Supplemen Sihat Store: September 2014

30 Sep 2014

Pemakanan Sesuai Ketika Alahan

Ibu yang mengalami alahan sewaktu hamil pastinya akan hilang selera makan. Keadaan ini sangat merungsingkan kerana mungkin ibu akan kehilangan berat badan. Secara amnya, alahan semasa hamil adalah untuk jangka masa yang pendek sahaja dan ianya tidak menjejaskan keadaan bayi. Namun, perlu diingatkan, ada juga sebahagian ibu yang mengalami alahan yang sangat teruk sehinggakan apa sahaja yang dimakan dimuntahkan balik. Hal ini akan membuatkan kemungkinan bayi di dalam kandungan tidak mendapat zat yang secukupnya untuk tumbesaran.

Alahan ini juga akan menjejaskan kesihatan ibu. Ibu akan mengalami dehidrasi yang biasanya akan menyebabkan rasa pening, dahaga dan membuang air kecil dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, sekiranya situasi ini berlaku, ibu perlu mendapatkan rawatan lanjut serta mengamalkan pemakanan yang sihat.




Amalan pemakanan sihat

  • Makan ikut kumpulan piramid makanan di mana protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air di ambil secukupnya. makan dalam jumlah yang sedikit tetapi terkawal. Makan enam kali sehari dalam kuantiti yang sedikit adalah lebih baik dari makan tiga kali dengan kuantiti yang banyak. Amalan ini berupaya membekalkan zat pemakanan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
  • Makanan berkhasiat dengan serat yang tinggi sangat penting diambil kerana dapat membantu ibu untuk kenyang dalam masa yang panjang. Namun, jangan ambil berlebihan kerana serat terlebih akan membuatkan perut kembung dan lebihan angin dalam badan.
  • Selepas bangun pada awal pagi, amalkan memakan biskut tawar ( craker). Ia membantu menyerap asid dalam perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah.
  • Biasakan diri kerap mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut, yogurt di antara selawaktu makan utama.
  • Minum air masak sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari untuk menggantikan cecair yang hilang. Boleh amalkan dengan mengambil segelas air sejam.
  • Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Pengambilan air halia juga boleh mengurangkan rasa mual.
  • Jangan tidur dalam keadaan lapar. Ambilkudapan seperti roti atau biskut. Cara ini merupakan salah satu cara untuk mengatasi rasa loya atau mual.

Krim Serbaguna Shaklee..Ianya BEBAS PARABEN!!!

Pernah dengar tak yang Shaklee ni ada jugak jual krim serbaguna?? Alahhhh yang selalu out of stock tu. Nama krim tu Herbal Blend. Nak tengok rupa dia macam mana....tengok pic kat bawah ni.


Okei, kenapa ramai sangat suka kat krim ni?? Pendek kata setiap kali stok masuk, sekejap je licin. Laku macam goreng pisang panas. Mesti krim ni istimewa dan tentunya lain dari yang lain kan.

Saya sendiri juga guna krim ni untuk pelbagai kegunaan. Tak kira la untuk diri sendiri atau untuk anak-anak Untuk saya, lepas mandi je, saya akan sapu krim ni sebagai losyen. Dah tak guna losyen sebelum ni tau, sapu herbal blend je. Lagi satu, masa pregnant ari tu tumit kaki macam pecah-pecah sikit. Kalo sebelum ni, tak kenal krim serbaguna ni, saya sapu vaseline atau bioil...tapi bila ada krim shaklee...zassss yang tu je. Memang best, tumit makin licin...dah tak kasar lagi.

Lagi satu, saya guna krim ni jika kena gigit kat nyamuk. Memang tak leh nak lari, kulit memang ani dengan gigitan nyamuk, bila kena gigit je for sure akan tinggal kesan merah dan akan bengkak. Solusinya, zassss sapu krim ajaib ni. Fuhhhh senang cite. Tak lama lepas tu, surut la bengkak dan takde gatal- gatal lagi.

Yang syoknya krim ni, BEBAS PARABEN. Jadi tiada masalah jika nak sapu kat bayi yang ada ruam lampin ke, kena gigit nyamuk ke, gatal-gatal ke. Memang selamat!! Anak saya memang saya sapu krim ni aje bila agak-agak nampak merah sikit kat celah paha akibat pampers. So, ibu kat luar sana, jangan bimbang ye...pilihlah krim yang selamat untuk anak kita.Krim ni sangat recommended!!!!

Opppssss!!! sebelum lupa, lagi satu nak share, krim ni jugak tak melekit tau. Bila kita sapu kat kulit, cepat je meresap. Lepas tu dia rasa ala-ala mint sikit, berangin. Wangi pulak tu.

Apa lagi, sementara stok masih ada ni, cepat la beli, letak satu kat umah, memang tak rugi. Untuk kegunaan seisi keluarga...harga RM27.50 aje. Murah!!!

Apa kata bagi yang nak cuba tu, hubungi saya segera, Pengedar Sah Shaklee anda. Bagi yang area berdekatan saya, boleh COD (Kota Bharu, Pengkalan Chepa / Tanah Merah)


HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)





INGIN JANA SIDE INCOME BERSAMA KAMI????
JOM SERTAI TEAM HEBAT KAMI
HUBUNGI SAYA OKEH!!!

29 Sep 2014

Kolagen Shaklee Pilihan Hati

Kenapa ramai memilih kolagen Shaklee???

Berdesup order bulan ni sebab promo kolagen. Rata-rata customer yang baru pertama kali nak cuba tak lepaskan peluang untuk cuba ketika harga tengah kaw-kaw murah ni. Yang mana dah jadi pengamal tegar, wajiblah beli buat stok kan??

Kenapa la ramai sangat dok pakat ambik kolagen ni?? Best sangat ke?? Secara ringkasnya, jom kita lihat apa ramuan yang terkandung dalam kolagen ni yang membezakan ia dengan kolagen lain di pasaran 


Sisik ikan merah: Memberikan kesan elastin, menjadikan kulit lebih anjal
Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sebagai pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Pendek kata, ia pilihan tepat bagi sesiapa sahaja kerana Shaklee Collagen Powder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan... 

Info tambahan:Tahukah anda SCP dilengkapi dgn asid hidraulik utk mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. menarik bukan...sesuai utk saya yg tak dpt nak telah bergelen2 air sehari..hihi.. Kalau sape2 nak rasa kulit lembap sentiasa.. amalkan masker kolagen dan minum segelas sehari.. kesan yg sangat cepat.. mmg menakjubkan

cc : http://www.mamafaiz.com/2013/04/kelebihan-kolagen-shaklee.html


Haaa..testimoni pun dah ramai tau. Kalau google, memang senang je jumpa. Mereka bagi feedback positif, ada yang seawal 3 sachet dah nampak kesan. Fuhhhhh.....TERUJANYA!!!!!!

Dah...xnak sembang kosong, biar gambar berbicara :

 TESTIMONI 1:


TESTIMONI 2 :


TESTIMONI 3 :


TESTIMONI 4 :


TESTIMONI 5 :


TESTIMONI 6 :


TESTIMONI 7 :

Saya tak paksa uols untuk beli, tapi kalo nak muda sentaisa, sila amalkan kolagen!!!

JOM GRAB SATU SET SEMPENA PROMO BULAN NI!!!!


Dapatkan dari saya Pengedar Sah Shaklee anda

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)


Elak Beri Air Kosong Pada Bayi


Ada sesetengah ibu cenderung untuk memberikan air kosong kepada bayi sejurus seleas minum susu bagi tujuan untuk membersihkan kesan susu pada lidah. Hakikatnya, selain daripada susu, tidak kira sama ada susu ibu atau susu formula,bayi berusia sehingga enam bulan tidak memerlukan makanan atau minuman tambahan. Ini kerana semua zat dan nutrisi bagi bayi seusia itu mencukupi sekiranya susu diberi dengan tepat.

Dalam kes yang teruk, bayi boleh mengalami sawan dan koma disebabkan gangguan dalam sistem badan bayi di mana bayi mendapat kekurangan zat dan garam galian (elektrolit) seperti sodium atau potasium ataupun gula.

Berkaitan pemberian air kosong, American Academy of Paediatric (AAP), telah mengeluarkan kenyataan bahawa bagi bayi yang berumur kurang dari enam bulan, pemberian air kosong adalah tidak digalakkan dan boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi tersebut.

Terdapat pelbagai keburukan pemberian air kosong ini :-

  • Perut bayi akan penuh dan tiada selera untuk minum susu. Akibatnya, pembesaran bayi terbantut
  • Bayi akan kerap tidur dan waktu optimum penyusuan bayi dengan ibu akan berkurangan sekaligus boleh menyebabkan pengeluaran susu ibu berkurang.
  • Oral water intoxicstion di mana badan mengalami kekurangan garam disebabkan bayi terlalu banyak minum air kosong. Ini akan mencairkan darah dan mengurangkan paras garam ke paras kritikal.

Pemberian air kosong boleh diberikan setelah bayi menjangkau usia enam bulan. Semoga perkongsian ini dapat memberi info bagi ibu-ibu semua

Wasalam

28 Sep 2014

Mealshake Untuk Kanak-kanak Je Ke??



Mealshake untuk kanak-kanak aje ke???Asal sebut je mealshake mesti ramai fikir...ohhh makanan tambahan untuk si kecil!! Salah tanggapan tu. Mealshake sesuai untuk seisi keluarga.. Semua boleh ambil Meal Shakes ni dari bayi 1 tahun keatas, pelajar, ibu hamil, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja, orang yg selalu mengambil makanan segera, serta warga 
Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dengan nutrisi dan asid amino yg mudah diserap untuk kegunaan harian. Rasa Vanila yg sangat lazat dan harum. Ianya juga sangat fleksibel bagi mereka yang tidak suka telan suplemen dalam bentuk pil.

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 19 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Bagi mereka yang sukar menelan pil dan untuk mereka yang menjaga berat badan
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Bagi ibu menyusu juga sesuai kerana protein amat penting didalam penghasilan susu.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Bagi mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Bagi mereka yang inginkan kulit yang cantik menawan.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

cc : http://ayuhsihat.blogspot.com/2014/02/mealshake-shaklee-sesuai-untuk-semua.html
Antara kebaikkan mealshake yang lain:
  • sarapan segera yang sihat 
  • makanan segera yang murah serta lazat  
  • makanan yang berkhasiat
  • snek lazat bila-bila masa 
  • makan sesuai untuk orang menonton berat badan mereka atau mengawal jumlah kolesterol lemak dan natrium

Kan saya dah cakap, Mealshake sesuai untuk semua bukan untuk kanak-kanak sahaja. Mereka yang ingin menambah berat badan disyorkan mengambil mealshake.

Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi (buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbulmin (sejenis susu) dan lain-lain). Lactalbulmin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam tubuh badan dari peringkat bayi sehingga orang dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferin, bacteriolysin dan sebagainya.

Mealshakes dihasilkan untuk semua golongan (bayi,pelajar,kanak-kanak membesar,ibu mengandung,para atlet,vegetarian,orang sakit,orang sibuk bekerja dan orang yang sering mengambil makanan segera. Mealshakes merupakan pilihan sarapan pagi yang penuh berkhasiat.

Kesimpulannya, Meal Shakes Shaklee adalah untuk Semua. 
JOM GRAB SATU SET SEMPENA PROMO BULAN NI!!!!


Dapatkan dari saya Pengedar Sah Shaklee anda

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)


Punca Puting Pedih Ketika Menyusu




Rasa pedih pada puting semasa menyusukan bayi adalah perkara biasa bagi ibu yang baru menyusu.
Ibu akan mengalaminya pada permulaan penyusuan selama beberapa hari yang pertama. Namun begitu jika ibu berhadapan kesakitan yang teruk atau berpanjangan ia sesuatu yang tidak normal kerana penyusuan susu ibu sepatutnya menyeronokkan bagi ibu dan bayi. Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting berasa pedih tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi menyusu. Jika teknikya salah dan bayi tidak melekap dengan betul, ini mengakibatkan ibu merasa sakit. Satu atau sesetengah daripada masalah berikut mungkin menyebabkan puting ibu pedih.

Kesukaran untuk melekap

Bayi tidak melekap dengan betul pada payudara ibu akan terpaksa menyedut atau menarik puting ke dalam mulutnya hingga menyebabkan kesakitan. Oleh itu ibu harus memastikan bahawa bayi memasukkan payudara ibu ke dalam mulutnya bukan bahagian puting sahaja. Untuk itu , bayi perlu membuka mulutnya dengan luas atau mengangakan mulut. Jika bayi tidak menganga, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya hentikan hisapan dengan memasukkan jari kelingking secara perlahan-lahan ke dalam mulut di bahagian tepi. Lepaskan mulut bayi dari payudara dan mulakan sekali lagi. Jika puting sangat pedih, merekah atau berdarah, ibu boleh sapukan minyak bagi membantu puting sembuh tanpa membentuk kerak luka.

Lidah terikat

Bayi mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan dasar mulut. Antara tandanya termasuklah bayi tidak boleh melekap dengan betul pada payudara, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badan tidak bertambah dengan cukup.
Bayi perlu menggunakan lidahnya untuk menarik susu daripada payudara ibu. Jika bayi tidak boleh menggerakkan lidahnya dengan sempurna, bayi mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya. Jadi ibu bapa perlu berjumpa doktor untuk memeriksa lidah bayi. 

Jangkitan fungus

Puting berasa sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna ibu mengalami jangkitan fungus pada puting. Jangkitan fungus terjadi apabila organisma yang secara semlajadi hidup dalam badan merebak tanpa kawalan. 

Dermatitis

Puting menjadi merah dan gatal. Ianya boleh disebabkan losyen, krim atau sabun yang tidak sesuai. Penyelesaiannya, cuci payudara dengan air bersih.

Tumbuh gigi

Bayi yang sedang daam proses tumbuh gigi akan suka menggigit. Jika gusi bayi bengkak, bayi akan menukar cara penyusuan agar lebih selesa. Jika bayi menggigit, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara dalam mulut. 
Ibu boleh membantu bayi untuk menganga dan menjulurkan lidahnya dengan cara menyentuh bibirnya pada puting dan setelah bayi memberi respons, dekat dengan cepat ke payudara. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi ibu perlu bergerak cepat.

Menyusukan semasa hamil

Puting berasa sakit kerana anda hamil dan menyusukan. Oleh itu, ibu harus bersabar kerana puting akan terasa sakit di awal kehamilan. Gunakan minyak sebagai langkah untuk melegakannya.

Penggunaan coli atau pelapik payudara

Coli yang tidak sesuai memberi tekanan kepada puting. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan dan membuatkan masalah ini lebih teruk.
Ibu harus menggunakan coli berszia tepat dan selesa. Gunalah pelapik payudara yang diperbuat daripada bahan semulajadi.








27 Sep 2014

Kebaikan Mealshake Shaklee

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu




Berapa harga Mealshake Shaklee ni?.. Rm 113 je untuk satu tin mealshake seberat 455gm.. Mahal sangat ke?...Mehhhh..nak cerita sikit...

Aturan makan mealshake Untuk kanak-kanak sehari bagi satu sudu kecik je. 

JADI SANGAT MENJIMATKAN WANG ANDA.!!!!!

Mana nak?..Laburkan duit tiap-tiap bulan kat klinik..Tengok anak nangis-nangis makan ubat setiap kali. Lepas makan ubat lembik tidur je sepanjang hari. Sebab ubat tu ada dadah jadi anak  tidur disebabkan dadah..kesian tauuuu.

Bayangkan pulak tetiap bulan jatuh sakit. Macamana berat badan anak nak naik kan?. Selera makan pun terbantut je. 

Tambah pulak anak-anak kita ni tengah seronok bermain sesuka hati diorang jadi mereka tak peduli sangat soal kebersihan. Tak sedar tangan kotor termasuk dalam mulut, tak basuh tangan. Kesat-kesat je kat baju. Anak-anak kita tak kisah pun kawan-kawan dia tengah selesema, batuk kung-kung bunyinye..elok je diorang main sama-sama. Tau-tau lepas dua hari  dah demam berjangkit dengan kawan. Mak bapak pun terpaksa ambil cuti jaga anak. Kan best kalau cuti tu kita dapat jimatkan bawak anak pegi bercuti, buat aktiviti bersama dengan anak-anak. Anak-anak pun seronok, kurang stress, dan tak bosan.

credit :http://sihatmacamyaya.blogspot.com/2013/06/15-kebaikan-mealshake-shaklee-untuk.html

Sempena promo bulan ni...apa kata hadiahkan mealshake untuk si manja anda.
PROMO BUY 3 FREE 1...BELI 3 DAPAT 4...ohhhhh lagi jimat!!


Dapatkan dari saya Pengedar Sah Shaklee anda

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)



Kenapa Suplemen Lambat Bertindak???

KENAPA SAYA MAKAN SUPPLEMENT TAPI LAMBAT NAMPAK HASIL ?
KENAPA DIA MAKAN SEMINGGU DAH NAMPAK HASIL????

Setiap badan manusia tidak sama ...ada yg metabolisma rendah...tu yg mkn supplement agak lambat kesan...tp kalau kena cara mkn yg betul,pasti ada kesan...Sebenarnya makan supplement nk tgk kesan antara 1-3 bulan...tapi ada yg mkn 2hari pun da berkesan...memang bertuah org mcm ni...tp still tetap kn ikut cara mkn supplement yg betul....jom review di bwh.......KENAPA LAMBAT KESAN????



Faktor suplemen lambat bertindak balas


1. Tidak mengikut dose yg ditetapkan
- Sesetengah badan kita mampu untuk ambil supplement dengan dos yang tinggi. Ada yg tidak mampu. Disebabkan faktor ini, wujudnya healing crisis seperti naik ruam, jerawat,pening dan sebagainya. Jadi, untuk permulaan, ambil suplemen pada dose sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dose. Jika secara tak langsung healing crisis muncul, cuba kurangkan dose dulu atau ambik air masak secukupnya.

2. Kurang minum air masak
- Ini paling penting. Tiada guna jika kita beli suplemen mahal-mahal tapi malas minum air masak. Makan suplemen pastu komplen naik jerawat. Bila tanya minum berape liter air masak? 1 liter je. Sampai asyik ke toilet. Ohhh...at least 3 liter kita kena ambik air masak satu hari. Lagi kerap ita buang air lkecil, lagi banyak toksin yang keluar.

3.Tidak istiqamah
- Hari pertama semangat makan. Hari ke 3 ke 4 mula la ada lopong-lopong. Dah tak konsisten ambik.Terlupa ambil based on jadual yang ditetapkan. Disiplin diri tak kuat.Kena sentiasa ingat supplement bukan untuk cantik je tapi untuk badan anda.

4. Pengambilan kafein
- Pengambilan kafein mengganggu penyerapan vitamin. Jadi bagi peminat tegar kopi, teh semua tu, kalau boleh jarakkan masa pengambilan.Tinggal terus adalah langkah terbaik. Jangan membazir duit sekiranya ambik suplemen tapi pada masa yang sama minum kafein bagai ketagih.


5. Cara makan suplemen

- Setiap supplement tidak sama cara mkn ye...Jadi consultation dari agen jualan adalah sangat penting. Jika cara pemakanan diikuti dengan betul, inshaAllah kesan akan nampak.





26 Sep 2014

Alfalfa Shaklee Cegah Keputihan????



Tahukah anda, jika kita menghadapi masalah keputihan, ibarat kata semua benda tak kena. Stress!!! Rasa emosi tak stabil, takselesa dan sebagainya. Keputihan memang sedikit sebanyak menyumbang kepada penurunan prestasi seseorang individu. Sebagai langkah untuk mencegah masalah ini, terdapat pelbagai cara. Jika mengikut mak-mak kita dulu, mereka menggunakan daun sireh yang direbus semasa membasuh tempat sulit bagi mengelakkan jangkitan kulat. 

Tapi, itu dulu, sekarang dah moden. Mana ada lagi anak dara atau mak dara yang rajin rebus daun sireh kan. Kalau boleh nak cari penyelesaian yang paling senang dan berkesan.

Haaa...penyelesaian itu la nak kongsi kali ini. Pernah dengar tak produk Shaklee yang boleh cegah keputihan??
Alaaaaa...ALFALFA tu..Yes!!! Ini bukan auta, tapi fakta. Jom kita tengok bagaimana alfalfa membantu menyelesaikan masalah yang sering menghantui kaum wanita ini.

Dalam alfalfa, ada sejenis anti biotik semulajadi yang mampu melawan kulat di bahagian vagina yang menjadi penyebab keputihan. Alfalfa merupakan produk yang amat sinonim dengan masalah keputihan dan ia adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya  bagi mereka yang mempunyai masalah dalam "hubungan" suami isteri.

Tak lengkap rasanya kalau tak letak testimoni kan?
Ni saah satu testi yang berpuas hati setelah mengambil alfalfa sebagai langkah menangani keputihan



Jika anda juga salah seorang yang berhadapan masalah ini, apa kata cuba Alfalfa.InshaAllah keputihan akan hilang


Dapatkan dari saya Pengedar Sah Shaklee anda

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)



Masalah Keputihan : Jenis Dan Faktor Keputihan




Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu diketahui bahawa bukan semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh pembiakan kulat dan ianya termasuklah wanita yang sedang hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan biasanya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Warna-warna keputihan yang perlu diberi perhatian :-


1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres malah keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak dengan cepat apabila pH tidak seimbang.

3. Putih Pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin disebabkan haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Faktor - faktor keputihan

  1. Faktor Kebersihan
    Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak mudah berlaku. Wanita sentiasa digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
  2. Faktor Hormon
    Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
  3. Faktor Gaya Hidup
    Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
  4. Faktor Kesihatan
    Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Cegah sebelum parah,  kesihatan dalaman amat penting bagi kita kaum wanita.
Kerana dirimu begitu berharga. Boleh rawat masalah keputihan dengan Alfalfa Shaklee



Dapatkan dari saya Pengedar Sah Shaklee anda :-

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)



25 Sep 2014

Vitalea Shaklee

Multivitamin Terbaik untuk Semua


Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi    30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitalea pada awal kemunculan



Rupa vitalea kini

Tablet Vita-lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama:

Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea

Vita A - Untuk kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf,  baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Lengkap semua vitamin dan mneral dalam sebotol Vita-lea. Harga sebotol hanya RM88.75 di mana sebotol mampu bertahan selama 4 bulan.

Jom sama-sama sihat dengan mengamalkan vitamin asas untuk badan in bagi menampung nutrisi yang lompong dalam badan.


Dapatkan dari saya Pengedar Sah Shaklee anda

HUBUNGI SAYA SEGERA :

PN.NOOR : 012-9623207(WECHAT/WHATSAPP)

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign