Supplemen Sihat Store: April 2013

30 Apr 2013

TIPS PENGAMBILAN VITAMIN

Tips pengambilan vitamin yang berkesan

Jom kita share sikit tips nak ambil vitamin nih. Bukan ape, ianya sangat la penting bagi memastikan vitamin yang diambil tu dapat berfungsi sepenuhnya..

1- Minum air
Minum air yer puan2..Air ape?? Air berwarna kah?? Air manis kah?? NO!!! NO!! Air putih yer uolsss.Jangan pandang remeh tentang pengambilan air putih secukupnya. Nak tau banyak mana? Senang aje. setiap 25kg berat badan kita, kita perlukan 1liter air. Mampu? hehehe...Minum la sejam satu gelas...:)

2- Ikut jadual yang disarankan
Ada sebab kenapa kita tak patut makan semua jenis vitamin sekaligus. Ianya menyebabkan badan bekerja dengan lebih keras pada satu- satu masa untuk memproses semua nutrient, malah boleh menyebabkan kita lagi letih dan adakalanya mengantuk. Buah pinggang pun penat nak proses lebih, kemudian kepekatan darah pun akan meningkat secara mendadak dalam satu masa. so, bahagi- bahagikan jenis vitamin ikut masa yang ditetapkan ok.

3- Elakkan makan vitamin bersama ubat
Janganlah bagi badan confuse, mana satu nak treat dengan ubat, mana satu nak serap vitamin. Bila darah bercelaru, sukar untuk badan serap vitamin dengan baik. Jika ada ubat perlu diambil, dahulukan ubat tu, selangkan sejam ke 2 jam kemudian untuk makan vitamin pula. Atau makan ubat belah pagi dan petang, malam baru makan vitamin. Tanya pendapat doktor anda, dan minta pendapat distributor vitamin anda.

4- kurangkan minum minuman berkafien
Kalau dah makan vitamin, kurangkan la minum kopi dan yang lain2 mengandungi caffeine. Bukan apa, rugi aje makan vitamin kalau tak dapat diserap dengan baik oleh badan, selain ianya boleh termusnah begitu saja kalau diambil bersama- sama kopi. Kalau nak juga minum, jarakkan masa minimum 2 jam.

5- kenali jenis vitamin anda
Ada jenis vitamin yang tak sesuai diambil bersama- sama dan ada jenis yang elok diambil sekaligus untuk mengoptimumnkan penyerapaan oleh badan. So kena consult elok- elok lah ye.



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:
Noor (012-9623207)

8 Apr 2013

Nutrisi Penting Sepanjang Hamil

Seiring pertambahan usia kandungan, keperluan gizi ibu turut meningkat terutamanya apabila kehamilan memasuki trimester kedua. Anda sedia maklum, makanan sihat sangat penting. Apatah lagi jika sedang hamil. Hal ini kerana makanan yang diambil oleh ibu hamil amat besar ertinya bagi pertumbuhan dan perkembangan si manja.

Sebaik sahaja memasuki trimester kedua, pertumbuhan janin mula berkembang pesat terutamanya otak si manja. Oleh kerana itu, kita semua memerlukan gizi seimbang yang optimum. Amalan gizi yang buruk menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Bukan sahaja kepada ibu, malah bay juga. Ibu mungkin menderita anemia dan kurang khasiat makanan. Manakala bayi pula mungkin akan lahir dengan berat badan yang rendah atau lahir pra matang atau mungkin juga tidak sempat dilahirkan akibat keguguran.

Jika sebelum ini ibu hamil sudah biasa dengan pola makanan yang tidak sihat, jangan khuatir. Ada jalan penyelesaiannya. Seawal usia kehamilan, ubah cara makan dan ambillah yang terbaik agar kesihatan anda dan buah hati terjamin.



KARBOHIDRAT

Sumber makanan ini sangat penting bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh..Namun, ia perlu diambil di ambil secara sederhana. Makanlah pelbagai jenis sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti mee, pasta, roti, kekacang, kentang dan karbohidrat ringkas seperti buah-buahan, susu, produk tenusu dan sayur-sayuran. Kekurangan kabohidrat boleh menyebabkan anda kelesuan dan keletihan apatah lagi ketika hamil.

PROTEIN

Protein juga dikenali sebagai sumber zat pembangun dapat diperolehi daripada daging lembu,ayam,ikan, makanan laut, telur putih, susu dan kekacang. Walaupun begitu, ibu hamil digalakkan untuk mengambil protein yang kurang berlemak. Tanpa protein yang mencukupi terutama dari sumber ikan, sukar untuk memperoleh kebaikan asid lemak yang baik untuk perkembangan otak bayi.

AIR

Pengambilan sumber air tidak kiralah air kosong, susu, sup atau sebagainya perlulah dalam anggaran 9 gelas sehari. Akan tetapi, tambahkan jumlahnya jika keadaan panas. Air sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi yang turut menjadi punca pandangan kabur untuk tempoh tertentu.

BUAH-BUAHAN & SAYUR

Kedua-dua jenis makanan ini sangat kaya dengan serat. Pengambilannya dalam jumlah yang seimbang dapat membantu bakal ibu mengelakkan diri daripada mengalami masalah sembelit yang biasa terjadi pada ibu hamil. Malah, kandungan vitamin yang terdapat dalam buah dan sayur dapat membantu penyerapan zat besi. Namun, elakkan daripada memilih buah dan sayur yang dikategorikan sebagai sejuk dan tajam.

ZAT BESI

Sumber makanan ini amat perlu bagi menghindar dari penyakit anemia. Tanpa zat besi yang cukup, tubuh tidak dapat membuat nsel-sel darah merah dan jaringan tubuh serta organ tidak akan mendapat oksigen yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Makanlah lebih banyak sayuran hijau, buah-buahan kering (prun,kurma atau kismis), daging, ikan salmon, telur kuning dan hati. Zat besi daripada sumber haiwan lebih mudah diserap oleh tubuh jika dibandingkan dengan sumber tumbuh-tumbuhan.

KALSIUM

Amat diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigiserta melindungi diri dari osteoporosis dan gigi rapuh.
Jika keperluankasium bayi tidak mencukupi, maka bayi akan menyerapnya dari tulang ibu.Sumber yang kaya dengan kalsium adalah sayuran hijau, kekacang, susu serta produk tenusu. Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000-1500mg kalsium setiap hari. Ambillah sekurang-kurangnya 4 gelas susu sehari untuk memperolehi sumber kalsium yg mencukupi.

ASID FOLIK

Banyak terdapat pada sayuran berwarna hijau gelap seperti bayam dan brokoli. Keperluan brokoli adalah 400mcg sehari terutama di 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangannya beupaya menganggu pembentukan otak dan spina bifida.

B COMPLEX

Sumber makanan ini berguna untuk membina sistem saraf, otot dan jantung agar dapat berfungsi normal. Dapat diperolehi dalam biji-bijian, kekacang, sayuran hijau, telur dan produk tenusu.

VITAMIN D

Amat baik dalam pertumbuhan dan pembentukan ulang bayi. Sumbernya terdapat dalam kuning telur dan susu.

VITAMIN E

Dalam membentuk sel darah merah yang sihat, makanlah gandum, kekacang dan sayuran hijau.

 __________________________________

Shaklee ada menyediakan suPplemen lengkap untuk ibu2 yang hamil.




 Berminat boleh drop komen atau hubungi 012-9623207...:)


"JOM SIHAT BERSAMA SHAKLE"

3 Apr 2013

Bengkak Susu

Walawehhh...baru siap entry neh...padahal nk story pasal ni on dat day sakit tuh..
Tapi, banyak pula halangannya...*saje alasan...kikiki

Last week, dua kali jugak la ibu harraz (aku ler tuh..ahaksss) mengalami bengkak susu. Ohhh sakit yg amat..1st time tu kena malam hari..Tersangat la sakit smpi nak dukung harraz pon xleh kena tang cik B..Apa lagi bergabung tenaga la dengan incik hubby pam bagi kosong cik B..Dah okey br la boleh tdo dengan aman...hoho

Kali kedua plak kena selang 2 hari..jenuh pikir napela asyik bengkak susu je..Then baru la teringat,lately harraz xbape nk hsp belah kanan..Yg belah kanan ni la bengkak..so, setelah sessi paksa memaksa hisap setel, pam pulak cik B bagi btl2 kosong...alhamdulillah kali ni xla sangat sakit..

Jom, kita check ape yang perlu kita buat kalo kita mengalami bengkak susu :-


-->Susukan bayi anda dengan kerap...2 atau 3jam sekali..Kejut bayi anda kalo bayi tengah syok di buai mimpi indah...keh3x

-->Pastikan bayi hisap kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Pastikan bayi hisap sepenuhnya payudara pertama sebelum bagi yg sebelahnya.

-->Letak tuala panas atas dada atau mandi dengan air suam. Cara ini adalah untuk memudahkan pengeluaran susu selain dapat melembutkan aerola.

-->Jika payudara terlalu penuh,amik pam then pam..;)

-->Semasa bayi menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.



-sumber:babycentre-

2 Apr 2013

Nutriferon Shaklee

Selalu demam?? Selsema?? Badan x sihat?? Kompem la panadol yang kita cari kan...Telan 2biji,dok kejap hilang..tapi pernahkah kita terfikir yang panadol ni xelok untuk kita kalo asyik dok telan dia je..

Jangan risau...moh kita bertukar ke gaya hidup yg lebih sihat. Dengan vitamin dari Shaklee, sokongan terhadap imunisasi kita boleh dipertingkatkan..kalo dah sistem imun kuat,susah la sikit nk kena penyakit kan...

Nak tau ape benda yg saya nak cerita nih...ni la dia...Taraaaa!!!!!!!

Apekah Nutriferon?????

Nutriferon merupakan satu produk berpaten, campuran ekstrak tumbuhan bagi pengukuhan imun yang terbukti secara klinikal. Bila di ambil setiap hari, ia dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan yang merpakan pengaktif kritikal sistem imun. Satu-satunya suplemen yang dicipta ole penemu interferon Dr. Yasuhiko Kojima setelah 40 tahun membuat penyelidikan. Campuran dari tumbuhan  semulajadi seperti biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang telah TERBUKTI secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular.

Kebaikan Nutriferon adalah seperti :-

1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari 
2. Melawan kanser & tumor
3. Melindungi dari influenza
4. Meringankan stress dan kelesuan
5. Melambatkan penuaan
6. Mempertingkatkan menopaus
7. Mempertingkatkan PMS
 
p/s : Bulan April, bulan promo untuk Nutriferon...jom dapatkan Nutriferon dari saya...hubungi 012-9623207 atau fanpage http://www.facebook.com/pages/Mums-Beauty-Care/241605725976192?ref=ts&fref=ts


"Jom Sihat Bersama Shaklee"


Pemakanan Bijak Semasa Hamil

 
Waktu hamil adalah antara masa yang paling penting dalam kehidupan seorang wanita. Sekarang, kita telah mempunyai pemahaman yang lebih mendalam terhadap pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan berbanding dengan masa dahulu. Pemakanan yang sihat sewaktu hamil adalah perkara yang terbaik yang kita dapat lakukan bagi diri kita dan juga bayi. Pemakanan yang sihat adalah langkah pertama untuk mendedahkan si manja didalam rahim kepada campuran nutrien yang betul sebagai asas memulakan jalan ke arah kesihatan yang ideal.

Otak si manja tumbuh dan berkembang pesat di sepanjang ketiga-tiga trimester sewaktu hamil dan seterusnya ketka kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa diet ibu yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan nutrien lain dapat meningkatkan perkembangan otak dan saraf si manja semasa hamil dan juga sewaktu penyusuan susu ibu.

Lemak baik dan perkembangan otak si manja

Pembekalan kuantiti dan jenis lemak yang betul semasa hamil adalah pening. Lemak adalah penting dalam diet setiap orang, terutamanya bagi janin yang sedang berkembang. Lemak merupakan sumber yang penting bagi otak dan sistem saraf. Ia merangkumi lebih daripada 60% dari berat kering otak. Kekurangan lemak yang baik akan menyumbang kepada pelbagai komplikasi seperti getaran, masalah belajar, mati rasa, perkembangan yang terbantut, kejang, strok dan autism. Sebaliknya, pengambilan jumlah lemah "baik dan sihat' yang betul dapat membantu kedua-dua ibu dan anak mencapai potensi penuh.

Perkara penting yang perlu diingati adalah terdapatnya perbezaan yang besar di antara lemak yang berlainan jenis. Lemak yang paling merbahaya perlu dielakkan, tak kira semasa hamil atau tidak iaitu lemak trans. Ini adalah kerana lemak trans mengakibatkan sel-sel badan menjadi kaku dan tidak fleksibel. Malangnya, lemak trans boleh didapati di mana2, dalam pek makanan atau dalam setiap makanan goreng kita. Sewaktu hamil, lemak trans ini tidak dapat membekalkan sumber yang kukuh bagi perkembangan otak bayi dan sistem sarafnya.

Pilihan lemak yang tepat dalam pembinaan sistem saraf dan otak bayi yang kuat adalah asid lemak politidaktepu omega 3 seperti DHA dan EPA. Ia adalah penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi yang sedang membesar. DHA membantu dalam perkembangan otak dan kemahiran pembelajaran si manja, baik di dalam rahim mahupun semasa bayi. Pengambilan kuantiti omega 3 yang betul membolehkan otak berfungsi pada tahap yang lebih tinggi dengan memastikan komunikasi yang tepat dan kerap di antara sel-sel saraf. Kekurangan Omega 3 boleh menyebabkan kesan negatif dalam pembelajaran, perilaku, ketajaman visual dan fungsi retina pada bayi. Kajian juga mendapati pengambilan makanan tambahan semasa hamil yang mengandungi Omega 3 berkesan mengurangkan komplikasi seperti pra-bersalin dan pra-eclampsia (penyumbang kepada kematian ibu). Seorang wanita yang hamil sekurang-kurangnya memerlukan 2.2g Omega 3 dan 300g DHA setiap hari bagi memnuhi keperluan bayi dalam kandungan dan mengekalkan tahap DHA dalam darah. Terdapat pelbagai sumber Omega 3 sekarang ini seperti ikan berminyak - ikan sardin,mackerel, salmon, ikan bilis dan produk-produknya.

Peranan Asid Folik

Asid folik merupakan sejenis vitamin B, membantu mengurangkan risiko anak dalam kandungan daripada mengalami kecacatan semasa lahir, kecacatan sistem saraf, sumbing langit dan kecacatan jantung jika diamalkan sebelum hamil. Setelah merancang untuk hamil, bakal ibu dinasihatkan mengambil 400mg asid folik sehari. Makanan yang kaya dengan asid folik adalah seperti sayuran berwarna hijau seperti brokoli, bayam, lobak hijau, asparagus dan buah-buahan sitrus serta jusnya.


credit: Majalah Pa&Ma

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign