Supplemen Sihat Store

Pages

2 Sept 2018

Pil Kalsium Shaklee Promo September 2018

Assalamualaikum wbt
Selamat sejahtera

Bulan September dah. Bulan baru mesti la ada promo baru kan? Promo yang sentiasa ditunggu-tunggu. Bukan ahli je, yang bukan ahli pun asal je awal bulan, tetttt tettt wasap tanya promo apa

Biasa kan, ramai tunggu promo sebabnya masa promo ni lah kita boleh jimat banyak. Harga jauh berbeza jika banding dengan harga biasa

Macam bulan ni, ada dua promo. Promo set kehamilan dan juga pil kalsium atau pun ostematrix.

Nak sentuh pasal promo ostematrix la dulu. Aci tak?
Ostematrix ni antara vitamin wajib yang saya amalkan setiap hari

Bulan ni promo hebat yang sedang berlangsung untuk item ni ialah setiap pembelian 3 botol ostematrix, anda layak untuk mendapat potongan 5%

Harga biasa untuk sebotol ostematrix ialah RM61. Kalo ambik yang promo, 3 botol hanya RM173.85


Apa tunggu lagi...jom dapatkan segera. Boleh hadiahkan buat mak ayah sekali.

Segala pertanyaan dan pesanan boleh terus hubungi saya.


Noor Asiah Yusoff
013-3688825

8 Aug 2018

Kenapa Alfalfa Shaklee Terkenal Dengan 'JAMU MODEN'?


Jamu memang sinonim dengan kaum wanita kan. Bukan aje yang dah berkahwin, anak dara pun dah boleh amalkan jamu.

Jamu ni baik untuk dalaman wanita. Banyak masalah dalaman boleh kita atasi dengan mengamalkan jamu secara konsisten.

Nak amalkan jamu, pastikan ianya betul-betul selamat. Tiada kesan sampingan sama ada semasa pengambilan atau selepas pengambilan

Ok, nak cerita pengalaman saya sendiri. Saya ni sebenarnya memang tak boleh bau jamu. Kalau lalu kat kedai ubat yang ada jual jamu, pasti nak cepat je melangkah. Memang tak boleh langsung dengan bau. Nak telan? Memang tak la kan

Nak dijadikan cerita, saya mula kenal dengan produk Shaklee semasa dalam perjalanan menyusu anak sulung 6 tahun lepas. Masa tu, susu badan agak tidak memberangsangkan. Jadi, godek la en. google cari jalan nak atasi masalah ni

So, jumpa la set bajet menyusu Shaklee yang terdiri dari ESP dan juga alfalfa. Masa mula-mula telan alfalfa tu, rasa jugak bau herba dia. Tapi tak kuat, dan mampu ditelan. start dari situ, alfalfa ni merupakan item wajib saya ambik setiap hari sampai sekarang.

Kenapa ianya dipanggil jamu moden?

Antara kebaikan alfalfa ialah menguatkan dalaman wanita. Tambah-tambah bagi ibu yang baru lepas bersalin. Pengambilan alfalfa boleh meningkatkan keyakinan seorang isteri kerana alfalfa mampu mengetatkan balik bahagian intim. Part ni memang kena jaga rapi. Aset wanita yang begitu bernilai, demi menjaga keharmonian alam rumahtangga

Selain itu, alfalfa juga boleh membantu mengatasi kentut vagina. Masalah ini juga sering menghantui kaum wanita, dan boleh menggugat hubungan suami isteri. Longgarnya bahagian sulit wanita boleh mengundang masalah ini. Jadi, amalkan alfalfa.

Alfalfa juga boleh menegangkan payudara. Tegang secara semulajadi. So, tiada kesan sampingan.
Maka, tidak hairan la kalau alfalfa sering dikaitkan sebagai kawan baik wanita

Jadikan amalan harian, agar dalaman kita sihat. Bila dalaman sihat, luaran akan ceria
Dapatkan alfalfa sekarang!

Hubungi :

013-3688825
Noor Asiah Yusoff
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign