Supplemen Sihat Store: October 2016

19 Oct 2016

4 Ramuan Istimewa Vivix Yang Tiada Dalam Produk Lain

Kenali Ramuan yang Menjadikan Vivix Hebat!




Anggur Muscadine
 
Merupakan anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan  telah menjalani hasil penyelidikan bertahun-tahun oleh para saintis Shaklee. Saiznya yang sebesar sebiji bola golf, susah untuk ditemui. Anggur ini telah dibuktikan mengandungi lebih satu kromosom di mana para saintis mempercayai anggur muscadine merupakan satu-satunya anggur yang dapat mengukuhkan profil dan mekanisme polyphenolnya. 

Anggur muscadine ini sangat kaya dengan sumber resveratrol, dan mempunyai kuasa anti-oksidan 40x lebih tinggi.


Apakah polyphenol?


Polyphenol ialah sekumpulan phytokimia atau phytonutrien yang terdapat di dalam tumbuhan dimana ia memiliki banyak molekul phenol pada struktur kimianya.
Ia berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna ungu pada anggur muscadine, dan juga memberi perlindungan semulajadi daripada pancaran UV matahari supaya ia tidak akan merosakkan buah-buahan dan tidak merosakkan kandungan nutrien yang terdapat di dalamnya.


Apakah kepentingan polyphenol sehingga anggur muscadine ini menjadi bahan ujikaji para saintis?

Kepentingan polyphenol terbukti sebagai sumber yang memiliki khasiat sebagai anti-oksidan, anti-penuaan, anti-penyakit, anti-kanser serta terbukti dalam memperbaiki sel-sel DNA.
Satu proses ekstraksi sejuk dan lembut dilakukan ke atas anggur muscadine untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi terutamanya sebagai anti-penuaan.
Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang tulen dengan ekstrak dari anggur muscadine, purple carrot, Elderberry Eropah dan polyganum cuspidatum dalam tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.




 Purple Carrot/ Lobak Ungu

Purple carrot merupakan tumbuhan yang tumbuh liar di Afghanistan sejak 5000 tahun dulu.
Ia adalah sumber terbaik Vitamin A dimana ia turut mengandungi phytokimia termasuk karotenoid, phenolik, polyacetylenes, isokumarin dan juga sesquiterpens.

Anthocyanins iaitu sejenis antioksidan utama di dalam purple carrot yang memberi warna ungu-kuning dan ungu-oren. Kandungan anthocyanins di dalam carrot ungu-kuning adalah pada kadar tertinggi berbanding carrot ungu-oren.

Anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi sebagai anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan juga anti-karsinogen.
Selain itu, ia turut menunjukkan kesan positif pada saluran darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Asid klorogenik merupakan antioksidan yang paling banyak terdapat di dalam semua jenis carrot. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang selalu dikaitkan dengan pengambilan kopi.





Elderberry 

 Elderberry merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan lembap di serata Eropah dan Amerika Utara. Ia mengandungi sumber anthocyanins yang tiga kali ganda lebih hebat dan baik berbanding karotenoid. 

Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang dan dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Elderberry juga turut memiliki flavanoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat yang berupaya mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.

Selain itu kandungan Vitamin A, B dan C serta nutrien lain seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin turut memberi manfaat kesihatan yang baik.

Kesemua ekstrak yang didapati daripada elderberry ini berperanan dalam menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan flu, jangkitan yis, asma, batuk, sesak dada dan juga diabetes.

Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL dimana oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

Elderberry yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi turut mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung, mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.




Polyganum cuspidatum

Juga dikenali sebagai Knotweed Jepun adalah tumbuhan peribumi yang berasal dari Asia dan juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Polyganum ini bertanggungjawab dalam memberi warna hitam.

Ia merupakan sumber komersial resveratrol yang juga terdapat di dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah dimana terdapat lebih 3000 kajian yang telah dijalankan berkaitan tentang resveratrol ini.

Hasil ujian klinikal makmal menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet sukan dan mengurangkan berat badan.


Ingin bersama-sama rasai kehebatan vivix? Dapatkan vivix segera.

__________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk membuat sebarang pertanyaan atau pesanan.



14 Oct 2016

Kenapa ESP Shaklee Memang Terbukti Terbaik

Siapa yang belum cuba ESP..memang kena paksa cuba jugak. Sangat rugi kalau tak cuba produk yang satu-satunya wujud ni, lain dari yang lain.

Seperti yang kita semua tahu, ESP ni sangat banyak kebaikannya. Dari segi kesihatan malah kecantikan sekalipun. Rata-rata yang mengambil ESP sebagai amalan harian mereka, akan merasa perbezaan terhadap tubuh badan.

Keistimeawaan yang ada pada ESP, tiada kat produk lain dan telah dibuktikan secara saintifik ialah ianya mengandungi semua protein asid amino yang diperlukan oleh badan kita. Termasuk 9 essential asid amino yang badan kita memang tidak boleh hasilkan sampai bila-bila.





Memang betul, kita boleh je nak ambik sumber protein lain dalam diet kita sehari-hari. Persoalannya, adakah portion protein itu mencukupi?

Kita makan je ayam atau ikan goreng. Tapi proses memasak seperti menggoreng akan musnah oleh haba. Jadi protein akan tinggal sedikit sahaja. Protein yang tinggal itu sudah pun berubah menjadi gumpalan yang membuatkan badan kita susah nak serap protein.

Apabila badan susah nak serap, maka sel akan tidak cukup protein.


Kenapa Pentingnya Asid Amino?

Semua sel dalam badan kita memerlukan protein yang secukupnya bagi melengkapkan fungsi sel untuk bekerja dalam badan kita. Apabila sel tidak mendapat protein yang cukup, sel-sel yang mati tidak boleh digantikan dengan sel baru yang lebih sihat.

Apabila sel yang diganti tadi semakin lama semakin tidak sihat ekoran kekurangan protein, di sinilah permulaan datangnya penyakit.

Badan lesu, sistem imun badan lemah, kulit kusam, tumbuhnya jerawat dan sebagainya.

Maka, bagi mengelakkan bertambah parah, bekalkan badan dengan protein yang mencukupi. ESP merupakan produk terbaik bagi kita untuk memenuhi keperluan protein harian.

 

.
Sumber protein paling BEST, bebas GMO. Paling mendapat rebutan kini. HANYA RM150 untuk dua bulan penggunaan.
 


___________________________________________________________________


Hubungi kami untuk membuat sebarang pertanyaan atau pesanan.

13 Oct 2016

Cara Hilangkan Kotoran Dan Blackhead Di Wajah

BerSPA Di Rumah Sahaja, Jimat Duit Wajah Flawless


Geram betul bila tilik kat cermin, whitehead dan blackhead bersepah merata. Ingat lagi dulu, masa study...ada sorang kawan ni, suka wat facial kat rumah sewa kitorang. Tapi nak siapkan satu sessi spa dengan dia tu...mau merah padam muka. Dia boleh buang segala bagai bintik kat muka dengan besi tu. Pedih oiii!!

Pernah jugak saya buat kat suami...konon geram tengok blackhead banyak sangat kat tepi-tepi hidung. Ambik besi tu, cabut buang. Nak menangis suami, sampai keluar la air mata. Haaa azab kan dengar.

Kenapa Nak Seksa Muka??




Lepas picit-picit guna besi ni, muka akan rasa pedih bila kita nak basuh. Lagi pun bukan semua blackhead kat wajah tu tertanggal.Dari seksa muka dengan cara ni, baik anda semua tukar kepada cara yang lebih simple dan mudah.


MakeUp Remover Bukan Sebarang Penanggal Mekap




Bukan untuk mereka yang bermekap sahaja Make Up Remover ni, malah saya syorkan pada semua orang. Sebabnya, setiap hari muka kita terdedah dengan pelbagai kotoran. Bedak yang kita pakai sepanjang hari, asap kenderaan, habuk, dan apa jua yang berterbangan singgah kat muka.

Itu yang membuatkan kulit wajah berminyak, rasa kesat dengan pelbagai kotoran. Seterusnya kotoran ini menutup liang pori dan akhirnya boleh menyebabkan jerawat, jeragat dan masalah lain kat wajah.

Cuba rasa kulit muka masing-masing, kalau rasa macam kasar-kasar...adanya blackhead dan whitehead, memang saya syorkan anda mengambil Make Up Remover ini. Ianya boleh dipakai setiap hari, rasa macam scrub tapi ianya tak kasar sepertimana scrub biasa.

Bila kita sapu kat muka, gosok sehingga rasa puas hati semua kotoran tertanggal. Nanti akan dapat rasa gentelan kat jari macam tisu basah terkena air. Itulah kotoran atau daki kat kulit wajah kita.

Boleh tengok sini bagaimana cara nak menggunakan Make Up Remover ini.
Demo Menggunakan Make Up Remover Nutriwhite


Apa yang BEST sangat dengan produk ini?

Tentunya ia bersumberkan bahan semulajadi. Diperbuat dari 16 bahan botani.Tiada campuran bahan kimia. Memang sesuai untuk wajah orang Asia. Dan yang paling best ada kandungan :

1) Tunas pokok bic - bertindak untuk menyingkirkan kotoran / sel kulit mati secara lembut dan tidak merosakkan kulit

2) Aloe Vera - menegang dan menyegarkan kulit.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hubungi kami untuk membuat sebarang pertanyaan atau pesanan.



 

 

11 Oct 2016

Cara Menghilangkan Jerawat

Jerawat Hilang Dengan Cepat Bila Consume Vitamin C Shaklee Dan Guna Pencuci Nutriwhite



Sesiapa sahaja tidak sukakan jerawat. Baik perempuan mahupun lelaki. Kehadiran jerawat boleh membuatkan kita rasa tak yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Rasanya semua orang tidak suka akan jerawat ni. Ke ada yang suka...dan tak kisah pun kehadiran jerawat kat muka. Lelaki pun suka perempuan berkulit licin tau!!

Saya sendiri pun sesekali ada jugak jerawat datang bertempek kat muka. Sebiji dua pun dah geram, apatah lagi kalau yang penuh kat muka. Geram je nak picit-picit.

Perkongsian kali ini, saya ingin share apa yang saya guna untuk nyahkan jerawat. Tentunya produk yang di pilih tiada bahan kimia.

Jerawat Hilang Dengan Vitamin C Shaklee

Fungsi vitamin C untuk kecantikan kulit ialah :

1) Mencantikkan Kulit
    - Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu kulit menjadi lebih cerah, melambatkan penuaan           serta menyekat pembentukan pigmentasi

2) Antioksidan untuk halang radikal bebas
    - Antara salah satu punca jerawat ialah kulit terdedah dengan radikal bebas. Udara yang kotor serta pemakanan yang tidak sihat. Antioksidan mampu memusnahkan radikal bebas sebelum menyerang sel dengan lebih teruk lagi

3) Membentuk kolagen
    Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ianya membantu menghalang kulit berkedut dan otot menjadi lembik.



Jerawat Cepat Kecut Dengan Pencuci Muka Nutriwhite 

Selain itu, untuk mengatasi masalah jerawat, seharusnya kita kena pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kita. Mencuci muka setiap hari adalah sangat penting bagi menghalang kotoran tersumbat pada liang pori.






Cuba lihat gambar produk di atas. Dua produk ni sentiasa jadi rebutan malah selalu kehabisan stok. Ada dua jenis, DEEP CLEANSER dan juga MAKEUP REMOVER. Disyorkan ambil keduanya sekali sebab fungsinya adalah berbeza.

DEEP CLEANSER lebih kepada mencuci kotoran wajah secara mendalam. Membantu mempercepatkan jerawat kecut, mencerahkan kulit serta menjadukan kulit lebih lembut dan gebu.

MAKEUP REMOVER lagi special. Menggunakan makeup remover ni macam scrub halus. Membantu menghilangkan bintik-bintik putih atau hitam di muka. Jadi, bila guna ni dah tak perlu lagi cari besi penanggal whitehead tu. Senang!!

Tak sah kalau tak lampirakan sekali testimonial kan?



Bagi anda yang ada masalah jerawat, boleh la cuba set nyah jerawat ni. Pilihlah produk yang ternyata selamat, belek kandungan dulu. pastikan bebas bahan kimia serta merkuri yang berbahaya. Produk Shaklee dijamin SELAMAT!!

Sekiranya anda berminat, boleh segera hubungi saya untuk tujuan pesanan atau pertanyaan lanjut.






8 Oct 2016

Pengedar Shaklee Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Bachok, Tanah Merah

Assalamualaikum, salam sejahtera

Anda tercari-cari produk Shaklee dan inginkan ianya secara 'by hand' atau dengan kata lain COD??
Mungkin anda memang dah tak sabar dengan produk kami. Tu yang cari pengedar sekitar anda kan?

Jangan risau. Kami ada di sekitar anda. Sedia membantu anda semua.

Anda berada di mana? Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Bachok atau Tanah Merah?
Bagitahu saja, nanti kami akan aturkan lokasi untuk penyerahan barang.

Bagi yang tinggal di sekitar Tanah Merah, kami hanya boleh membuat penghantaran hujung minggu saja. Sebab time tu je kami balik kampung. So, boleh set time. Hujung minggu je kami COD. Cun!!!



Ni la saya...pengedar shaklee sekitar anda. Jangan lupa save no fon siap-siap, ada nak produk shaklee boleh hubungi terus okeh.

Opsssss...bagi yang berada di luar Kelantan, kami juga membuat khidmat penghantaran seluruh Malaysia. Menggunakan kurier Pos Malaysia/ GDEX/Citylink/Skynet. Penghantaran setiap hari. Mudah kan??

Bagi yang ingin menjadi sebahagian dari team kami pun, sangat dialukan. Yuran keahlian hanya RM80 sahaja. Jika berminat boleh tanya details ye.

Itu sahaja nak story. Nak shaklee, cari saya

Tq.






7 Oct 2016

Testimonial Vivix Bantu Atasi Masalah Kencing Manis

Di dada-dada akhbar sering kita baca tentang masalah kesihatan yang melanda rakyat Malaysia. Makin teruk kerana makin tahun statistik makin meningkat. Antara yang popular ialah obesiti, kencing manis dan serangan jantung.

Masalah berpunca dari kita sendiri. Melalui gaya pemakanan serta gaya hidup kita seharian. Semakin maju, semakin canggih teknologi..kita pun terdedah dengan gaya hidup yang serba moden. Semua nak pantas, nak cepat. Sampai makanan pun suka yang pantas. Bersenam atau aktiviti luar jarang sekali. Faktor ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang pada masalah kesihatan.

Kali ini, perkongsian saya lebih fokus pada masalah kencing manis. Ini disebabkan setiap hari boleh dikatakan ada saja prospek yang bertanyakan produk untuk masalah ini.

Tapi saya nak tegaskan di sini, produk ini BUKAN UBAT. Ianya adalah suplemen di mana membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Apabila gula stabil, tiada lagi bacaan yang tinggi bagi pesakit kencing manis.


BAGAIMANA VIVIX BOLEH MEMBANTU?

Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin 

 

Antioksidan yang terkandung dalam vivix dapat membaikpulih sel dan dalam masa yang sama menjadi pelindung kepada sel tubuh. Justeru, pengambilan secara konsisten membantu mencegah sindrom metabolik disebabkan oleh kerosakan gen sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan menjadi semakin parah.
 

Membantu Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah

 

Pencernaan karbohidrat akan menghasilkan tenaga gula yang menjana tenaga untuk tubuh manusia. Harus diingat, pengambilan karbohidrat yang tak terkawal akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah sekaligus berisiko untuk diabetes. Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine akan memperlahan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam VIVIX dan dapat mencegah kandungan gula berlebihan dalam darah yang menyebabkan diabetes.

Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.

 

Perkara yang sering menghantui pesakit diabetes dan seharusnya waspada kepada yang sihat ialah pesakit diabetes berisiko untuk hilang daya penglihatan dan apabila terluka ianya lambat sembuh dan sehingga satu tahap kaki terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam menjaga dan memperbaik penglihatan mata dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.
 

Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE

 

Apabila gula dalam tubuh berlebihan ia berisiko untuk membentuk Protein AGE (advanced glycation end products) dan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes. Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.



TAK MAHU KAKI DI POTONG!!
TAK MAHU PENGLIHATAN KABUR!!!


Seharusnya bagi yang menghidap diebetis....harus malah wajib mencuba vivix sekarang. Mahal??? Harga sebotol hanya RM475. Jika nak dibandingkan dengan nilai kesihatan, angka ini sangatlah kecil. Jangan berkira untuk belikan vivix demi kesihatan kita yang lebih mahal.

ADA TESTIMONIAL TAK???

Alhamdulillah...setiap pelanggan yang telah mencuba vivix tidak lokek untuk berkongsi feedback mereka. Malah ramai yang berterima kasih diperkenalkan dengan produk ini.








Jika anda tercari-cari produk yang boleh membantu atasi masalah diebetis, saya syorkan tonik Shaklee ini.

Kawal diebetis jangan sampai ia parah.
Jangan buang masa, dapatkan vivix segera!!!
 
 
 

Labels

air kosong. tidak elok untuk bayi (1) alahan (1) alahan ketika hamil (2) Alfalfa (3) anemia (1) Asid Amino (1) Asma (2) Atasi Kulit Bekedut (1) atasi masalah alahan (1) Atasi pedih ulu hati (1) Atasi puting luka (1) Atasi Resdung Dengan Alfalfa Dan Vitamin C (1) Atasi sembeli dengan herblax (1) Atasi sembelit Ketika Pantang (1) ayam masak pakpik (1) B-complex (4) bakar lemak (1) Bangkok (1) Basic H (2) Batuk Berkahak (1) bebas paraben (1) Bell's Palsy (1) Bengkak susu (1) Berhenti Merokok Dengan Vivix (1) Bioflavonoid (1) Biz Shaklee (1) buang lemak (1) cara cerai susu (1) Cara Kempiskan Perut (1) cara makan. suplemen lambat bertindak (1) Cara Mengatasi Anak Mengamuk (1) Cara Menghilangkan Jerawat (1) cegah keputihan (2) cegah sembelit (2) Cerahkan Kulit (1) cerai susu badan (1) Cod Pengkalan Chepa (2) COD Vivix Bachok (4) COD Vivix Pengkalan Chepa (3) Collagen (4) COQ (1) cuci lantai (1) Daftar Ahli (2) demam (1) Demam Denggi (1) diebetis (1) EBM (1) ESP (11) ESP untuk Ibu Hamil (2) esp yang popular (3) Faktor Jerawat (1) faktor keputihan (1) faktor penyebab puting sakit (1) faktor suplemen lambat bertindak (1) Free Trip (1) fungsi vitamin (1) Garlic (1) Garlic Oil Rawat Batuk (1) Gastrik (1) gigitan nyamuk (1) GLA Complex (1) Gout (1) hamil (1) hb rendah (1) hemoglobin (1) Ibu Berpantang (1) ibu hamil (1) Ikan Kembung Masak Asam Pedas (1) Jana Pendapatan (1) jenis warna keputihan (1) Jerawat (1) join ahli (4) kawen (4) Kebaikan ESP (2) kebaikan mealshake. rawat asmaa (1) keburukan air masak pada bayi (1) kenapa esp shaklee (2) Kencing Manis. vivix (3) kentut faraj (1) keputihan (1) Kesihatan dan Kecantikan (1) khasiat esp shaklee (2) khasiat tembikai bagi ibu hamil (1) Khasiat Vivix (2) kolagen hot (1) kolagen Shaklee (2) Kolagen Shaklee Untuk Sakit Belakang (1) kolagen terbaik (1) kombinasi ESP (1) Krim Herbal Blend (1) krim serbaguna (1) Krim shaklee (1) Kulit Sensitif (1) kurang air masak (1) Kurus selepas bersalin (1) kurus sihat (1) makanan ketika alahan (1) makanan tambahan (2) Manfaat Detoks (1) Masker (1) masker vitamin E (1) Mealshake (3) mealshake untuk semua (2) menu tengah hari (1) menyusu bayi. Posisi menyusu (1) menyusu dengan betul (1) Mimpi Ngeri Ibu Menyusu (1) mop lantai (1) multi vitamin (1) Nutriferon (1) nutrisi lengkap (1) Nutriwhite (1) Omega (3) OMEGAGUARD (4) Oste (2) Ostematrix (3) otak cergas (1) pantang ais (1) penapis air (1) pencuci serbaguna (2) Pengedar Shaklee Bachok (9) Pengedar Shaklee Kota Bharu (6) Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa (8) Penyusuan Eksklusif (1) Peppermint Ginger Plus (2) Performance Drink (1) Petanda bayi sudah turun (1) petua (2) Petua Bersalin (1) Phytocol-ST (1) Preggy moment (4) Pregnancy (4) Promo (3) Promo Disember 2014 (1) promo mealshake (1) promo vitamin C (2) Promo Vitamin E (1) promosi esp shaklee (6) PromoVivix (1) Prostat (1) Pudarkan Parut (1) Punca Jerawat (1) puting sakit ketika menyusu (1) Rambut gugur (1) ramuan kolagen shaklee (1) Ramuan Vivix (2) rasa loya ketika hamil (1) rawat air (1) Rawat Asma (1) rawat keputihan (1) Redakan Selsema (1) resdung (2) RESEPI ESP (1) Resepi puree (1) resepi simple (1) rose hips (1) Ruam (1) Ruam Hilang Dengan Herbal Blend (1) sakit gigi (1) sakit urat (1) sarapan lengkap (1) sarapan seisi keluarga (1) sebab susu kurang (2) Set Asas Ibu Hamil (1) Set bajet slim (4) Set Cantik (1) Set Ekzema Shaklee (1) Set Gout (1) Set hamil Shaklee (2) set kanak-kanak (2) Set Kehamilan (1) set kesuburan (1) Set Kulit Shaklee (4) Set Menyusu (2) Set Menyusu Bajet (1) set menyusu dan kurus (2) Set Menyusu Lengkap (1) Set Pantang (1) Set Pantang Shaklee (1) Set Perut Kempis (1) Set Rambut Shaklee (1) set resdung (1) Set Tulang Patah (1) shaklee (3) Shaklee Collagen Powder (1) Shaklee Kelantan (1) SID (1) Side Income (1) SIhat (1) Sirap Shaklee (1) Skincare Bebas Kimia (1) SLE (1) Stress (1) Sumber Omega (1) Suplemen Anak Bijak (2) supplemen penggalak susu badan (2) susu ibu (2) tembikai susu (1) Testimoni (3) Testimoni Kolagen Shaklee (1) testimoni set bajet menyusu (1) Testimoni Vivix Untuk SLE (1) Tips (2) Tips Anak Sukar Tidur (1) Tips Banyakkan Susu Badan (1) Tips Pemilihan Pam Susu (1) Title Bonus (1) trimester pertama (1) tumit pecah (1) Urus EBM Semasa Travel (1) Vitalea (2) Vitamin C (4) Vitamin C Sustained Released (2) vitamin cantik (1) vitamin dalam tembikai susu (1) Vitamin E (1) Vivix (9) Vivix Atasi Kencing Manis (1) water pitcehr (1) zat besi (1) Zinc Complex (2)
Supplemen Sihat Store™ © . Designed by MaiGraphicDesign