Supplemen Sihat Store: September 2015

29 Sep 2015

DHA Dalam OmegaGuard Tingkatkan Grey Matter Dalam Otak

Selamat pagi semua.

Pagi ni nak cerita pasal anak-anak la plak. Maklum la, tengah melayan hero yang sedang membesar ni, banyak betul ragam dan karenahnya. Ibu-ibu lain pun mesti macam saya jugak kan?

Saya ada dua orang hero, sorang sebulan lagi nak masuk 3 tahun dan lagi sorang setahun 4 bulan. Memang mencabar fizikal mental tau. Dua-dua memang bijak, ada je kerja yang dorang buat dan tentunya untuk saya sekali. Kalau tak sepahkan umah, memang tak sah. Rumah macam tongkang pecah itu perkara biasa.

Tapi, itu memang dah adat. Biarla mereka explore dalam dunia mereka, janji apa yang mereka buat tidak memudaratkan. Bercakap tentang BIJAK, semua ibu bapa mesti nakkan anak yang bijak kan? Untuk mendapat anak yang bijak, kita sebagai ibu bapa yang memainkan peranan penting. Selain dari didikan awal, pemakanan juga harus diambil berat.

Kat sini saya nak kongsikan rahsia anak bijak dengan Omega Guard. Kenapa saya kata begitu???

Omega Guard merupakan salah satu produk Shaklee yang memang menjadi pilihan para ibu bapa bagi melengkapkan nutrisi anak-anak. Omega Guard terkenal dengan kandungan DHA yang paling tinggi jika dibandingkan dengan minyak ikan lain. Sebiji omega bersamaan dengan 120mg DHA. Cuba belek susu anak-anak kita, tengok berapa kandungan DHA. Haaa, mesti teruja kan nak cuba Omega Guard.


Apa kaitan DHA tinggi dengan anak bijak???

Mengambil sumber makanan yang mengandungi DHA akan meningkatkan grey matter dalam otak. Grey matter ni merupakan sel-sel yang berhubung untuk menghantar maklumat ke otak. Lagi banyak grey matter, lagi cepat otak mendapat maklumat. Sebab itu, anak-anak yang mengamalkan omega guard lebih bijak. Grey matter mereka lebih banyak.

Tengok iklan kat TV, rata-rata produk susu berlumba-lumba menekankan kandungan DHA dalam susu mereka. Ada yang sampai 5x kandungan DHA. Ini lah sebabnya. DHA dan perkembangan otak memang rakan baik!!

Dah jelas kan kepentingan DHA untuk proses tumbesaran anak-anak. DHA yang tinggi tentunya dari sumber yang berkualiti. Contohnya, dalam ikan salmon, memang banyak kandungan DHA. Tapi takkan kita nak bagi anak makan salmon setiap hari. Kopak la kan..hihi

Jalan paling mudah, bagi saja omega guard ni sebiji sehari sudah memadai. Hanya dengan melaburkan RM136, hasilnya anak akan bijak pandai serta cerdas!! Sebotol tahan 3 bulan, berbaloi kan???



Apa lagi, jika anda ingin mencuba, boleh hubungi saya seperti di bawah



22 Sep 2015

Pemakanan Sesuai Ketika Alahan




Alahan atau morning sicknes merupakan salah satu cabran buat ibu hamil. Tatkalan ibu mengalami alahan, secara automatik selera makan akan hilang. Namun demikian, demi kesihatan ibu dan anak dalam kandungan, ibu perlu juga menjamah makanan walau sedikit.

Secara amnya, alahan ini hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek dan tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak. Bagaimana pula jika ada ibu yang mengalami alahan teruk berpanjangan. Sehinggakan apa sahaja yang di makan dimuntahkan balik. Keadaan ini amat membimbangkan dan berkemungkinan bayi di dalam kandungan tidak mendapat zat yang mencukupi.

Sepanjanng tempoh alahan, ibu juga akan mengalami masalah seperti dehidrasi di mana ibu akan selalu rasa pening, dahaga dan membuang air kecil dalam jumlah yang sedikit. Sekiranya ada tanda-tanda ini, ibu perlu mengambil berat tentang pemakanan dan mengambil langkah untuk berjumpa doktor ntuk mendapatkan rawatan lanjut.

Amalan Pemakanan Sihat

  • Ibu disyorkan agar mengambil makanan berdasarkan piramid makanan yang lengkap. Protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Disyorkan makan enam kali sehari dalam jumlah yang terkawal agar pola pemakanan ini dapat membekalkan zat untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
  • Makan makanan yang berserat tinggi. Ini dapat membantu ibu kenyang dalam tempoh yang lama. namun, perlu diingatkan jangan mengambil terlalu banyak. Jika terlebih serat, ianya boleh menyebabkan masalah kembung dan angin berlebihan dalam badan. 
  • Selepas bangun awal pagi, ibu boleh ambil biskut tawar (cracker). Pengambilan biskut ni boleh membantu menyerap asid dalam perut dan membantu tahap kandungan gula dalam darah agar tidak terlalu rendah.
  • Mengambil snek sebagai kudapan seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut, yogurt atau apa sahaja. Boleh mengambil snek ini dalam waktu selang waktu makan utama
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makan makanan yang masih panas kerana biasanya yang panas-panas lebih berbau dan bau ini boleh menyebabkan ibu terasa loya 
  • Mengamalkan meminum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk menggantikan cecair yang hilang. Jangan ambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus, seeloknya ambik segelas setiap jam.
  • Mengambil makanan yang mengandungi halia kerana pengambilan halia ini juga boleh menghilangkan rasa mual
  • Ibu juga tidak digalakkan tidur dalam keadaan lapar. Ambil kudapan seperti roti atau biskut kerana ianya dapat mengatasi rasa loya atau muntah.


Selamat menempuhi perjalanan yang indah sepanjang kehamilan. semoga info ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu di luar sana.


Terima kasih kerana sudi membaca.

21 Sep 2015

Jana Pendapatan Dengan Shaklee Hanya Dari Rumah

Keadaan ekonomi sekarang telah membuatkan ramai di kalangan kita yang telah mencari peluang untuk jana pendapatan sampingan bagi menampung keperluan ekonomi masing-masing. Tidak dinafikan, saya sendiri sebahagian dari golongan ini. Tambahan pula, saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, pendapatan keluarga hanya dari suami seorang. Bukan tidak cukup, tapi orang kata 'hanya cukup makan'.

Istilah ini tidak relevan sekarang kerana kita tidak boleh hanya ada wang untuk cukup-cukup makan sahaja, sekurang-kurangnya kena ada simpanan bagi hal-hal kecemasan. Lantaran itulah, tergerak hati saya untuk serius dalam bisnes Shaklee, dari makan untuk sendiri kenapa tidak saya luaskan skop kebaikan Shaklee dengan orang ramai.


KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE??

1) Sambil guna produk, secara tidak langsung akan berkongsi juga tentang segala kebaikan produk. Dari situ, kita YAKIN dengan produk kita. Kita dahulu yang 'menshakleekan' diri kita. jadi, senang untuk kita menarik prospek. Rata-rata yang menjadi ahli adalah dari kalangan pelanggan saya sendiri. Bila mereka yakin dengan sesuatu produk, kita dah tak perlu paksa..mereka sendiri akan join ahli dengan rela hato

2) Satu-satunya bisnes MLM yang saya rasa cukup sempurna sistemnya. Takde istilah upline goyang kaki, bonus berkepuk. Downline yang gila-gila buat jualan, tapi hasilnya orang atas dapat. NO!!! Dalam Shaklee tiada seumpanya. Sistem MLM lebih telus, siapa buat dia yang dapat. Downline boleh langkau upline, bergantung usaha masing-masing

3) Segala info atau marketing strategy boleh diperolehi daripada group support. Group inilah yang memainkan peranan dalam memberi segala info kepada ahli-ahli. Tidak kira dari segi produk atau apa saja, jika ada sebarang pertanyaan, terus boleh tanya. Hanya di hujung jari. Saya sendiri bersyukur kerana berada di dalam group yang betul. Bimbingan dari master-master sangat-sangat membantu perkembangan bisnes!

4) Selain dapat bonus setiap bulan, Shaklee juga menawarkan pelbagai insentif menarik.
  • Bonus Peribadi
  • Bonus Kepimpinan
  • Bonus Subsidi Kereta
  • Insentif Koordinator
  • Percutian/ Conference PERCUMA

Jika anda ingin menjadi sebahagian dari group kami, anda perlu bertindak pantas. Sudah ramai yang jana pendapatan 4/5/6 angka. Bukan mimpi, bukan angan-angan..ianya realiti. Suri rumah, student dan mereka yang berkerja juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama rebut peluang keemasan ini.

Pilihan di tangan anda, tidak perlu modal beribu, cukup dengan RM80 anda sudah boleh memulakan langkah. THINK FAST, ACTION FAST!!!


Lagi satu, kalo join ahli bulan ni dan bulan depan, anda akan dapat PERCUMA sebotol multivitamin bernilai hampir RM90...best kan????





Nak sertai keluarga besar kami??? Kami menawarkan kelas online dan offline..tidak kira di mana anda berada, segala tunjuk ajar dan bimbingan akan anda dapat hanya di hujung jari. Jom sama-sama jana pendapatan sama ada secara sambilan atau tetap!!

Sekiranya anda berminat, jangan berlengah lagi. Isikan details anda di JANA PENDAPATAN HEBAT DARI RUMAH!!.. Kami akan hubungi anda secepat mungkin.








 
 
 



20 Sep 2015

Masker Homemade Boleh Pudarkan Parut, Tegangkan Kulit Wajah!!

Haloha.....selamat berhujung minggu semua

Buat apa ye hujung minggu ni?? Mesti dah penuh aktiviti kan, maklum la Raya Haji dah dekat, tentu ada yang mengambil peluang cuti hujung minggu untuk cari kelengkapan mana yang perlu tu.

Saya macam biasa, takde istilah cuti hujung minggu, hari-hari dok umah. Jaga anak-anak syurga..layan dorang je la.

Memandangkan si adik dah tidur, saya taknak lepaskan peluang keemasan untuk belai kulit muka. Seminggu sekali wajib buat ni. Apa dia???




Taraaaaaa...bermasker uolssss. Masker ni best, sebab kulit rasa lembut je, pori pun makin mengecik...dan yang paling syok..kulit cerah..segala mak nenek parut pudar. Yeah!!

Masker saya ni, homemade punya. Tiada kat pasaran okeh. Tapi kesan, superb!!!

Ni dia rupanya. Kali ni saya nak share masker kombinasi beberapa item yang sangat penting untuk kulit. Bukan main hentam je tau. Setiap satu ni ada fungsi masing-masing

Bahan-bahan :
  • Separuh Vit C SR 
  • Sedikit ESP
  • Sedikit collagen Shaklee
  • Beberapa titis toner Nutriwhite
Cara-cara :
  • Vitamin C dihancurkan menjadi serbuk..kalo susah nak hancurkan, guna lesung batu..:)
  • Campurkan semua  bahan tadi, letak beberapa titis toner
  • Gaul biar sebati, agak2 likat dan tidak terlalu cair
  • Boleh sapu di wajah..sapu rata macam masker biasa
  • Biarkan 15-20 minit
  • Bilas dengan air suam

Untuk kesan bombastik lagi, masa cuci tu guna Deep Foaming Cleanser Shaklee, lagi bersih segala daki dan sel kulot mati. Hasilnya kulit tampak lebih cerah dan tegang.

Selamat mencuba uols. Kalo takde semua bahan tu, boleh hubungi saya ye..dapatkan segera. ESP tengah promo ni




SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


18 Sep 2015

Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil

Ada tak ibu-ibu kat sini yang sedang mengandung?? Tengah cari susu untuk tampung nutrisi semasa kehamilan??




Meh sini saya nak share pasal susu soya kegemaran ramai, memang menjadi pilihan. Laku keras, kejung jari dok layan mereka yang nak cuba.

Kalau kita tengok, kat pasaran ada pelbagai jenis susu khas untuk ibu mengandung kan. Dari susu kosong, ada yang berperisa coklat, ada yang perisa buah. Boleh je pilih yang mana berkenan, tepuk dada tanya selera. Pengalaman sendiri, masa mengandung anak sulung, saya ambik anmum materna coklat, tapi doktor advise suh ambik yang biasa, sebab yang coklat ni kandungan gula agak tinggi. Masa tu tak kenal shaklee lagi...ngeh

Mengandung kali kedua dah kenal shaklee, so memang takkan lepaskan peluang untuk amalkan set hamil termasuklah killer product dia, susu soya untuk ibu hamil ni. Sape tak tahu apa dia susu soya keluaran Shaklee?

Nah ni dia...Energizing Soy Protein




Saya ni hantu soya. Dari zaman sekolah memang selalu dok beli air soya kat tepi pagar. Benda-benda yang bersumberkan soya tu..memang menjadi pilihan la. Tempe, taufu fah, pucuk dan sewaktu dengannya. Dah boleh dikategorikan sebagai kegemaran saya.

Soya ni seperti yang kita semua tahu merupakan sumber protein yang mana protein ni sangat penting untuk tumbesaran kita, untuk pembinaan sel. Jadi, berbalik pada khasiat soya untuk ibu hamil, banyak yang ibu akan dapat rasa apabila mengambil susu soya atau ESP ni sepanjang kehamilan

Khasiat ESP Untuk Ibu Hamil


Membantu Perkembangan Otak Bayi 

Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Sesetengah ibu mengandung tidak sedar akan kepentingan protein ini kepada kesihatan mereka dan juga bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi. Oleh itu, sangat penting untuk ibu terus mementingkan pengambilan protein setelah disahkan hamil. Otak kita terdiri daripada sel dan sel ini pula dihasilkan daripada protein. 


Membantu Pembentukan Otot Bayi

Protein juga sangat penting untuk pembentukan otot bayi. Akibat daripada kurang senaman dan pergerakan, ibu mengandung boleh mengalami kekurangan otot. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu ibu mengurangkan kehilangan otot ini disamping membantu proses kelahiran.


Meningkatkan Imun Badan

Selain daripada vitamin C, protein juga membantu meningkatkan imun badan ibu hamil. Protein juga lebih mudah dicerna oleh ibu dan juga bayi. Nak dapat demam tu susah la sikit bila imun badan kuat. Jenuh tau demam masa mengandung ni, ubat-ubat memang tak leh ambik


Kulit Ibu Dan Bayi Kelihatan Mulus

Tidak dinafikan, pengambilan ESP membuatkan kulit anda akan kelihatan makin lembut, cerah dan halus. Begitu juga dengan bayi, rata-rata ibu yang mengamalkan ESP bersyukur dikurniakan bayi yang putih gebu..montel Kalah anak mat saleh..haha


Atasi Keletihan Akibat Morning Sickness 

Bagi ibu yang mengalami masalah ini, pengambilan ESP memang sangat disyorkan. Ia bukan sahaja mengurangkan risiko alahan malah akan membuatkan badan lebih bertenaga. Saya sendiri tiada pengalaman alahan tapi masa mengandung kali kedua, anak sulung tengah aktif, jadi ESP bantu saya agar kekal bertenaga. Mana tidak, tengan mengandung, menyusu anak lagi..kalau tak kenal ESP, pengsan kot. Apapun ESP hanya ikhtiar, selebihnya Dia yang bagi..kan??


Apa lagi ibu-ibu hamil kat luar sana, rasai sendiri kelazatan ESP. Rasa sekali pasti jatuh hati. Sebab itu yang telah terjadi pada saya dulu..hihi

Memang tersangat best ESP ni...berbaloi dengan harga, setanding kualiti, tak rugi la beli!!!

Bulan ni lagi best beli ESP...ada promo. Biasa customer akan repeat bila promo..mereka memang tahu harga jauh lebih murah dari biasa. Why not, for those yang tengah berfikir nak cuba tu, beli sekarang. Bodek hubby pun boleh dear!!!

Jangan lupa hubungi saya untuk pesanan dan pertanyaan lanjut.

Terima Kasih








 

17 Sep 2015

Cegah Batuk Berkahak Dengan Omega Shaklee

Salam...selamat tengah hari semua

Sebelum masuk dapur, kejar marathon wat keje sementara hero- hero tengah asyik tidur. Penat sangat kot, sebab semalam bawa dorang jalan-jalan.

Tambah pulak si abang tak berapa sihat, dok batuk-batuk. Yang ni kalau dia batuk, ibu rasa risau sebab apa, setiap kali dia batuk besar kemungkinan akan muntah..huhu. Kesian betul

Abang Harraz dah 2 hari batuk, batuk nya xde la teruk. Siang ok je, main mcm biasa. Buat adik tak ingat dunia. Datang malam, mula la. Mungkin jugak sejuk. Lately memang sini hujan. Perubahan cuaca la tu.

Okeh, kalau dah kena batuk...part paling susah ialah nak bagi makan ubat. Budak umur 3 tahun, psiko macam mana pun tetap taknak jugak!! Dia akan ambil vicks, bagi untuk kita sapu kat dada dia. Haaaa, yang ni bijak. Sapu setiap kali batuk pun takpe..punyalah tak nak makan ubat. Tapi memang saya tak suka bagi ubat pun..ubat tu macam perhiasan je dalam peti hiksssss.

Tapi dengan sapu kat luar je, lambat la batuk tu nak hilang. Kalau orang dewasa, boleh campur madu dengan air limau nipis, pastu minum. Budak ni nak bagi minum yang, memang tak la.

Solution dia, simple. Saya akan bagikan sebiji Omega Guard Shaklee, yang ni pun dia tak boleh telan direct gitu..saya akan picit keluar minyak ikan tu, then letak dalam susu. So far, memang dia takkan dapat beza susu tu ada campur Omega Guard sekali..sebab Omega Guard ni bau dia sangat la minima kalau nak banding ngan minyak ikan lain.

Kenapa Omega Guard???
Kalau nak tahu, Omega Guard Shaklee ni mengandungi omega 3. Omega 3 ni berfungsi mencegah keradangan kat saluran pernafasan yang menyebabkan batuk atau selsema. Selain tu, ia juga akan melancarkan peredaran darah serta menghasilkan agen anti keradangan sekaligus akan meningkatkan tahap imun badan anak. Omega 3 juga turut berfungsi melegakan simptom batuk dengan melancarkan saluran pernafasan dan mencairkan kahak.

Malam tadi lepas minum susu, dok tak lama muntah. Habis la satu cadar kena mendobi hari ni. Mungkin geli tekak, tu yang dok batuk-batuk. Takpe, ari ni kita mabik Omega Guard lagi. InshaAllah, akan hilang la batuk anak ibu ini

Ikhtiar ibu untuk anak sihat, bebas batuk semestinya dengan Omega Guard. Selain dari Chewable Vitamin C dan mealshake yang memang termasut dalam diet harian dorang. Memang set ni akan sentiasa ada kat rumah. Sangat membantu dalam tumbesaran anak-anak ibu. Pelaburan yang sangat berbaloi. Anak sihat, ibu bahagia.

Get well soon my hero!!!


Bijian emas untuk anak-anak ibu


Ibu-ibu lain pun, saya syorkan agar sediakan makanan tambahan ini untuk anak-anak. Jika berminat nak mencuba, boleh hubungi saya, Konsultasi percuma untuk anda!!











15 Sep 2015

Set Skincare Shaklee : Testimoni Set Nutriwhite

Shaklee ada set skincare???? Yes dear, memang ada. Biasa dok dengar suplemen je kan. Asal sebut shaklee je orang dah pikir, owhhh shaklee ni yang jual vitamin tu. Macam pelik plak bila kita bagitau kulit muka jadi makin berseri lepas pakai set skincare shaklee...hihi

Kalo nak tahu, shaklee ada dua produk skincare iaitu Nutriwhite dan Enfuselle. Based on jenis kulit muka setiap individu sesuai jenis yang mana. Sebelum nak guna set ni, anda perlu tahu kulit muka macam mana. Normal, kering, berminyak atau sensitif. Memang sudah menjadi kewajipan saya, sebagai salah seorang pengedar, saya akan pastikan setiap pelanggan akan berpuas hati dengan consultation sebelum dan selepas pembelian. Nak tahu tip top atau tak servis saya, jom la jadi pelanggan saya..hihi

Okeh, back to tajuk entri hari ni, saya nak share salah seorang testimoni yang bagi feedback bila consume set nutriwhite.






Set nutriwhite ni sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit muka normal. Tiada masalah kronik, kalau just masalah jerawat pasir ke, berminyak kat Zone T, still boleh guna set ni.

Tengok dia punya packaging, warna putih. Sesuai sangat dengan fungsinya iaitu mencerahkan kulit. Putih bak sutera, sapa yang ambik pun pasti akan teruja bila tengok perbezaan pada wajah nanti. Kesan dapat lihat SEAWAL SEMINGGU!!!
Best kan, ni bukan agen pemutih yang bagi putih macam mayat, tiada penggelupasan. Ianya akan mencerah secara semulajadi disebabkan bila sel-sel kulit mati dibersihkan., aura kecerahan tu akan timbul. Walawehhhh, syiok nih

Produk nutriwhite ni dihasilkan oleh 100% bahan semulajadi. Terdapat 16 bahan botani di dalam kandungannya. So, ternyata selamat, tiada unsur bahan kimia.

Bahan-bahan yang terdapat dalam set Nutriwhite :

  • Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
  • Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
  • Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
  • Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  • Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
  • Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
  • Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
  • Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
  • Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
  • Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
  • Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
  • Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
  • Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
  • Marshmallow - melembapkan dengan tanin
  • Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
  • Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan

So, kat sini saya nak share apa yang akak testi ni ambik.






1) GENTLE DEEP FOAMING CLEASER

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit.
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan.
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan.
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen.
  • Lembut dan menyegarkan.

2)SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTENER
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. 
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary. 
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan. 
  • Kandungan Marshmallow berfungsi untuk melembapkan. 

 3)DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE


Berfungsi sebagai serum untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit. 
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen. 
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam. 
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari. 
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah. 
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit. 
 
 
4)ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION SPF 15

  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari. 
  • Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit.
  • Pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan cahaya matahari. 
  • Membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran. 
 
5)SPOT WHITENING TREATMENT
  •  Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat.
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
  • Cats Claw menegangkan kulit.
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan kulit wajah yang lebih halus.

Sape-sape saja boleh try set ni. Kalo nak try yang asas je dulu pun boleh, yang penting dapatkan consultation dulu dari saya ye. Set ni boleh dikatakan setanding jenama terkemuka, tapi harganya masih boleh mampu beli. Dan menjadi pilihan ramai sebab bebas bahan kimia. Hat ni paling utama

Okeh, kalo anda nak cuba, jangan segan hubungi saya ye!!!

Bai
 



13 Sep 2015

5 Sebab Kenapa ESP Penting Untuk Bakal Ibu

Menunggu kehadiran cahayamata merupakan momen indah dalam hidup pasangan suami isteri. Bagi ibu yang bakal menyambut cahayamata, ibu perlu mempersiapkan diri dari segala aspek. Kesihatan mental dan juga fizikal amatlah penting.

Entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman sendiri semasa mengandung anak kedua, yang secara keseluruhan saya mengambil SET HAMIL Shaklee seawal usia kandungan. Memang syok, sangat berbeza dengan kehamilan pertama. Set ini mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard dan juga ESP.

Bagi nampak jelas setiap fungsi vitamin dalam set ini, saya akan jelas secara terperinci satu persatu. Memandangkan bulan ini bulan ESP, apa kata saya start je dengan ESP. Yang lain tu lain entri, aci dak???

5 sebab ESP penting untuk ibu mengandung

 

ESP bantu pertumbuhan sihat kepada bayi dalam kandungan

ESP ni merupakan sumber protein, dan protein juga sangat baik untuk perkembangan serta pertumbuhan badan, maka bila ibu mengambil ESP dalam diet harian, secara tidak langsung akan turut sama membekalkan nutrisi yang sihat untuk bayi dalam kandungan. Rata-rata ibu yang mengamalkan ESP melahirkan anak yang comel, gebu dan montel!!

 

ESP beri tenaga kepada ibu hamil di sepanjang tempoh hamil

Sepanjang kehamilan kedua, saya amat memerlukan tenaga lebih sebabnya anak yang sulung baru berusia 10 bulan waktu itu. Maklum saja, anak seusia ini aktifnya sangat luar biasa. Melasak aje kerjanya. Jadi, sebagai sumber tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari, ESP memang sangat membantu. Tiada istilah melepek di siang hari. Di samping jaga anak sulung, bayi dalam perut, saya masih lagi boleh menguruskan rumah. ESP memang terbaik!!!

 

ESP memudahkan proses bersalin

Proses bersalin ada yang pendek ada yang panjang, berlainan bagi setiap ibu. Saya sendiri alhamdulillah, kedua-dua anak syurga ni tidak mengambil masa yang lama. Yang kedua ni lagi sekejap, rasa macam mimpi. Sakit perut dalam pukul 12.30 tengah malam, kejut suami dan terus ke hospital. Perjalanan ke hospital ambik masa dalam 10 minit lebih kurang. Sampai je hospital, nurse check jalan semua dan bagitau dah boleh nak push.

Tak sempat masuk labor room, tak sempat tukar baju hospital, tak sempat suami masuk teman, baby meronta nak keluar. Semuanya dipermudahkan. ESP adalah ikhtiar saya. Sebelum turun ke hospital, sempat minum ESP. Selain untuk tenaga, protein daripada ESP juga bantu kesihatan otot-otot anda untuk meneran serta mengelakkan koyakan yang teruk. Kali ni tak banyak kena jahit, 3 jahitan sahaja. Syukur!!

 

ESP bantu sediakan susu ibu seawal 1 hari

Surprise lagi yang ni, seawal 1 hari sebaik bersalin susu dah mula keluar.Memang berbeza dengan yang sebelum ini. Baby dapat menikmati susu ibu dengan bahagianya. Susu pun berkualiti, pekat dan likat.

 

ESP elakkan stretch mark

Saya perasan kali ni stretch mark hampir tiada, sangat minima. Masa mengandung takde pula saya sapu apa-apa minyak, tak sempat nak sapu bagai..huhu
Minum ESP je, memang megurangkan risiko strectmark. Sape tak cuba memang rugi sangat!!

Jom ibu-ibu, amalkan ESP sekarang Yang tak mengandung pun boleh ambik bagu tujuan lain. Sape yang dapatkan ESP sepanjang bulan ni, memang akan dapat penjimatan berganda. ESP on promo now!!!


So, apa tunggu lagi. Hubungi saya segera. Ready stok!!!
 
 
 



12 Sep 2015

Asid Amino Dalam ESP, Apa Fungsinya

Jom kita tengok apa fungsi asid amino yang terdapat dalam ESP. 9 jenis asid amino yang terdaapt dalam ESP tidak dapat dihasilkan oleh badan dan ianya hanya boleh diperolehi melalui diet harian.

 

Apa itu Asid Amino?

Asid amino adalah unit terkecil dari protein dan boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen, dan hidrogen molekul.

 Fungsi Asid Amino Dalam ESP


1) Histidine (340mg)
  • Dianggap sebagai metalloprotein iaitu asid amino yang boleh membawa bahan logam zat besi dan kuprum dalam darah.
  • Meningkatkan tahap penyerapan kalsium, menurunkan paras hormone histamine dan mengawal diarrhea atau cirit-birit.

2) Isoleucine (630mg)
  • Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
 

3) Valine (650mg)
  • Penting untuk metabolisma otot dan membaik pulih tisu rosak.


4) Leucine (1160mg)
  • Antara tiga asid amino yang berfungsi meningkatkan jisim otot dan membantu memulihkan otot selepas senaman

5) Methionine (180mg)
  • Menghasilkan sulfur untuk metabolism normal tubuh badan
  • Melakukan sintesis hemoglobin dan glutathione untuk melawan radikal bebas.

6) Threonine (520mg)
  • Asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan asid amino lain bagi membantu penghasilan kolagen.
  • Turut menghasilkan antibodi

7) Lysine (890mg)
  • Melakukan sintesis karnitin yang menukarkan asid lemak kepada tenaga
  • Berperanan menghasilkan hormon, antibodi dan enzim

8) Phenylalanine (720mg)
  • Terdiri daripada 3 jenis: D-Phenylalanine, L-Phenylalanine dan DL-Phenylalanine.
  • Asid amino ini merangsang penghasilan hormon catecholamine yang bertindak mengawal sistem saraf pusat dan saraf periferal 

9) Tryptophan (180mg)
  • Asid amino terbesar yang berkait rapat dengan hormon serotonin dan melatonin, bermaksud ia membantu mengawal perasaan dan aktiviti tidur


Okeh, dah tau fungsi asid amino, opkos teruja nak try ESP kan?? Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan ESP Shaklee anda sementara tengah promosi berbaloi-baloi bulan ni. Promo meletops sepanjang bulan September sahaja tau

Sepanjang bulan ni, Shaklee menawarkan 1 canister ESP PERCUMA dengan setiap belian 6 canister ESP. Banyakkan? Tak rugi grab sekarang, sebab ESP ni seisi keluarga boleh ambik, pelbagai khasiat kesihatan juga kecantikan.

Jom pakat dengan rakan opis, makcik pakcik, ipar duai. Cukup satu set, roger saya...okeh??
 
Atau belian 2 canisters ESP dengan diskaun sebanyak 5%! Nak satu pun boleh special price jugak..no worries!!
 
 
So, apa tunggu lagi. Hubungi saya segera. Ready stok!!!
 
 
 
   




9 Sep 2015

Free Asia Trip Ke Bangkok 2016

Sebelum berceloteh panjang, nah tengok dulu poster kat bawah ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sawadikaaaapppppp
Verangan cepat...sapa nak join, meh baca entri ni sampai habis. Trip ni adalah PERCUMA okeh. Yup, ianya PERCUMA. Haaa, jangan tak percaya, Shaklee suka wat surprise tau. Macam-macam dia bagi bulan ni. Yang ni latest news dari pihak Shaklee.

Back to story, trip ni merupakan 100% under Shaklee, ditaja sepenuhnya. Duit poket pun dia bagi tau. Trip ni 4 hari 3 malam, macam-macam aktiviti bakal diadakan termasuk malam gala. Walawehhhhh, memang xleh biar, harus grab nih.. Macam mana caranya????

SIAPA YANG LAYAK???

  • Ahli yang berdaftar dengan Shaklee sebagai pengedar, tetapi masih belum mencapai target sebagai Business Leader sebelum Januari 2015
  • Ahli yang mencapai rank Supervisor sebelum Januari 2015
  • Ahli baru yang mendaftar di antara bulan Januari 2015 sehingga Januari 2016.
 
Syarat pertama dan kedua tu untuk  mereka yang dah memang ahli. So, untuk melayakkan diri untuk trip ni, haruslah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee. Semua ahli kompem dah meroyan sekarang nak rebut peluang keemasan ini. Termasuk lah saya...hihi
Sebelum ni lihat orang je kan p sana sini free trip, kali ini kena rebut peluang jugak!! WAJIB!!!
 
Bagi syarat yang ketiga, ianya terbuka kepada anda semua yang masih belum menjadi ahli. Jika anda berminat, jom join ahli sekarang. Belum terlambat tau. Tempoh kelayakan ialah dari September 2015 hingga April 2016. Dengan bermodalkan RM79.50 sekarang, anda boleh mendaftar sebagai ahli berdaftar shaklee dan ini adalah yuran seumur hidup.
Orang kata business Shaklee ni Multi Level Marketing (MLM). Asal dengar MLM je mesti anda fikir macam 'taknak lah join MLM' ni. Memang Shaklee ni sejenis business MLM akan tetapi kita bukan focus nak cari orang bawah semata tetapi lebih kepada sharing kebaikan produk demi kesihatan orang ramai. Konsep Shaklee jugak lebih kepada siapa buat lebih, dia dapat lebih. Tiada istilah goyang kaki dapat duit gedebuk kita. Duit dibayar setimpal dengan usaha kita. 
 
Ramai jugak sekarang ni yang dah bukak mata, cari side income untuk tampung perbelanjaan. Sama ada yang bekerja atau suri rumah, rata-rata bila dah terjebak dengan Shaklee, melahirkan rasa syukur. Haaaa, nak tahu lanjut...kena la join.
Kalau takde modal nak beli stok pun takpe, boleh order kat shaklee je kalau customer nak beli tu. Tak perlu simpan stok. Tapi kalau ada modal kira bonus dan lebih senang nak pos pada customer kan. Mudah je kan? Pendek kata, hanya di hujung jari, bisnes jalan. Tiada lambakan stok, tak perlu buat loan untuk simpan stok.
Simple, mudah dan tentunya akan mendapat hasil jika FOKUS!
Haa apa tunggu lagi?? Selain fokus untuk pergi ke Bangkok tu, lepas balik Bangkok dan mulai sekarang dah boleh fokus untuk jana pendapatan sampingan untuk bantu diri sendiri dan orang lain juga. Tak tahu caranya..boleh hubungi saya segera ye. Saya tunjukkan jalan. 

Jom sama-sama pasang impian!!!!!!


 

8 Sep 2015

Jerawat Kecut Dalam Masa Seminggu. Apa Rahsianya???

Morning guyssssss

Dah sarapan belum...jangan skip sarapan tau, kang gastrik plak. Kalau dah xsempat sangat nak sarapan, shake je ESP, mudah banget. Perut kenyang lama, tengah hari baru cari nasik. Haaa, ini fakta tau, saya tgh wat entri ni pun, ESP ada kat sebelah...ngeeeee
Teman baik katakan, wajibla ambik dulu sebagai permulaan hari agar kekal bertenaga.

Okeh, kali ni nak share pasal JERAWAT. Jerawat ni rata-rata di kalangan kita akan naik, sama ada sikit atau banyak. Lepas tu, jenis jerawat plak. Ada yang jerawat pasir, ada jugak jerawat bernanah. Bagi saya, jerawat ni satu masalah jugak..sebabnya, bila tumbuh je jerawat,tangan mesti gatal nak picit. Tu yang tinggal parut...hihi



Faktor Penyebab Tumbuhnya Jerawat

Wujudnya jerawat di muka biasanya disebabkan beberapa faktor. Mungkin ramai yang dah tahu apa faktor penyebabnya. Di sini, saya senaraikan beberapa faktor tersebut. Jadi bila kita dah kenal pasti faktor penyebab, senang untuk kita mengambil langkah pencegahan.

Gaya Hidup
Gaya hidup yang tidak sihat mengundang kepada masalah jerawat. Gaya hidup sebegini seperti kuat merokok dan juga selalu tidur lewat boleh sebabkan jerawat bertenggek.

Makanan
Makanan seperti kekacang, kuning telur, masakan bergoreng dan sebagainya merupakan penyebab jerawat. Jadi seeloknya, kita kurangkan makanan yang banyak mengandungi lemak serta kalori yang tinggi


Stres
Ternyata faktor ini mengundang kepada masalah jerawat kerana bila kita stres, hormon androgen akan meningkat.

Salah Pilih Kosmetik
Yang faktor ni pun mengundang kepada masalah jerawat jugak. Mungkin kosmetik yang kita pakai tidak sesuai dengan jenis kulit. Sangat penting dalam pemilihan kosmetik ni, pilih yang bersesuaian dengan jenis kulit dan tiada bahan kimia



Dah tahu sebab, meh kita tengok tengok cara nak atasinya plak. Kali ni, nak share pengalaman anak buah saya sendiri. Dia ni kira jerawat agak teruk la.  Tak caye, meh kita intai gambar bawah ni






Tengok tu, gambar sebelum tu meriah dengan jerawat..siap bernanah lagi. Sape tak geram tengok kan. So, apa yang saya suggest kat dia??

1) Alfalfa
- Alfalfa ni berfungsi untuk mendetoks segala toksin yang ada dalam badan. Kita kena cuci dalaman sekali sebab apa, kalau dalam tak bersih, tak guna pakai itu ini kat luaran, memang tak kan jadi. So, yang penting DETOKS!!!

2) B Complex
- Yang ni untuk anti stress. Tengok point penyebab kat atas, salah satu sebabkan jerawat ialah stress kan, so elok sangat ambik ni untuk elakkan stress. Bila badan tak stress, kita happy, hormon stabil, jerawat pun tak jadi nak singgah

3) Vitamin C
- Semua maklum yang vitamin C ni memang sangat diperlukan oleh badan kita. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk jerawat ni. Pengambilan yang konsisten setiap hari boleh membantu memulihkan kulit wajah yang kusam, mencerahkan, bekal kolagen dan semestinya mempercepatkan proses pengecutan jerawat. Dan memudarkan parut jerawat.
Bagi kes anak buah saya ni, saya paksa dia buat masker seminggu sekali dengan vitamin C ni..memang nampak la bezanya. Nak tahu cara bermasker, nanti saya share di lain entri.

4) ESP
-Untuk ganti balik sel yang rosak, pengambilan ESP sebagai sumber protein sangat terbaik. Protein yang di ambil ni akan bina sel baru, akan tegangkan balik kulit, selain memberi efek cerah dan gebu pada kulit wajah. So, jangan hairan dengan minum ESP anda akan dapat kulit wajah sehalus selembut kulit baby!!

5) Pencuci muka nutriwhite (Deep Cleansing Foam)
- Untuk penjagaan luaran, saya syorkan ambik pencuci muka Nutriwhite. Pencuci muka ini dihasilkan oleh bahan botani yang sudah semestinya semulajadi, tiada bahan kimia. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Alhamdulillah, hasilnya sangat mengujakan. SEMINGGU sahaja dah nampak hasil. Kalau sebulan, dua bulan, pasti akan lagi kebabom

Pilihlah produk yang bersesuaian, sayangi kulit wajah anda kerana ianya sangat berharga.

Ingin mencuba rangkaian SET KULIT SHAKLEE??? Boleh dapatkan melalui saya, hubungi saya di nombor tertera kat bawah ye




******************
 





7 Sep 2015

Kebaikan ESP Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Hari ni nak cerita pasal ESP lagi. Biar apa orang nak kata, saya nak share jugak..hihi
Memandangkan bulan ni bulan promo ESP, memang kena la entri hari ni.

Apa itu Energizing Soy Protein (ESP)
ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protien merupakan makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. ESP tak seperti produk soya lain sebab ESP merupakan soya NON-GMO. Hat ni kita kupas entri lain..okeh?

ESP ni rasanya sangatla best, bagi peminat soya, ESP memang pilihan terbaik sebagai sumber protein harian anda. Dia datang dalam satu canister, berbentuk serbuk dan berperisa vanila. Sape yang minum ESP buat kali pertama, pasti akan jatuh hati. Percayalah!!

Tengok je gambar bawah ni, antara mereka yang dah membuat pilihan untuk mengambil ESP. Tidak terhad untuk wanita saja tau, laki pun boleh ambik.



Kebaikan ESP yang utama:


1) Kekal Muda
  – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah,
organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit agar sentiasa kelihatan muda. Juga untuk kesihatan otot di mana ianya memastikan kita sentiasa bertenaga.


2) Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi
 – kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.


3) Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 
 - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga
rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.


4) Kulit berseri dan anjal
 – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

5) Pemberi tenaga segera
  – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan sebagainya.


6)Memulihkan Pigmentasi
  – Melambatkan proses pertumbuhan uban, mencegah rambut gugur, masalah keadaan
rambut, pigmentasi, freckles.


7) Memperbaiki Memori
  – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan
sebagainya.

Jadi, satu canister ESP dapat bagi kebaikan semua ni, malah banyak lagi bonus lain yang anda akan dapat rasa. Pendek kata, all in one. Untuk kesihatan dan kecantikan. Belanja RM150 untuk dua bulan guna, dan hasilnya sangat mahal. Tidak rugi sikit pun.

Saya memang dah jadikan ESP ni minuman harian saya sekeluarga, anda bagaimana??

Jika berminat dan ingin mencuba, boleh hubungi saya. Jika nak penjimatan lebih, dapatkan sekarang!!!!



******************

4 Sep 2015

Promo ESP Sept 2015

ESP atau Energizing Soy Protein merupakan salah satu produk laku keras Shaklee. Setiap hari pasti ada yang dambakannya. Tak kira sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda, rata-rata membuat pilihan untuk mengamalkan ESP. Tu yang buatkan makin ramai yang jatuh hati dengan ESP.

Bulan lepas Shaklee dah buat offer untuk ahli-ahlinya yang tidak membuat sebarang belian dari bulan April 2015, layak mendapat ESP dengan potongan 50%. Fuhhhhh, hasilnya ramai ahli yang tidak melepaskan peluang keemasan ini. Termasuklah juga anak-anak buah saya. Rugi kan kalo tak grab, 50% tu..

Lagi sekali, bulan ni Shaklee buat offer HOT, khas untuk ahli dan juga bukan ahli. Belian ESP sebanyak 6 tong akan dapat PERCUMA 1 tong...walawehhhhhh..Ini pastinya bikin fenomena lagi.

Bagi yang angkut set terus tu lagi la berbaloiiiiii. Bila angkut set, maknanya anda akan dapat secara PERCUMA satu tong ESP bernilai RM150..secara otomatik akan dapat KEAHLIAN PERCUMA (save kat sini RM69), tambah plak dengan PERCUMA sebotol multivitamin (save plak RM88.75)...daaaannnn dapat cash rebate direct masuk akaun bln depan. Haaaaa, best ke tak best???



Juga anda boleh pilih promo yang ni. Dapatkan dua tong ESP akan dapat potongan 5% jika dapatkan ...hadoiiiii. Best sangat ni!!! Memang sangat rugi kalo tak grab. Offer setahun sekali pun belum tentu. Apa lagi, jom rembat

Yang mana berhampiran dengan saya, saya ada buat COD, area Pengkalan Chepa dan Kota Bharu. Penghantaran setiap hari seluruh Malaysia, sama ada dengan Pos Laju atau Gdex.

So, apa tunggu lagi...takkan tengok je kot. Mai la try setong dua!!

Peluang keemasan hanya datang sekali...RUGI kalo lepaskan..




******************

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign