Supplemen Sihat Store: Anak Mati Dalam Kandungan.

15 Nov 2014

Anak Mati Dalam Kandungan.

Tajuk ini mungkin agak sensitif bagi kaum ibu atau sesiapa sahaja tetapi sekadar berkongsi maklumat, saya kongsikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kematian bayi dalam kandungan.

Beberapa hari lepas, suami memberitahu berita yang mendukacitakan. Biras saya telah kematian anak dalam kandungan di mana usia kandungan masuk 7 bulan. Disebabkan berita ini, hati meronta untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini. Lantas segala info di cari bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat, untuk ingatan diri sendiri dan juga orang lain.

Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati?

Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandunga sebelum bayi sempat dilahirkan.Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.

Tanda & simptom keadaan lahir mati :
1) Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang

2) Rahim tidak membesar melewati masa

3) Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.

Antara punca-puncanya :

1) Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes

2) Masalah uri atau tali pusat. Uri dan tali pusat yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu.Kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu awal ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat (vasa praevia) dan uri

3) Trauma atau kecederaan yang dialami di bahagian abdomen/perut ibu

4) Tekanan darah tinggi yang dialami ibu, (kemungkinan ada atau tiada kaitannya dengan kehamilan)

5) Diabetes

6) Kecacatan struktur bayi yang melibatkan paru-paru, jantung, otak dan buah pinggang.

7) Masalah kromosom yang tidak normal adalah sebab paling utama yang menyebabkan kematian janin di peringkat awal. Ia merangkumi lebih daripada 50 peratus punca keguguran spontan.

8) Ibu mengalami gangguan autoimun, suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri.

Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada kes lahir mati ini. Namun 10 peratus kes-kes lahir mati ini tidak diketahui puncanya.

Apakah yang patut dilakukan bagi mengelak insiden lahir mati?

* Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati

* Mengelakkan daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian

* Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis

* Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit

* Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.

Lazimnya punca-punca ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kecacatan semula jadi bayi, masalah uri dan tali pusat serta keadaan ibu berpenyakit yang boleh menjejaskan kehamilan.Kecacatan adalah punca biasa namun sering kali terlepas pandang, seperti kes-kes bayi meninggal dalam kandungan ini.Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi.Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan.Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi.Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini.

Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan.Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.Apa yang jelas, terdapat beberapa punca luar biasa lain yang menyumbang kepada kematian bayi dalam kandungan ini.



Melahirkan bayi lahir mati ini, ibu dan bapa berhak menentukan bilakah bayi itu patut dilahirkan walaupun ia sudah meninggal di dalam perut ibu.Bagi seseorang ibu yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan, keputusan untuk mengeluarkan bayi itu bergantung kepada ibu bapa bayi berkenaan untuk satu tempoh yang dianggarkan.
Bagi pihak doktor, apa yang dapat dilakukan ialah memberi pandangan dari pelbagai sudut, buruk dan baiknya melahirkan bayi itu serta cepat atau lambat.Ibu boleh membuat pilihan sama ada untuk menanti waktu kelahiran secara semula jadi atau merangsang kelahiran secara paksa.

Tidak salah jika seseorang ibu itu ingin menunggu kelahiran secara semula jadi tanpa paksaan. Walau bagaimanapun ada kalanya ia boleh melibatkan masa yang agak lama.Jika ia melebihi empat minggu daripada tarikh bayi itu meninggal di dalam rahim, keadaan ibu harus diawasi agar masalah lain tidak timbul.

Jika rangsangan atau paksaan bagi melahirkan bayi itu dilakukan, ia harus dilaksanakan dengan teliti kerana ia boleh melibatkan komplikasi kerana rahim belum bersedia untuk proses kelahiran.Pintu rahim selalunya diperiksa untuk memastikan ia bersedia untuk proses kelahiran. Ini boleh memakan masa beberapa jam dan kadangkala melebihi 24 jam.Ini adalah untuk memastikan risiko terhadap ibu di tahap yang rendah. Jika rahim dipaksa secara terus-menerus, ia boleh mengakibatkan rahim itu koyak dan memudaratkan ibu.Maka sebab itulah, pihak doktor akan meneliti kes itu secara teliti sekiranya ibu sudah bersedia bersalin atau jika ia memerlukan rangsangan, ia dilakukan dengan teliti.Ibu boleh melahirkan bayi itu secara normal selepas diberi bantuan yang secukupnya atau apabila sudah ada rasa untuk bersalin.Bagaimanapun sekiranya terdapat komplikasi lain, doktor akan mencadangkan pembedahan Caesarean demi menyelamatkan ibu.

Bagi kes biras saya, anak dalam kandungan meninggal hari Isnin, Khamis baru bersalin setelah pihak hospital memasukkan ubat untuk proses bersalin. Alhamdulillah, semalam hari Jumaat..arwah selamat dikebumikan

Bayi perempuan...Siti Hajar nama diberi...semoga tenang di sana wahai penghuni syurga.

Al fatihah.

posted from Bloggeroid

15 comments:

  1. Oh sayunya membaca... Semoga Allah gantikan kehilangan dengan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Tak snaggup rasanya nak lalui semua tu...sesiapa yang ada kes macam ni perlu sanagt tabah...ada hikmah disebalik dugaan..

    Ikan Budu

    ReplyDelete
  3. Harap tabah sesiapa yang melaluinya..pasti ada hikmah disebaliknye...

    ReplyDelete
  4. kebanyakan yang saya dengar...punca bayi meninggal dalam kandungan adalah disebabkan tali pusat terbelit..maka saluran oksigen tersekat dan zat makanan tidak sampai pada bayi.apapun itu adalah salah satu punca dan asbab kematian..percayalah dia menunggu si ibu di pintu syurga...aamiin

    ReplyDelete
  5. Kita yg dengar ni pun dah sedih apatah lagi ibunya kan?
    Al fatihah utk arwah..syurga menanti mu di sana...

    berat turun dengan mengamalkan minyak ikan?

    ReplyDelete
  6. Innalillah..semoga tabah hadapi ujian.insyallah allah akan beri yg terbaik utk hambaNya yg tabah

    SELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014

    ReplyDelete
  7. Sedihnya..Ujian Allah. Bertabahlah wahai hati..

    JommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH

    ReplyDelete
  8. Sedihnya..mungkin ada hikmahnya..tabahlah menerima ujian daripada Allah..


    mitos-cantik-faktaauta

    ReplyDelete
  9. Alfatihah...mungkin ada hikmah disebaliknya.. Allah swt tu maha adil, mungkin ada rezeki lain yg menanti..harap biras nor bertabah & redha dgn ujian Allah..

    ReplyDelete
  10. Kalau hal mcm tu terjadi.. Minta kpd ibu tu bersabar.. Anak tersebut akan Tnggu di syurga.. Allah.. Tnggu ibunya di pintu syurga..
    Cegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar

    ReplyDelete
  11. Sedih yer kalau terjadi macam tu,insyallah ada hikmah yer, semoga tabah dengan ujian Allah SWT.

    ReplyDelete
  12. Innalillahi.. al-fatihah buat ahli syurga.. sahabat baik saya juga pernah mengalami. Tapi baby dia meninggal setengah jam selepas dilahirkan.risiko tu memang telah diberitahu awal oleh doktor, namun dia tak berputus asa dan redha dengan ketentuan Illahi..

    ReplyDelete
  13. Sedih Kak Tun dengar. Kawan Kak Tun pun ade sorang yang sama kes macam ni. tapi dia hamil 8 bulan... tapi Allah lebih sayangkan bayinya juga...


    Kisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa

    ReplyDelete
  14. sangat sedih bila doktar sahkan bayi mati didalam kandungan, saya sendiri semasa didalam wad jiran katil sebelah mengalami keadaan bayi mati dalam perut, sangat sedih! pabila kakak itu hadir dikatil saya dan berkongsi kisah duka ini.. Moga tabah hati ibu2 yg mengalami situasi ini.. Sesungguhnya anak itu menanti kamu di pintu syurga :(

    ReplyDelete
  15. Semoga tabah mereka yang mengalami situasi sebegini. Ada hikmahnya yang kita tak tahu. Allah nak beri yang lebih baik daripada yang kita minta

    Tenaga Terlebih Tak Boleh Tidur

    ReplyDelete

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign