Supplemen Sihat Store: 2014

21 Dec 2014

Tips Kendalikan Susu Perahan (EBM) Semasa Travel

Salam semua pembaca

Kali ini ingin saya kongsikan beberapa tips kendalikan susu perahan (EBM) semasa travel yang kita boleh praktikkan bersama. Travel yang dimaksudkan di sini ialah satu perjalanan yang agak jauh, memakan masa antara 4-5 jam atau lebih. Sama ada perjalanan pulang ke kampung atau sebaliknya, perjalanan pulang dari kursus atau bercuti dan sebagainya.

Bagi perjalanan dengan kereta, ada beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan. Antaranya ialah :

1) Tong polisterin
2) Surat khabar lama
3) Ketul ais

Cara untuk mengendalikan ebm untuk perjalanan ini ialah seperti berikut :


  • Tuang ketulan ais ke dalam tong polisterin
  • Susun semua ebm ke dalam bekas dengan teratur
  • Tuang lagi sekali ketulan ais bagi menutupi ebm
  • Tutup ketulan ais tersebut dengan surat khabar rapat-rapat
  • Pastikan letak tong polisterin di seat belakang atau depan. Jangan letak dalam bonet. Sebab suhu kat bonet panas
Jika ada di kalangan kita yang menggunakan penerbangan, jangan jadikan ia satu masalah untuk membawa balik stok ebm. Sama juga kaedah dengan perjalanan dengan kereta, tetapi disyorkan agak menggunakan cooler box yang berkualiti bagi menjamin ebm kekal beku.

Boleh usha box macam ni..ebm boleh kekal beku lama. Kalau bawa cooler box ni, ianya berat kan, so boleh check in luggage je,,tak perlu masuk kabin



Bagi semua ibu menyusu, walau dalam apa jua keadaan, tiada alasan untuk menjayakan penyusuan eksklusif. 
Happy breastfeed mommies!!!!!

Jika anda ingin mendapatkan suplemen bagi meningkatkan kualiti susu badan..boleh buka sini.


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI

HUBUNGI SAYA OKEH!!!



14 Dec 2014

Risiko Tekanan Darah Rendah Ketika Hamil Dan Cara Atasinya

Tekanan darah adalah satu pengukuran tekanan yang terdapat dalam saluran arteri ketika jantung sedang aktif mengepam darah dan ketika dalam keadaan rehat seketika.

 Tekanan darah mempunyai dua bacaan di mana bacaan systolic merupakan bacaan atas yang mengukur tekanan dalam salur arteri ketika jantung sedang aktif mengepam darah ke seluruh badan. Satu lagi bacaan ialah bacaan bawah iaitu bacaan diastolic yang mengukur tekanan dalam saluran darah arteri ketika jantung dalam keadaan rehat sebentar.

Bacaan yang normal ialah 120/80mm Hg. Bacaan yang kurang daripada bacaan ini adalah dianggap bacaan rendah.

Bagi wanita hamil, tekanan darah rendah berlaku adalah perkara biasa kerana ia disebabkan oleh saluran darah yang mengembang akibat kesan hormon. Kebiasaan mereka yang bertubuh kurus, berat badan yang ringan, mengandung di usia yang muda mudah mengalami tekanan darah rendah ini. Ibu akan mengalami pening-pening, loya, rasa hendak pitam, muntah dan berat badan akan berkurang.

Disamping itu, kekurangan zat dalam diet harian turut menjadi faktor. Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia di mana badan tidak menghasilkan sel darah merah secukupnya seterusnya menyebabkan tekanan darah rendah.

Bagaimana cara untuk atasi masalah tekanan darah rendah?

Sebagai langkah pencegahan, anda boleh :-

1) Memakan makanan yang sumbernyakaya dengan zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, buah - buahan kering seperti prune atau kismis, labu dan hati

2) Menjaga kebersihan diri dan kesihatan sepanjang kehamilan serta mendapat tidur yang mencukupi

3) Mengamalkan minum air masak sebanyak mungkin setiap hari, paling tidak 3 liter

4) Dapatkan rawatan awal jika anda mendapati anda mengalami simptom-simpton penyakit ini


Jika anda merupakan ibu hamil yang mengalami masalah ini, set hamil Shaklee boleh membantu melengkapkan nutrisi harian anda bagi mencegah anemia ini




Jika anda berminat dan teruja igin mencuba..jangan segan untuk hubungi saya okeh !!!

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI

HUBUNGI SAYA OKEH!!!

12 Dec 2014

Set Menyusu Shaklee Buat Ku Jatuh Hati

SET MENYUSU SHAKLEE

Mengenali Shaklee pada awalnya disebabkan ingin mencari mikbooster buat anak sulung. Dari situ, bila dah beberapa bulan consume, ternyata ianya sangat serasi dan banyak memberi manfaat pada nilai kesihatan saya. Bercerita tentang set menyusu ni, ibu-ibu mempunyai beberapa pilihan bermla dari set asas hingga set optimum.

Perkongsian kali ini, saya ingin memperincikan lagi tentang fungsi setiap vitamin yang terdapat dalam set optimum ini.

ESP
RM150
Serbuk soya yang kaya dengan protein berfungsi untuk ibu-ibu kekal bertenaga sepanjang hari. Selain itu pelbagai lagi seperti melancarkan penghasilan susu ibu, memekatkan susu ibu. Tidak hairan lah bila anak menyusu, anak cepat kenyang. Ini disebabkan susu yang pekat dan berkualiti. Di samping itu juga, dengan mengamalkan ESP, ibu juga akan turut merasakan perbezaan pada kulit di mana kulit akan menjadi lebih gebu, cerah dan cantik. Dalaman juga turut tekena tempias bila ibu -ibu ada yang memberi respon aset wanita semakin pejal,anjal dan mantap!! Pendek kata, dalam satu tin ESP 1001 manfaat ibu perolehi. Tambahan pulak ESP ni berbeza dengan minuman soya lain, sebabnya ESP merupakan soya Non GMO. Jadi kualiti soya sangat tinggi

Alfalfa Complex
RM97.50 (L)
RM53.75(S)
Antara khasiat alfalfa untuk ibu menyusu ialah ianya berfungsi sebagai penggalak susu. Pengambilan yang konsisten juga akan membuatkan ibu terasa badan makin ringan, kerana alfalfa juga bertindak sebagai detoks.Elok sangat jika ibu yang ingin kurus kembali selepas bersalin ambil alfalfa ni. Dan yang penting juga, khasiat yang saya juga sangat suka, ianya membantu sistem pencernaan. Melawaskan dan mencegah masalah sembelit.


B- Complex
RM53.75



Sangat penting dalam membantu memetabolismekan protein, karbohidrat serta lemak. Sangat disyorkan bagi ibu disebabkan ianya adalah antistress, jadi ibu tidak merasa stress melampau ika ditakdirkan pengeluaran susu mengalami sedikit masalah. Bila mood ibu sentiasa happy, pengeluaran susu juga akan menjadi lancar. Salah satu lagi fungsi B- Complex ialah dapat memberi sensasi kulit yang canik,kulit kusam bertukar sihat.



Vita-Lea
RM88.75
Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi membantu para ibu kekal bertenaga, serta membekalkan nutrisi bagi memenuhi nutrisi yang lompong. 


Vitamin C
RM92.50

Bagi menguatkan anti bodi ibu, sangat digalakkan untuk menambah vitamin C di dalam set menyusu. Selain itu, vitamin C juga bertindak bagi membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Jika puting payudara anda di gigit bayi dan mengalami sedikit luka, lukanya akan cepat sembuh. Vitamin C juga merupakan vitamin cantik, so tidak mustahil jika kulit ibu akan mengalami perubahan. Kulit makin cantik, cerah dan berseri.



Ostematrix
RM61


Pil kalsium yang juga dilengkapi dengan magnesium serta vitamin D yang membantu para ibu merawat serta mengurangkan rasa sakit belakang, lenguh sendi atau kebas. Baik untuk tulang di mana ianya membantu mengurangkan risiko osteoporosis. Bekalan kalsium harus mencukupi bagi ibu menyusu bagi mengelakkan terjadi gigi reput yang disebabkan ole kurang kalsium kerana kita berkongsi kalsium dengan anak. Juga berfungsi sebagai pelawas dan juga tidur akan nyenyak jika mengambilnya sebelum tidur.


Jadi, set ini sedikit sebanyak membantu para ibu dalam menjayakan penyusuan. Tambahkan kualiti dan kuantiti agar kita dapat membekalkan susu yang cukup untuk bayi. Jadi, jika kita nekad untuk menyusukan selama dua tahun, jangan ragu lagi untuk mendapatkan set menyusu Shaklee ini.

Saya sudah, anda bila lagi???

Jika anda berminat dan teruja igin mencuba..jangan segan untuk hubungi saya okeh !!!

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI

HUBUNGI SAYA OKEH!!!

8 Dec 2014

Rawat Batuk Anak Dengan Garlic Oil

Salam semua

Memandangkan anak kedua saya batuk-batuk je sejak malam tadi, hati tergerak untuk mencari info tentang kaedah rawat batuk anak secara semulajadi tanpa memberi ubat. Anak saya baru sahaja 7 bulan usianya, sudah tentulah ubat batuk dilarang sama sekali untuk bagi kat dia. 

So, sebagai alternatif saya teringat tentang 'garlic oil'. Sejujurnya, nama je ibu beranak dua, tapi tak pernah buat pun garlic oil sebelum ni. Dah la tak buat, tak ambil tahu pun...hihi
Kali ni, bila dah berdepan dengan masalah, baru kalut nak cari info bagai. Padan muka sendiri !!!

Okeh, sebenarrnya simple je cara nak buat garlic oil ni. Semudah ABC, taraaaaaa siap
Ambik je bawang putih dalam dua tiga ulas, bakar sekali dengan kulit. Kemudian lenyek bawang tersebut ke dalam minyak zaitun atau minyak masak pun boleh. Saya guna minyak masak biasa je. Sapu pada dada, tapak kaki dan belakang si manja dengan kerap.

Kenapa bawang putih??
Kita menggunakan bawang putih disebabkan bawang putih mengandungi antiinfalmasi dan antivirus yang dapat membantu mengurangkan risiko asma, merawat batuk, kahak dan juga selsema.
Selain garlic oil, boleh juga buat garlic sock, untuk dipakaikan apda si manja ketika tidur. InshaAllah malam in akan buat kat hero ibu ni.

Inilah dia rupa garlic oil ibu untuk adik Hadif. 



Semoga adik cepat sembuh. Batuk ni mengganggu waktu tidur adik, malam tadi asyik terjaga je. Kesian anak ibu


7 Dec 2014

5 Tips Atasi Anak Sukar Tidur

Selamat malam semua pembaca. Baru sempat mengarang, maklumla dua hero baru aje tidur. Tetiba terasa ingin berkongsi tips bagi ibu yang mempunyai anak sama dengan anak saya, sukar tidur.

Keseronokan si kecil bermain dan melakukan aktiviti dengan penuh semangat kerana menemui banyak benda baru kerap kali membuatkan mereka lupa akan waktu termasuklah waktu tidur.

Bagi mengatasi masalah tersebut, para ibu boleh mengikuti panduan berikut :

Atur Jadual
Apabila anak anda sudah terbiasa tidur lewat malam, anda boleh melakukan penjadualan bertahap. Setiap dua hingga tiga hari, anjakkan waktu tidurnya 15 minit lebih awal. Lakukannya secara bertahap sehingga anak akan terbjasa tidur pada waktu yang sepatutnya. Jika anak anda tidur pada jam 9 malam, keperluan tidurnya selama 12-14 jam sehari dapat dipenuhi.

Elakkan mengejutkan anak
Sewaktu anan tidur, proses perkembangan kreativiti, kecerdasan, daya tahan tubuh dan pelbagai proses penting berlaku. Oleh itu jangan sesekali mengejutkan anak dari lenanya jika anda pulang lewat hanya kerana anda berasa rindu denganya.
Cari masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama tanpa mengganggu waktu tidurnya.

Pisahkan kawasan bermain
Usahakan agar anak tidak bermain di bilik tidur. Jangan meletakkan tv di bilik tidur. Ini membantu anak memahami fungsi ruang tersebut dan apabila diajak masuk me bilik tidurnya..dia sudah mengerti tujuannya.

Ritual sebelum tidur
Biasakan melakukan persiapan menjelang tidur antara satu hingga dua jam sebelum waktu tidur. Ini termasuklah menggosok gigi, mencuci kaki, membaca buku cerita dan menggantikan pakaian tidur. Setelah itu, malapkan lampu agar anak boleh beristirehat secara total waktu. Ini akan membiasakan minda bawah sedarnya untuk memberitahu tiba waktunya tidur dan rasa mengantuk akan timbul seterusnya dia akan terlelap.

Disiplin waktu
Jika anda menyuruh anak tidur, sebaiknya berikan contoh yang baik. Sebolehnya semenjak awal anak sudah dibiasakan tidur sendiri di bilik tidurnya. Namun anda perlu berwaspada dengan gejala imsomnia yang boleh berlaku pada anak. Ada anak yang menolak untuk tidur dengan pelbagai alasan seperti meminta minuman, ajak ke tandas atau bercerita.


Ekstra tips
Makanan berikut boleh membantu anak anda untuk tidur lebih nyenyak.

1) ayam - selain mengandungi protein, daging ayam kaya dengan vitamin B3 yang membantu anak anda mendapatkan tidur yang berkualiti.

2) yogurt - yogurt kaya magnesium yang membuatkan saraf- saraf, otot dan pembuluh darah menjadi relaks.

3) ceri - sumber melatonin untuk mendapatkan tidur yang berkualiti

4) pisang - kandungan potasium membantu anak untuk tidur lebih nyenyak kerana ia melepaskan myosin yang berperanan dalam merehatkan otot

Jadi, bagi ibu bapa yang sering berdepan dengan masalah ini, semoga info ini sedikit sebanyak boleh membantu.




Good Nite!!!!

5 Dec 2014

Kulit Cantik Bak Bidadari Dengan Set Kecantikan Shaklee

Kulit cantik bak bidadari memang dambaan setiap insan yang bernama wanita. Sedari gadis, seeloknya kita menjaga kebersihan dan kesihatan kulit agar tidak terdedah dengan sebarang masalah. Namin, tidak dinafikan, ekoran dari pemakanan, persekitaran yang agak tercemar, kulit muka berdepan dengan pelbagai masalah seperti kulit kering, kusam, tumbuhnya jerawat dan sebagainya.

Sebagai langkah penjagaan untuk rawatan dalaman, pelbagai jenis produk kecantikan di jual di pasaran. Tetapi untuk perkongsian kali ini, ingin saya kupaskan tentang SET KECANTIKAN SHAKLEE yang kini menjadi pilihan. Disebabkan ianya bersumberkan bahan semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan menjadikan produk-produk ini mendapat tempat di hati pengguna.

Pelbagai pilihan bagi set kecantikan ini. Ianya bermula dengan set bajet sehinggalah set optimum. Pilihan di tangan anda. Tepuk dada tanya selera. Untuk kesan yang lebih cepat dan berkesan, set optimum adalah pilihan terbaik.

Boleh tengok SINI untuk set basic. Entri kali ni, saya ingin berkongsi tentang set kecantikan yang sering di tanya oleh pelanggan. Set yang terdiri daripada Collagen, ESP,Vitamn C dan juga Vitamin E.





Setiap satu item ni mempunyai fungsi masing dalam menjayakan misi kulit cantik. Anda boleh jenguk sini pasal kolagen untuk info yang lebih lanjut. Pengambilan kolagen satu sachet setiap malam ternyata akan memberi perubahan yang drastik. Kolagen Shaklee sangat mudah diserap oleh badan keran strukturnya yang sangat ringan.

Jangan terkejut jika dalam masa 5 hari, setelah anda mengambil 5 sachet kolagen, kulit anda menjadi semakin 'moist'. Tanpa secalit mekap, anda yakin untuk berdepan dengan sesiapa sahaja. Wahh, hebat penangan kolagen ni.



Selain itu, pengambilan ESP juga akan menjadikan kulit semakin gebu dan cerah di samping memudarkan parut serta cela di muka. ESP yang merupakan sumber protein ini membantu membina sel yang telah rosak. Jadi sel yang rosak ini akan digantikan dengan sel baru. Secara tidak langsung, kulit akan menjadi lebih sihat.

Lihat saja wajah testi ini. Tak cemburu ke kita melihatnya????


Bagi kombinasi mantap lagi, tambahan pengambilan vitamin C dan E ke dalam set ini menghasilkan kesan yang superb. Vitamin C berfungsi untuk membekalkan kolagen dalam badan, mencegah dan mempercepatkan pengecutan jerawat, mencerahkan kulit dan juga sekaligus mengatasi masalah resdung. Manakala Vitamin E pula berfungsi bagi mengatasi kulit kusam, menghilangkan garis halus atau garis penuaan. Lagi pulak, dua vitamin ini juga boleh dijadikan sebagai masker. Jika ada kerajinan, bermasker setiap minggu akan menghasilkan kesan yang diimpkan. Kalah bidadari!!!

Sempena dengan bulan promo, sangatlah rugi jika anda tidak rebut peluang keemasan ini. Promo gempak ini akan berlangsung sehingga hujung bulan ini sahaja.

Jika anda berminat dan teruja igin mencuba..jangan sean untuk hubungi saya okeh !!!

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI

HUBUNGI SAYA OKEH!!!

4 Dec 2014

Tips Susu Banyak Agar Si Manja Tidak Merengek

Ibu-ibu yang menyusukan anak semestinya sering mencari pelbagai tips untuk memperbanyakkan susu badan tambah-tambah jika ibu itu pernah mengalami situasi susu merudum dan tidak dapat menyusukan si manja secukupnya. Secara amnya, payudara seharusnya memerlukan rangsangan yang mencukupi dari bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Konsep 'supply and demand' harus sentiasa digunakan bagi menjayakan penyusuan ini.

Selain itu, ibu juga boleh mengikuti beberapa tips banyakkan susu badan untuk mendapat hasil seperti yang diimpikan. Ibu mana yang tidak gembira jika susu badan sentiasa banyak kan.


Sumber : Google

TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN


1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk bangun menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam. Lagi kerap menyusu lagi bagus.


2. Jangan tunggu payu dara penuh
Jangan tunggu payudara penuh untuk menyusukan anak anda. Ada sesetengah ibu suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.


5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi kecuali pampers. Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.


6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


7. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.


8. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. 

9. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

10. Suplemen Penggalak Susu
Sebagai penambah nutrisi agar badan kekal bertenaga, susu ibu berkualiti, pengambilan suplemen merupakan salah satu langkah terbaik. Boleh baca sini untuk suplemen yang kebanyakan ibu amalkan.



Selamat berjaya semua ibu-ibu. Semoga perjalanan penyusuan kita berjaya sehingga 2 tahun. Caiyok!!!!

3 Dec 2014

Promo Memukau Kalbu Buat Si Jelita

PROMO BERKEMBAR AKHIR TAHUN : VIT E & VIT C


Memukau tak baca tajuk entri??
Haaa..jangan kata tak ye...percayalah entry kali ni memang memukau. Bagi si jelita yang ingin kulit cantik persis bidadari...bulan ni ibarat bulan istimewa. Promosi akhir tahun...buat julung kali Shaklee menawarkan DUA PRODUK PROMO dalam satu bulan. Dan produk itu sangat sinonim dengan mereka yang ingin kulit cantik,gebu, cerah dan sentiasa sihat.

Bagi pengguna tegar SET KECANTIKAN SHAKLEE, tentunya melompat ke bintang bila tahu promo kali ni. Manakan tidak, waktu promo ni la nak rembat untuk dijadikan stok. Sangat untung tau...dah la tahan lama..murah pulak tu. Sapa tak nak kan? Jadilah pengguna yang bijak...hihi

Pung pang pung pang dok cerita ni...anda semua dah tahu ke apa benda yang promo kali ni.

Jom kita jamu mata sikit. Promo berganda..berkembar..ternyata hebat.
Dah la promo DUA PRODUK...setiap satu produk tu ada lagi dua promo setiap masing-masing.


PROMO 1 : BELI 2 DISKAUN 5%



PROMO 2 : BELI 6 PERCUMA 1



Dapatkan segera promo hebat yang akan berlangsung sepanjang bulan ini. Tapi harus ingat, produk shaklee sentiasa hot, jadi bila-bila masa saja stok akan habis. Jangan tunggu untuk membuat pesanan. Melepas promo kali ni, tak tahu bila pula akan dapat rasai promo sebegini. 

Rebutlah peluang keemasan yang terbuka luas di depan mata anda sekarang.

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI

HUBUNGI SAYA OKEH!!!

2 Dec 2014

Atasi Masalah Resdung Sebelum Parah Dengan Set Resdung Shaklee

Resdung Suami Semakin Pulih

Semalam dalam perjalanan balik dari Terengganu, terdengar tentang penyakit resdung yang dibicarakan oleh seseorang dekat radio. Memandangkan perjalanan bersama anak-anak kecik yang super duper aktif, telinga ni tidak mampu untuk mendengar secara details. Tetapi sempat jugak la dengar point penting tentang penyakit resdung ini.

Nak dijadkan cerita, en. suami memang menghadapi masalah resdung. Tapi, sebelum ni tidak berapa serius, jadi tak berapa serius jugak la nak menangani resdung. Tambahan pula orang laki, agak susah bila kita suruh makan itu ini. Tunggu sakit teruk dulu baru terhegeh nak cari ubat. Cerita benar, en suami saya sebelum ini.

Berbalik pada perbualan dalam radio, ingin saya kongsikan di sini, resdung ini merupakan sejenis penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut. Jangan pandang remeh. Apabila diri dah ada simptom resdung, silalah mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah resdung : 
  • Mata sering merah dan berair
  • Asyik bersin, kebiasaannya di awal pagi
  • Alah pada habuk
  • Sering sakit kepala
  • Mata kurang nampak
  • Rambut gugur
  • Gatal mata dan hidung

Boleh baca pasal resdung dengan lebih lanjut  DI SINI.

Tanda-tanda berikut memang kena dengan batang hidung en suami saya sebelum ini. Jadi, anda ingin tahu apa yang saya berikan pada en. suami saya setiap hari sehingga masalah resdungnya semakin pulih??

Ini dia...rutin harian setiap pagi...sebelum pergi kerja, wajib paksa dia telan yang ni : 


Memang nampak kesannya. Dalam sebulan saya konsisten bagi suami ambik dua produk ni, alhamdulillah resdung makin hilang. Sekarang makan sambal belacan pun tak kisah. Berkat isteri mithali, tak jemu bagi suami ambik suplemen..haha

Mereka ini juga sangat berpuas hati bila amalkan set resdung. Hidup lebih berkeyakinan, tiada lagi asyik bersin, bawa tisu setiap masa, hidung berair dan boleh makan seafood balik.



TESTIMONI 1



TESTIMONI 2

Bagi mereka yang ada masalah resdung...dan ingin mencuba..bleh dapatkan dari saya, Pengedar Sah Shaklee anda. Kongsikan juga info ini bagi mereka yang memerlukan. Sharing is caring



Harga cun bulan ni sebab vitamin C tengah promo. Nak harga murah, rembatlah bulan ni. Jangan berlengah..kang resdung makin kronik...parah...boleh bawa maut!!!

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI
HUBUNGI SAYA OKEH!!!

28 Nov 2014

Bila Si Hero Mengamuk..Kesabaranku Hilang..Bagaimana Cara Atasi Anak Mengamuk??

Fuhhhhhh...tarik nafas sikit.... Baru rasa boleh bernafas dengan lega bila hero tidur selepas hampir sejam mengamuk. Hampir sejam okeh!!! Mengamuk sebab apa pun tak tahu...mungkin sebab saya tak bagi dia sepahkan susu. Sekarang habit si abang ni suka meratah susu tepung dia. Lepas buat susu, seperti biasa dia akan minta susu letak dalam piring dahulu, biasa makan ok je, tapi hari ni ratah sambil sepah. Habis tumpah atas lantai. Dengan si adik meragam nak tidur, saya ambik la piring susu tadi, bawa masuk ke dapur. Mengamuk sakan si abang, pujuk semua tak pakai. Mungkin sebab bercampur dengan mengantuk sekali, tu yang mengamuk sakan.

Nasib baik juga hari ni anak buah ada untuk handle dia sedang saya dodoikan adik. Dari dalam bilik, memang dengar la dia meraung, hempas mainan semua. Ya Allah, tak pernah dia mengamuk begini. Macam kena rasuk.

Ibu-ibu semua pernah tak atasi masalah begini. Tahu tak cara nak atasinya bagaimana??
Jom saya kongsikan sedikit info yang dipetik dari internet mengenai cara mengatasi anak mengamuk atau tantrum

Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan  tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan.  ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
sumber : http://www.doktorbudak.com/2013/12/01/mengendalikan-sikap-anak-kerap-mengamuk/

27 Nov 2014

Dapatkan Berat Ideal Dengan Set Kurus Shaklee Bagi Bakal Pengantin



Wahhhh...cantiknya pengantin dalam gambar kat atas ni. Dah la muka putih melepak, kulit halus gebu, badan pun sedang-sedang elok aje..ideal la tu..Jangan terkejut, ini bukan saya...Nelydia senrose tu...haha
Nak tengok rupa saya masa hari bahaga...sila baca sampai habis dulu..

Dah kenapa pulak tetiba petang ni terajin godek pasal pengantin??
Haaa..sebab tadi ada satu mesej dari pelanggan, bertanyakan set kurus. Dan adik manis ni pulak darah manis, tunangan orang, bakal berkahwin tengah tahun depan. Nak dapatkan berat ideal katanya, nak kelihatan cantik gojes di hari perkahwinannya nanti.

Tak dapat dinafikan, bagi bakal pengantin yang mempunyai masalah berat badan, agak tertekan bila memikirkan masalah ini. Mana tidaknya, jika badan terlebih berat, susah sikit nak pilih baju pengantin yang vouge kan. Bukan takde tapi tak banyak pilihan.

Sebagai langkah penyelesaian, saya ada syorkan beberapa set kurus berdasarkan bajet adik kita ni. Tapi kena ingat, ambil suplemen sahaja lambat memberi kesan sekiranya pola makan kita tak jaga, senaman pun malas. Yang penting air masak tu kena cukup. KENA CUKUP. Paling kurang 3 liter sehari.




Set Kurus Shaklee

Untuk permulaan, pelanggan tersebut ingin mencuba set ini. Fungsi set kurus yang mengandungi Alfalfa, Lecithin, Omega serta Herblax adalah seperti berikut :

Omega & Lecithin
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecitin dan Omega adalah berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan lecithin dengan Omega, lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi kuat untuk membakar lemak-lemak. Gabungan keduanya dapat mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak dalam badan
Alfalfa & Herblax
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.
Untuk kesan yang lebih optimum, boleh tambah ESP atau Cinch shake bagi melengkapkan konsep penurunan berat dimana keduanya ini berfungsi untuk membina otot dan mengelakkan badan jadi menggeleber.
Apa lagi, bakal pengantin semua...jom kurus sebelum hari bahagia. Baru bakal suami tengok meleleh...
Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI
HUBUNGI SAYA OKEH!!!


Tarrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......inilah wajah saya ketika malam nikah 4/2/2012......:)
Senyum bahagia seorang isteri...hiksss

26 Nov 2014

Ikan Kembung Masak Asam Pedas Kelantan Style


Salam semua
Selamat tengah hari...

Haaa...ari ni mood rajin agak banyak, so sempat masak asam pedas untuk lunch. Benda simple pun kena tunggu mood jugak tau, kang ku goreng je ikan tu..haha

Ni semalam punya request dari en. hubby la, nak makan asam pedas bagai. Memang kalau dia nak makan apa-apa, dia terus belikan bahan. So, isterinya kena la paham ye..dia dah bagi hint siap-siap.

Okeh...meh kita review sikit pasal asam pedas ni. Saya buat guna ikan kembung je. Ikan kembung segar pun lazat tau wat masak gini. Kalau nak lagi menjilat jari, guna la ikan pari ke...kompem terangkat.

Masak asam pedas ada pelbagai versi. Macam biasa, sebagai anak jati Kelantan asam pedas tentula ikut style Kelantan. Asam pedas versi Kelantan macam mana??

Meh kita tengok cara buat dia. Simple, mudah, sambil pegang henpon pon boleh masak..haha


Bahan-bahan :

Ikan kembung (3-4 ekor)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang merah
Asam keping/asam jawa
Sedikit lengkuas
Kunyit (guna yang serbuk je...:)
Cili kering...bergantung pada selera. Kalau suka pedas, boleh tambah lagi
Sedikit belacan

Cara-cara :

1. Blend bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas dan belacan
2. Masukkan air dalam periuk (agak-agak lanak kuah banyak mana), masukkan bahan yang dah di blender tadi.
3. Biarkan kuah mendidih, masukkan ikan, asam keping
4. Perasakan dengan gula, garam dan perasa secukupnya
5. Masukkan daun kesum. Kalau nak letak bendi lagi best!!
6. Dah siap.....makan bersama nasi panas...fuhhhhh



Ikan Kembung Masak Asam Pedas

SELAMAT MENCUBA!!!!!!

24 Nov 2014

Anak Kekal AKtif, Cerdas Dengan Set Kanak-Kanak Shaklee


SET KANAK-KANAK SHAKLEE

Bagi memastikan anak saya kekal cergas, sentiasa sihat, kuat imun badan dan cerdas, tanpa ragu saya telah memberikan makanan tambahan yang terbaik bagi memenuhi semua keperluan tersebut. Memang set ini sentiasa saya syorkan bagi semua ibu. Tambahan lagi jika si manja mengalami masalah seperti kerap demam, lelah, tiada selera makan atau mengalami masalah sembelit.

Apa yang terkandung dalam set kanak-kanak Shaklee?

1)MEAL SHAKE
๐Ÿ‘‰Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
๐Ÿ‘‰Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
๐Ÿ‘‰Rendak lemak dan rendah glisemik
๐Ÿ‘‰Sumber protein dan kalsium
๐Ÿ‘‰Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi... ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, juga disyorkan mengamalkan mealshake di samping warga tua dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil

2)OMEGA GUARD
๐Ÿ‘‰Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak, kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
๐Ÿ‘‰Membantu merawat eczema. 
๐Ÿ‘‰Kandungan DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
๐Ÿ‘‰Disyorkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
๐Ÿ‘‰Membantu mengurangkan risiko serangan lelah atau semput

3)CHEWABLE VITA-C
๐Ÿ‘‰Menguatkan fungsi imunisasi. 
๐Ÿ‘‰Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
๐Ÿ‘‰Membantu  menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
๐Ÿ‘‰Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

๐Ÿ‘‰Mempercepatkan penyembuhan luka

Dah tahu fungsi setiap vitamin kan, so boleh melabur sikit buat buah hati pengarang jantung kita ni. Buah hati saya memang penggemar tegar set ini, sampaikan chewable vitamin C kena sorok. Kalau tak, memang akan nak setiap masa.
Kesan selepas saya memberi set ini pada anak saya agak memuaskan. Dari segi kesihatan, memang sudah lama tidak demam, selera makan semakin menjadi-jadi dan yang paling ketara ialah masalah sembelit sudah tiada lagi.Syukur, kita berikhrtiar bagi yang terbaik demi kesihatan anak.

Abg Harraz dengan makanan tambahannya

Jika anda juga inginkan tahap kesihatan anak terjaga, mulakan hari ini. Dapatkan segera set ini. Tawaran lebih menarik jika anda dapatkan pada bulan ini, kerana salah satu item dalam set tersebut tengan promo.

Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI
HUBUNGI SAYA OKEH!!!

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign