkan cara makan yang betul dan juga konsisten ambil, Tidak mustahil berat cepat turun. Untuk kesan yang lagi berkesan, sulami sekali dengan senanam agar lemak lagi banyak terbakar. Fungsi setiap produk secara lanjut anda boleh baca DI SINI.


Seringkali juga saya pesan kepada semua pelanggan, jangan lupa ambil air masak secukupnya. Paling tidak sehari anda perlu mengambil 2-3 liter. Air masak ini membantu untuk vitamin yang kita mabil tadi menyerap dengan lebih baik.

Di sini saya kongsikan mesej dari pelanggan saya. Semoga adik terus konsisten dan akhirnya berjaya mendapat berat badan yang ideal


Testimoni Pelanggan


Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI
HUBUNGI SAYA OKEH!!!

22 Nov 2014

Kenapa Vitamin C Shaklee Menjadi Plihan Hati Saya




Kebaikan Vitamin C Shaklee

  • Vitamin C Membentuk Kolagen 
        - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka            dan tulang rawan. 

  • Memperbaiki Simptom Pendarahan 
         - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih                  dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

  • Peningkatan Sistem Imun 
        - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,                     membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem                   imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan               simptom selsema.

  • Memerangi kanser 
        - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon                    semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan            membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

  • Mencantikkan Kulit 
        - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih                  cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen                      adalah penyebab utama masalah jeragat.

  • Memperbaiki Insomnia 
       - Vitamin C membantu mengatasi masalah insomnia, stress dan masalah mental seperti              keresahan.

  • Mengekalkan kolestrol sihat 
      - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari              darah yang sihat serta menghalang pendarahan dalam hidung. 


Antara simptom kekurangan Vitamin C :-

❣ Mudah tertekan / Stress 
Sering letih dan lemah
❣ Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
❣ Luka yang lambat sembuh
❣ Mudah selsema / bersin
❣ Wajah nampak tua dari usia 
❣ Mudah dapat ulser
❣ Mudah demam / antibodi tak kuat
❣ Gusi berdarah
❣ Salur darah mengecil
❣ Sakit sendi


Kenapa Saya Memilih Vitamin C Shaklee??

Vitamin C Shaklee merupakan vitamin yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam. Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. Satu tablet vitamin C bersamaan 7 biji setengah oren. 

Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemenVitamin C. 

Harga sebotol yang sangat mampu milik  Hanya RM92.50 untuk kecantikan kulit serta dalaman yang berpanjangan.

Mempunyai kelulusan KKM. Memang tak perlu diragui lagi..tiada kesan sampingan. SELAMAT!!!

1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji buah oren. Mampu makan ke 7 biji sehari? Kalau tak mampu...ambil cara mudah yang memang tersedia ini...

 Vitamin C untuk kulit berseri. Pembinaan kolagen secara semula jadi, maka lambatlah nampak tua. Kulit lebih PUTIH CERAH?? Vitamin C merawat kulit dari dalam dan bila kulit sihat, sudah tentu la kulit semakin cerah dan glowing. Siapa tak suka kan??

21 Nov 2014

Susu Pekat Dambaan Ibu Membuatkan Si Manja Tersenyum Kekenyangan



Selamat petang semua pembaca
Hari ini sambil-sambil telek muka si kecik ni, teringin pulak nak kongsi pengalaman berharga seorang insan bergelar ibu yang dalam perjalanan melaksanakan penyusuan eksklusif untuk anak yang kedua ni.

Menyusukan anak kali ini betul-betul memberikan satu perbezaan yang sangat ketara berbanding anak pertama. Apa yang paling saya perasan ialah kualiti dan kuatiti susu itu sendiri.

Kualiti??
Kenapa saya kata ianya berkualiti??
Jika dilihat pada warna susu sahaja sudah jelas..ianya nampak pekat. Tidak cair seperti sebelum ini. Sesungguhnya terasa sangat bersyukur atas rezeki ini.

Kuantiti??
Memang tak dapat disangkal lagi...susu badan kali ini sangat meriah. Memandangkan saya seorang surirumah sepenuh masa...anak lebih banyak diberikan direct feed. Dia pun lagi suka direct berbanding botol. Saja nak tenung mata ibu la tu...hikss

Cerita tentang kuantiti ini jugak, boleh dikatakan setiap hari baju akan basah lencun jika baby lambat hisap. Disebabkan ini jugalah, saya kerap pam bagi mengosongkan payudara.

Lagi satu ialah..susu memancut keluar sangat meriah. Jika sebelum ini, saya tidak berpengalaman melihat susu memancut..tetapi kali ini..alhamdulillah. Memang susu sangat meriah..jika anak main-main masa hisap..akan terpancut lah. Ya Allah...betapa hebatnya kuasa Allah.

Syukur sangat anak kedua tidak setitik pun merasa susu formula. Jimat duit ibu...hihi

Untuk dapatkan susu yang berkualiti dan meriah, ibu kena siapkan diri terlebih dahulu. Siapkan diri? Betul ke istilah itu. Maksud saya, tubuh si ibu kena sihat, cukup nutrisi agar si anak juga berkongsi zat dan nutrisi yang sihat.

Sebagai langkah awal, saya mengamalkan suplemen Shaklee sebagai makanan tambahan dan sebagai penggalak susu. Memang badan terasa bertenaga dan tidak lesu walau setiap hari terpaksa melayan kerenah abang sulung yang semakin lasak.

Bagi ibu yang mengalami masalah susu merudum atau ingin membuat stok susu..saya syorkan agar mengambil set menyusu shaklee. Pilihan bijak untuk ibu yang bijak

posted from Bloggeroid

20 Nov 2014

Perokok Berisiko Alami Pedih Ulu Hati

Masalah pedih ulu hati sering dialami oleh semua orang, namun tahukah anda lelaki mempunyai risiko yang lebih besar mengalami masalah ini. Hal ini kerana tabiat merokok yang menjadi tabiat dalam kehidupan seharian mereka.

Pedih ulu hati

Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut yang mengganggu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. 

Tanda dan gejala pedih ulu hati

1) Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
2) Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
3) Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau belakang tekak
4) Sendawa
5) Batuk yang teruk
6) Suara menjadi serak
7) Pernafasan berbunyi seperti serangan asma

Pencegahan

Tabiat pemakanan harus dititikberatkan. Kenal pasti dan elak makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat serta makanan yang telah diawet. Juga disarankan agar mengurangkan makanan yang bergoreng dan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa penuh di dalam perut.

Anda juga boleh mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Amalkan jumlah pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali makan dalam jumlah yang banyak. Janga makan ketika anda merasakan diri dalam keadaan bmbang, kecewa atau cemas. Keadaan sebegini boleh menyebabkan anda makan dalam keadaan tidak tenang dan boleh menyebabkan ketidakhadaman dalam perut. Dan apa yang paling pening, berhenti merokok!!! Merokok boleh menyebabkan penambahan udara yang tertelan dan ketidakhadaman

Bagaimana Shaklee Membantu Mengurangkan Masalah Ini??

Bagi masalah pedih ulu hati, pengambilan ESP dan Ginger Peppermint sangat membantu. 



Peppermint-Ginger Plus Shaklee adalah suplemen yang dirumuskan khas dari 4 jenis herba iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis yang membantu melegakan pedih ulu hati. Selain itu, ianya juga membantu melegakan masalah gastrik, badan berangin dan cirit-birit.  

Daun Pudina merangsang mengeluarkan peluh yang dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.  

Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung. 

Pokok Adas bertindak melegakan kembung perut dan membantu dalam masalah alergi pada saluran usus. 

Cekur Manis membantu melegakan masalah perncernaan dan gejala batuk dan kahak. 




ESP boleh mencegah pedih ulu hati?? Bagaimana ??
ESP merupakan sumber protein daripada kacang soya yang mana merupakan sejenis tumbuhan yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan keasidam di dalam perut. Ambil sebagai sarapan untuk tenaga berpanjangan. Sensasi soya berperisa vanila ini membuatkan perut rasa kenyang dan sekaligus boleh juga mengurangkan dari gastrik


Berhenti merokok dengan Vivix

Rokok mengandungi nikotin. Nikotin merupakan salah satu bahan toksik di dalam rokok yang menyebabkan ketagihan. Nikotin adalah salah satu radikal bebas yang boleh merosakkan DNA di dalam badan. 

Secara ringkasnya, Vivix Shaklee bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki. Jika anda seorang perokok yang mengidap kanser, vivix membantu membaiki sel-sel kanser ini dengan cara membaiki struktur DNA sel tersebut.





Inilah rupa vivix yang menjadi kegilaan ramai orang. Produk eksklusif keluaran Shaklee..tiada di mana-mana pasaran,,hanya boleh didapati di Shaklee sahaja. 


Mahu cuba???
Mahu hadiahkan pada someone special??

Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)


19 Nov 2014

10 Makanan Bantu Anda Elak Stress

Stress memang tidak boleh lari dalam kehidupan seharian kita. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah ini. Sama ada kita mampu menanganinya dengan tenang atau tidak bergantung pada diri masing-masing
Tahukah anda terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu kita dari masalah stress ini.

Makanan Bantu Elak Stress

1) Kacang
  • Ia mengandungi magnesium yang dapat membantu untuk mengurangkan lagi penghasila hormon kortisol (hormon yang menjadi punca stress). Bagaimanapun, anda tidak digalakkan mengambil kacang dalam kuantiti yang banyak kerana kacang mengandungi kandungan kalori yang tinggi
2) Brokoli
  • Mengandungi asid folik yang turut mrmbantu dalam mengurangkan stress
3) Manisan
  • Hormon stress juga dikaitkan dengan proses penyimanan lemak pada bahagian perut. Hanya dengan meletakkan sedikit manisan di bahagian lidah dapat membantu mengurangkan stress yang dialami.
4) Roti gandum berserta jem atau madu
  •  Makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan horon serotonin ( hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan)
5) Salmon
  • Asid lemak Omega 3 membantu sel-sel otak berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan untuk mengurangkan stress yang dialami
6) Coklat gelap
  • Ia mengandugi kandungan erdorphin yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak serta mengurangkan stres
7) Susu
  • Khasiat susu dapat membantu untuk mengurangkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stres
8) Minuman coklat
  • Air coklat panas membanu untuk meningkatkan suhu tubuh yang memberikan keselesaan dan juga meningkatkan fungsi otak
9) Teh
  • Satu kajian yang dilakukan oleh University College London menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama enam minggu membantu mengurangkan penghasilan hormon kartisol yang menjadi punca stres
10) Air sejuk
  • Ia dapat merangsang endorphin yang turut membantu mengurangkan stres

Bagi yang ingin menghilangkan stres dengan mudah, ambil sahaja B Complex Shaklee. Telan sebiji je, stress hilang, bonus lain dapat sekali

Sebotol RM53 SAHAJA!!!




Mahu cuba???

Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)


 

18 Nov 2014

Atasi Sembelit Dengan Herblax


Derita Sembelit

Al kisah mak mertua, selalu sangat mengadu sembelit. Seminggu kadang tak membuang. Sebelum ni dah bagi ostematrix, maklum la dah lama ni, masalah sendi ada, kebas-kebas ada, sakit belakang pun sama. Tu yang bagi ostematrix, selain untuk fungsi tersebut, ostematrix juga baik umtuk sistem pencernaan. Mungkin toksin degil sangat kot, dengan ostematrix kesannya lambat bertindak balas bagi mak mertua. Bagi saya, ok je. Ambik malam,esoknya buang.

Bukan nak cerita pasal ostematrix, tetapi kali ini nak cerita tentang herblax. Dua hari lepas, semasa balik kampung, bawa balik sekali herblax ni untuk bagi kat mak. Malam tu juga suruh dia telan. Untuk permulaan saya cadangkan agar ambik dua biji dahulu. Kalau rasa tiada kesan, baru suruh mak tambahkan dos sehingga empat biji.

Esoknya, lepas kemas-kemas rumah, terdetik hati nak tanya mak apa rasa setelah ambik herblax. Alhamdulillah, bangun je pagi tu memang lawas je pembuangan. Badan pun rasa ringan katanya. Sengih je la menantu dia. Kita nak bantu orang sihat kan, tentunya gembira bila dapat respon positif.

Herblax Dan Sembelit. Apa perkaitannya??



Herblax merupakan produk yang bersumberkan herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut serta usus, melegakan masalah sembelit dan juga membantu meningkatkan proses percernaan supaya menjadi semakin lawas. Kandungan 9 jenis herba ini yang secara tradisionalnya mampu merawat perut dan usus dari masalah seperti sembelit dan tidak lawas. Ianya juga mampu untuk nyahkan toksin dari badan.


Sumber semulajadi yang terdapat dalam herblax : 

  • Buckhorn Bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus
  • Licorice Root - membantu proses detoksifikasi
  • Fennel Seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan, membantu pencernaan, dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut
  • Anies Seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb Roots - herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibotik
  • Alfalfa Leaf - membersihkan usus, darah dan hati
  • Senna Leaf - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • Blue Malva Flower - membantu proses detok dan membantu mengimbangi tekstur kulit
  • Culver's Roots - membantu masalah lebihan air dalam badan

Fungsi lain herblax : 
  • memudahkan fungsi usus
  • menghilangkan jeragat
  • membantu hilangkan bau badan

Siapa yang memerlukan herblax??
  • mereka yang mengalami masalah pembuangan
  • mereka yang ingin menurunkan berat badan
  • mereka yang menghadapi masalah perut buncit
  • mereka yang mengalami masalah jerawat
  • sesiapa sahaja yang ingin membersihkan usus

Hanya dengan Herblax, masalah anda akan dapat diselesaikan. Harga sebotol yang mampu milik, sebotol boleh tahan sehingga 2-4 bulan penggunaan, ternyata satu-satunya produk yang sangat berbaloi. Berapa harganya???

Sebotol hanya RM52 SAHAJA!!!!

Mahu cuba???

Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)




17 Nov 2014

Susuk Tubuh Menawan Walau Bergelar Ibu Dengan Set Kurus Shaklee

Ramai yang risau tentang bentuk badan selepas bersalin kan?? Mana tak risau, lepas bersalin aje, kulit menggeleber, strechmark merata, dan yang paling membimbangkan BERAT BADAN. Boleh ke berat kembali ideal seperti sebelum bersalin?

Jangan risau adik kakak semua, SET KURUS SHAKLEE mampu mengubah diri anda kembali. Kerana dirimu begitu berharga,jangan fikir lagi untuk mencubanya!!

Mari kita lihat, apa yang istimewa sangat set kurus shaklee yang menjadi dambaan para ibu masa kini. Seperti yang kita sedia maklum, selepas bersalin rata-rata ibu ingin diet. Tetapi, dalam ibu nak diet tu, kena ambil perhatian, kita tidak boleh hendak diet sebarangan kerana bagi ibu menyusu, keperluan nutrisi dalam badan harus cukup bagi membekalkan susu yang berkualiti terhadap si manja.

Ibu harus mengambil sumber protein serta zat-zat lain yang mencukupi. Jadi memang sangat disyorkan set ini dalam membantu ibu untuk kembali langsing tetapi tidak mengganggu peneluaran susu. Konsep dua dalam satu inilah yang menjadikan set ini laris di pasaran.




Pengalaman diri sendiri, apabila mengambil set ini banyak kelebihan yang saya dapat. Mungkin saya tidak berdepan dengan masalah berat badan sebab berat pun cukup-cukup je, tetapi perut buncit yang menjadi igauan ngeriku.

PERUT BUNCIT !!!! Siapa yang suka kan..tambah lagi bila si suami asyik perli je...mula la gelabah nak telan itu, nak sapu ini. Bagaimana set kurus ini membantu??

Di sini la, alfalfa dan lecithin memainkan peranannya. Lecithin yang bertindak sebagai pemcah lemak akan memecahkan lemak degil yang terkumpul dalam badan dan lemak-lemak ini akan diangkut keluar sebagai bahan detoks oleh alfalfa. Cuba amalkan secara konsisten, pasti anda akan dapat lihat perbezaannya.

Shaklee menyediakan agen detoks terbaik bagi ibu menyusu iaitu alfalfa. Selain alfalfa HERBLAX juga adalah agen detoks. Untuk ibu menyusu, pengambilan alfalfa lebih disyorkan disebabkan fungsi alfalfa yang bertindak sebagai milkbooster.

Bagi mengurangkan masalah regangan atau strechmark pula, pengambilan ESP dikatakan banyak membantu. ESP merupakan sumber protein di mana protein sangat diperlukan oleh badan unuk membina sel-sel baru dan menggantikan sel yang telah rosak. Memang ESP telah menjadi minuman kegemaran saya sejak setahun yang lepas. Minuman yang bukan sahaja untuk satu fungsi, malah dalam satu canister, pelbagai manfaat dapat diperolehi. Bagi ibu menyusu, ESP pilihan terbaik. ESP membantu memberi tenaga yang berpanjangan, memekatkan susu dan boleh menjadikan impian untuk kembali langsing menjadi kenyataan.

Antara mereka yang turut berpuas hati setelah mengambil set ini :




Apa lagi ibu kat luar sana. Anda juga boleh boleh kurus walau tengah menyusukan. Buktikan yang ibu menyusu juga mamp mempunyai susuk tubuh yang menawan.

Mahu cuba???

Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)



16 Nov 2014

Petanda Bayi Sudah Turun

Menjelang minggu terakhir kelahiran pastinya kita akan tertanya-tanya bila saat kepala bayi akan turun ke rongga pelvis untuk memudahkan kita bersedia menghadapi proses kelahiran. Namun harus diingat setiap kelahiran itu berbeza.Begitu juga dengan keadaan bayi yang akan turun pada masa yang berbeza menjelang penghujung kehamilan.

Tidak semestinya jika kepala bayi turun awal maka kita akan bersalin awal. Apa yang pasti,apabila tiba masanya bayi akan bergerak ke bawah kerana bahagian bawah uterus (rahim) kita mengembang. Kepala bayi atau punggung (jika songsang) akan berada rendah dalam rongga pelvis kita.

Bayi Turun Bila :-

* Tiba-tiba merasa ringan dan boleh bernafas dengan mudah. Tekanan bayi ke atas pundi kencing membuatkan ibu akan kerap ke tandas.

* Bayi pertama biasanya akan turun dari kira-kira minggu ke 36. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi hanya turun apabila proses kelahiran bermula.

* Mungkin bagi ibu yang hamil bayi pertama akan merasa sedikit bimbang apabila berhadapan keadaan bayi belum turun apabila proses kelahiran bermula. Ini bukan satu masalah,kekuatan kontraksi akan menolak bayi ke bawah.

Berikut adalah beberapa perkara yang memainkan peranan dalam menentukan bayi lambat turun :

1) bayi berada dalam posisi membelakangi belakang anda. Dalam posisi ini, sukar bagi bayi turun dan proses kelahiran juga boleh menjadi sukar

2) bayi mempunyai banyak ruang untuk bergerak. Ini boleh berlaku jika terdapat banyak cecair amnion atau ibu pernah mempunyai bayi sebelum ini. Bayi mungkin berbaring merentasi perut (melintang) atau pada sudut serong. Dalam posisi ini, kemungkinan besar bayi tidak turun sebelumproses kelahiran bermula.

3) Bentuk pelvis, posisi plasenta atau kehadiran ketumbuhan tidak bahaya (fibroid).

4) Bayi besar

5) Hamil kembar dua atau lebih.


Untuk mengetahui bayi anda sudah turun atau belum, boleh tanya doktor atau jururawat. Dengan menekan keliling bahagian perut anda perlahan-lahan, doktor boleh merasa berapa jauh bayi telah turun ke rongga pelvis

15 Nov 2014

Anak Mati Dalam Kandungan.

Tajuk ini mungkin agak sensitif bagi kaum ibu atau sesiapa sahaja tetapi sekadar berkongsi maklumat, saya kongsikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kematian bayi dalam kandungan.

Beberapa hari lepas, suami memberitahu berita yang mendukacitakan. Biras saya telah kematian anak dalam kandungan di mana usia kandungan masuk 7 bulan. Disebabkan berita ini, hati meronta untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini. Lantas segala info di cari bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat, untuk ingatan diri sendiri dan juga orang lain.

Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati?

Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandunga sebelum bayi sempat dilahirkan.Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.

Tanda & simptom keadaan lahir mati :
1) Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang

2) Rahim tidak membesar melewati masa

3) Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.

Antara punca-puncanya :

1) Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes

2) Masalah uri atau tali pusat. Uri dan tali pusat yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu.Kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu awal ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat (vasa praevia) dan uri

3) Trauma atau kecederaan yang dialami di bahagian abdomen/perut ibu

4) Tekanan darah tinggi yang dialami ibu, (kemungkinan ada atau tiada kaitannya dengan kehamilan)

5) Diabetes

6) Kecacatan struktur bayi yang melibatkan paru-paru, jantung, otak dan buah pinggang.

7) Masalah kromosom yang tidak normal adalah sebab paling utama yang menyebabkan kematian janin di peringkat awal. Ia merangkumi lebih daripada 50 peratus punca keguguran spontan.

8) Ibu mengalami gangguan autoimun, suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri.

Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada kes lahir mati ini. Namun 10 peratus kes-kes lahir mati ini tidak diketahui puncanya.

Apakah yang patut dilakukan bagi mengelak insiden lahir mati?

* Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati

* Mengelakkan daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian

* Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis

* Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit

* Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.

Lazimnya punca-punca ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kecacatan semula jadi bayi, masalah uri dan tali pusat serta keadaan ibu berpenyakit yang boleh menjejaskan kehamilan.Kecacatan adalah punca biasa namun sering kali terlepas pandang, seperti kes-kes bayi meninggal dalam kandungan ini.Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi.Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan.Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi.Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini.

Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan.Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.Apa yang jelas, terdapat beberapa punca luar biasa lain yang menyumbang kepada kematian bayi dalam kandungan ini.



Melahirkan bayi lahir mati ini, ibu dan bapa berhak menentukan bilakah bayi itu patut dilahirkan walaupun ia sudah meninggal di dalam perut ibu.Bagi seseorang ibu yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan, keputusan untuk mengeluarkan bayi itu bergantung kepada ibu bapa bayi berkenaan untuk satu tempoh yang dianggarkan.
Bagi pihak doktor, apa yang dapat dilakukan ialah memberi pandangan dari pelbagai sudut, buruk dan baiknya melahirkan bayi itu serta cepat atau lambat.Ibu boleh membuat pilihan sama ada untuk menanti waktu kelahiran secara semula jadi atau merangsang kelahiran secara paksa.

Tidak salah jika seseorang ibu itu ingin menunggu kelahiran secara semula jadi tanpa paksaan. Walau bagaimanapun ada kalanya ia boleh melibatkan masa yang agak lama.Jika ia melebihi empat minggu daripada tarikh bayi itu meninggal di dalam rahim, keadaan ibu harus diawasi agar masalah lain tidak timbul.

Jika rangsangan atau paksaan bagi melahirkan bayi itu dilakukan, ia harus dilaksanakan dengan teliti kerana ia boleh melibatkan komplikasi kerana rahim belum bersedia untuk proses kelahiran.Pintu rahim selalunya diperiksa untuk memastikan ia bersedia untuk proses kelahiran. Ini boleh memakan masa beberapa jam dan kadangkala melebihi 24 jam.Ini adalah untuk memastikan risiko terhadap ibu di tahap yang rendah. Jika rahim dipaksa secara terus-menerus, ia boleh mengakibatkan rahim itu koyak dan memudaratkan ibu.Maka sebab itulah, pihak doktor akan meneliti kes itu secara teliti sekiranya ibu sudah bersedia bersalin atau jika ia memerlukan rangsangan, ia dilakukan dengan teliti.Ibu boleh melahirkan bayi itu secara normal selepas diberi bantuan yang secukupnya atau apabila sudah ada rasa untuk bersalin.Bagaimanapun sekiranya terdapat komplikasi lain, doktor akan mencadangkan pembedahan Caesarean demi menyelamatkan ibu.

Bagi kes biras saya, anak dalam kandungan meninggal hari Isnin, Khamis baru bersalin setelah pihak hospital memasukkan ubat untuk proses bersalin. Alhamdulillah, semalam hari Jumaat..arwah selamat dikebumikan

Bayi perempuan...Siti Hajar nama diberi...semoga tenang di sana wahai penghuni syurga.

Al fatihah.

posted from Bloggeroid

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign