Supplemen Sihat Store: 2018

Pages

2 Sept 2018

Pil Kalsium Shaklee Promo September 2018

Assalamualaikum wbt
Selamat sejahtera

Bulan September dah. Bulan baru mesti la ada promo baru kan? Promo yang sentiasa ditunggu-tunggu. Bukan ahli je, yang bukan ahli pun asal je awal bulan, tetttt tettt wasap tanya promo apa

Biasa kan, ramai tunggu promo sebabnya masa promo ni lah kita boleh jimat banyak. Harga jauh berbeza jika banding dengan harga biasa

Macam bulan ni, ada dua promo. Promo set kehamilan dan juga pil kalsium atau pun ostematrix.

Nak sentuh pasal promo ostematrix la dulu. Aci tak?
Ostematrix ni antara vitamin wajib yang saya amalkan setiap hari

Bulan ni promo hebat yang sedang berlangsung untuk item ni ialah setiap pembelian 3 botol ostematrix, anda layak untuk mendapat potongan 5%

Harga biasa untuk sebotol ostematrix ialah RM61. Kalo ambik yang promo, 3 botol hanya RM173.85


Apa tunggu lagi...jom dapatkan segera. Boleh hadiahkan buat mak ayah sekali.

Segala pertanyaan dan pesanan boleh terus hubungi saya.


Noor Asiah Yusoff
013-3688825

8 Aug 2018

Kenapa Alfalfa Shaklee Terkenal Dengan 'JAMU MODEN'?


Jamu memang sinonim dengan kaum wanita kan. Bukan aje yang dah berkahwin, anak dara pun dah boleh amalkan jamu.

Jamu ni baik untuk dalaman wanita. Banyak masalah dalaman boleh kita atasi dengan mengamalkan jamu secara konsisten.

Nak amalkan jamu, pastikan ianya betul-betul selamat. Tiada kesan sampingan sama ada semasa pengambilan atau selepas pengambilan

Ok, nak cerita pengalaman saya sendiri. Saya ni sebenarnya memang tak boleh bau jamu. Kalau lalu kat kedai ubat yang ada jual jamu, pasti nak cepat je melangkah. Memang tak boleh langsung dengan bau. Nak telan? Memang tak la kan

Nak dijadikan cerita, saya mula kenal dengan produk Shaklee semasa dalam perjalanan menyusu anak sulung 6 tahun lepas. Masa tu, susu badan agak tidak memberangsangkan. Jadi, godek la en. google cari jalan nak atasi masalah ni

So, jumpa la set bajet menyusu Shaklee yang terdiri dari ESP dan juga alfalfa. Masa mula-mula telan alfalfa tu, rasa jugak bau herba dia. Tapi tak kuat, dan mampu ditelan. start dari situ, alfalfa ni merupakan item wajib saya ambik setiap hari sampai sekarang.

Kenapa ianya dipanggil jamu moden?

Antara kebaikan alfalfa ialah menguatkan dalaman wanita. Tambah-tambah bagi ibu yang baru lepas bersalin. Pengambilan alfalfa boleh meningkatkan keyakinan seorang isteri kerana alfalfa mampu mengetatkan balik bahagian intim. Part ni memang kena jaga rapi. Aset wanita yang begitu bernilai, demi menjaga keharmonian alam rumahtangga

Selain itu, alfalfa juga boleh membantu mengatasi kentut vagina. Masalah ini juga sering menghantui kaum wanita, dan boleh menggugat hubungan suami isteri. Longgarnya bahagian sulit wanita boleh mengundang masalah ini. Jadi, amalkan alfalfa.

Alfalfa juga boleh menegangkan payudara. Tegang secara semulajadi. So, tiada kesan sampingan.
Maka, tidak hairan la kalau alfalfa sering dikaitkan sebagai kawan baik wanita

Jadikan amalan harian, agar dalaman kita sihat. Bila dalaman sihat, luaran akan ceria
Dapatkan alfalfa sekarang!

Hubungi :

013-3688825
Noor Asiah Yusoff

7 Aug 2018

Tips Untuk Kurangkan Risiko HFMD

Penyakit HFMD semakin meningkat di Malaysia. Baru semalam anak bawa balik surat dari sekolah, cikgu maklumkan bahawa sekolah ditutup selama tiga hari. Makin risau hati ibu bila wabak ni semakin dekat. Janganlah anak-anak ibu terkena virus ni. Kesian

Menurut portal kementerian kesihatan, penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus iaitu Coxsackie virus A16 dan enterovirus 71

Bagaimana ianya boleh merebak?

Penyakit HFMD boleh merebak melalui sentuhan langsung, sama ada hingus, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang dijangkiti. Begitu juga dengan sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD

Bagi kanak-kanak yang telah dijangkiti, ada beberapa tanda atau simptom yang perlu ibu bapa ambil tahu. Tandanya seperti demam, timbulnya ulser dalam mulut, ruam atau lepuh di tapak kaki dan tangan.






Tips untuk kurangkan risiko HFMD


  • Jangan memegang mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tak dibasuh.
  • Jangan sentuh (cium, peluk, kongsi cawan dan makanan) dengan orang yang dijangkiti
  • Jaga kebersihan dengan membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun.
  • Ibu bapa pastikan tangan bersih sebelum menyediakan makanan anak, menukar lampin anak dsb
  • Pastikan barang mainan anak bersih dan dibasuh
  • Elakkan ke tempat orang ramai, sesak seperti taman permainan dan pusat membeli belah 

Bagaimana Set HFMD Shaklee membantu?



Jom kita sama-sama jaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan terjebaknya penyakit ini di kalangan keluarga kita. Boleh kongsikan info ni buat mereka yang tengah tercari-cari apa solusinya jika terkena HFMD.

Boleh hubungi saya untuk penerangan secara lebih details :

013-3688825
Noor Asiah Yusoff








5 Aug 2018

5 Kebaikan Vitamin C Shaklee Untuk Kulit

Selamat berhujung minggu semua. Apa aktiviti hari ni? Time cuti gini, masa yang berharga mesti luangkan dengan family kan. Layan anak-anak, main masak-masak ke tak kurang jugak yang ambil peluang untuk belek muka. Ye la, waktu ni la nak belek muka lama-lama sikit. Nak buat facial ke apa, boleh la

Penjagaan kulit muka amatlah penting, tambahan pulak bagi kaum wanita. Pebagai cara boleh guna pakai bagi jaga kesihatan kulit muka ni

Paling senang dan paling saya suka serta konsisten ialah dengan mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari. Rata-rata mesti dah tau kan, apa kelebihan vitamin C ni buat kulit. Banyak je iklan kat tv, majalah pasal vitamin C ni.

Kat pasaran jugak, macam-macam jenama vitamin C yang di jual. Tinggal nak kena pilih yang betul-betul memberi kesan dan tiada kesan sampingan. Pilih vitamin C yang semulajadi, bukan sintetik. Kalau yang Shaklee punya memang disyorkan sebab ianya semulajadi dan bersifat sustained released

Apa pulak kebaikan vitamin C yang kita boleh dapat. Kali ni kita cerita apa vitamin C bagi untuk kebaikan kulit ye. Lain entri untuk  kesihatan dalaman badan pulak

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee
Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
Mempercepatkan proses pengecutan jerawat

Mengurangkan kekusaman pada kulit wajah

Bagi yang dok amal vitamin C, pasti akan dapat rasa perubahan pada wajah. Memang kesan dia lambat, tapi yang pasti akan nampak. 




Sebotol Vitamin C Shaklee hanya RM97.50. Untuk 4-6 bulan penggunaan. So, bagi yang berminat dan ingin mencuba, boleh terus hubungi saya :

013-3688825
Noor Asiah Yusoff 



4 Aug 2018

Bagaimana Nak Jana Pendapatan Dari Rumah Buat Suri Rumah

Ok, entri kali ni nak cerita pasal bagaimana nak jana pendapatan dari rumah. Terutama bagi surirumah macam saya.

Surirumah sekarang dah tak boleh nafi, ada yang duit berkepuk-kepuk, kalah orang makan gaji. Ini semua boleh buat hanya di hujung jari, sambil melayan anak-anak sepanjang hari.

Dengan adanya pendapatan sendiri, sedikit sebanyak boleh membantu kewangan keluarga. Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang saya syorkan sangat surirumah bekerja dari rumah. Kena pandai bahagikan masa. Jangan sampai keluarga terabai pulak kan?

Nak sangat income, tapi tak tahu cara. Nak buat bisnes tapi tak pandai. Nak bisnes yang tiada modal besar.

Ok, kalau ada yang berminat, boleh teruskan baca entri ni.

Dengan join Shaklee, kita tak perlukan modal yang besar. Hanya daftar keahlian sebanyak RM69, anda dah boleh start jana income.

Bagaimana?

Jika anda join dalam group saya, tentunya anda akan diajar dari awal. Akan dimasukkan dalam group support terbesar bagi memudahkan perkongsian maklumat, teknik-teknik jualan dan segala info pasal produk serta testimoni terkumpul. Memang takkan dibiarkan terkontang- kanting seorang diri.

Dengan Shaklee, bonus hasil jualan akan dapat setiap tengah bulan, Lagi banyak jualan, maka banyak lah bonus dapat. Siapa buat dia dapat. Dan kena ingat, sistem Shaklee bukan sistem piramid. Tiada istilah orang atas goyang kaki hasil usaha orang bawah. Sistem yang adil. So, memang berbaloi. Usaha keras kita mendapatkan sale akan dibalas setimpal.

Bonus juga unlimited. Berapa banyak kita nak, kita boleh decide. Buat plan awal-awal. Ikut apa yang kita plan, inshaallah akan dapat hasilnya

Jangan terkejut jika ada di kalangan ahli shaklee yang setiap bulan dapat hampir sejuta. Benar, ini bukan rekaan semata. Dah ramai yang buktikannya



Amacam, berminat dengan bisnes ni?

Jom join team saya

Hubungi saya di no berikut ok!

013-3688825
Noor Asiah Yusoff

3 Aug 2018

Promo Alfalfa Shaklee

Yeay....alfalfa tengah promo. Promo best yang dinantikan termasuklah saya sendiri. Sebabnya, alfalfa ni memang item wajib di ambik setiap hari. Ada yang dok panggil alfalfa ni sebagai teman baik kaum wanita. Tak kurang jugak panggil 'kacip fatimah' moden.

Pernah tengok macam mana rupa alfalfa? Alfalfa Shaklee dalam bentuk tablet. Tak besar tak kecik...sedang-sedang je. Lebih kurang panadol la kot size dia. So, tak susah pun nak telan. Pasti lepas punya anak tekak...hihi
Rupanya macam kat dalam gambar bawah. Sambil tu, lihat sekali testimoni pengguna. ambik alfalfa untuk masalah migrain.



Selain untuk menangani masalah migrain, banyak lagi sebenarnya kelebihan alfalfa ni. Raja segala ubat, bermanfaat untuk semua. Tak kira lelaki atau perempuan

Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee :

🌷Melegakan sakit sendi dan belakang.
🌷Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
🌷Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
🌷Merawat arthitis
🌷Bagus untuk elergi dan ekzema
🌷Merawat athma
🌷Mencuci usus bagi membuang toksik
🌷Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
🌷Meneutralkan asid dalam badan

🌷Membesar dan menegangkan payudara
🌷Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
🌷Memulihkan urat selepas bersalin
🌷Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
🌷Meningkatkan stamina seorang suami
🌷Melegakan sembelit
🌷Membuang angin dalam badan
🌷Milk booster


Alfalfa Shaklee ada dalam dua size. Size kecik dan juga size besar. Dua-dua ni ada promo ye.
Size kecik ada 330 tablet manakala size besar 700 tablet. Ramai dok grab yang besar, jimat dorang kata.


Best kan bila dah tahu apa kebaikan alfalfa. Rasa berminat terus nak cuba. So, jangan leaskan peluang untuk dapatkan segera. Boleh share dengan kawan-kawan, sedara untuk cukupkan tiga botol bagi nak dapatkan less 5% tu. Nak buat stok diri sendiri lagi baik

Macam mana nak dapatkan alfalfa ni?
Boleh hubungi saya di no berikut :

013-3688825
Noor Asiah Yusoff

2 Aug 2018

Promo Vivix Shaklee Ogos 2018

Berita baik buat semua pengguna vivix. Bulan ni vivix ada promo tau. Dah tentu bila promo, harganya akan lebih jimat berganda berbanding harga biasa.



Bagi pembelian biasa, sebotol vivix RM475, tapi jika anda nak lebih penjimatan baik buat belian sekarang. Kenapa?

Harga promo tersangatlah jimat. Ada dua tawaran buat anda. Sama ada anda nak beli pakej kembar atau beli 6 PERCUMA 1.

Jika anda pilih untuk beli pek berkembar, anda layak untuk dapat potongan 5%. Banyak tu 5% kan. haaa apa tunggu lagi. Dapatkan segera ye!

Bagi yang memang menjadikan vivix sebagai minuman tambahan harian, saya syorkan agar ambik promo beli 6 PERCUMA 1. Sangat berbaloi. Bila lagi nak dapat harga macam ni kan. Rebut time peluang keemasan ni orang kata

Next entri, saya akan kongsikan manfaat vivix. Kenapa vivix ni harus ada setiap botol di setiap rumah.













1 Aug 2018

Pengedar Shaklee Sekitar Bachok dan Tanah Merah

Assalamualaikum...salam sejahtera

Memandangkan entri lama dalam post sebelum-sebelum ni ada masalah, saya dengan tabah dan gigih akan post entri baru. Kira bermula dari zero balik ni. Sedih tapi fikir positif, mesti ada hikmah di sebaliknya

Sebelum melalut panjang, saya kenalkan diri saya serba sedikit. Sebagai pemilik blog supplemen sihat store nih.

Nama diberi Noor Asiah Yusoff, tahun ni berusia 34 tahun. Ibu kepada tiga orang hero. Bergiat aktif dalam Shaklee sejak 2013 lagi. Dah lama jadi ahli Shaklee kan, inshaAllah jika ada persoalan apa-apa...saya cuba bagi penerangan yang sebaiknya

Shaklee ni bisnes yang tersangatlah mudah untuk diuruskan, sama ada online atau offline. Rata-rata pengedar yang sah menggunakan kaedah ini untuk mendapat prospek dan pelanggan. Macam saya jugak. Bagi yang berada di sekitar Bachok dan Tanah Merah, boleh terus berhubung dengan saya kalau nak dapatkan barang atau konsultasi.




Sekian...kita jumpa lagi next entri. Wassalam



Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign